Skandal PENGARAH TERIMA BONUS RM400,000, ANAK YATIM DIBERI RM120 SEORANG

ISU YAPEIM: PENGARAH TERIMA BONUS RM400,000, ANAK YATIM DIBERI RM120 SEORANG

Nampak luar biasa apabila malaysiainsight melaporkan prestasi kewangan Yayasan Pembangunan Islam merudum, kerana bayaran bonus dan pelbagai insentif kepada ketua pengarah dan pengarah kanan yapeim.

Ketua Bahagian Perundangan Yapeim Adawiyah Abdul Samad menyatakan bonus dan inisiatif tinggi sememang ditetapkan dalan skim perkhidmatan.

Ketua Pengarah menerima bonus RM400,000 manakal a pegawai kanannya menerima RM250,000, yang dianggarkan kira-kira 10 bulan gaji.

Bonus dan inisiatif tinggi tapi kedudukan kewangan yapeim merudum, bermakna sudah ada sesuatu yang seperti tidak kena.

Adakah betul telah dinyatakan dalam skim perkhidmatan bonus ketua pengarah dan pengarah kanan sehingga 10 bulan? Bukankah pemberian bonus atau insentif bergantung kepada kewangan yayasan?

Ada staf yapeim mengadu hanya menerima bonus setengah bulan gaji, ada yang menerima sebulan gaji sedangkan gaji bulanannya hanya RM1500.

Pengarah Kanan boleh pula mendapat 10 bulan yang gaji bulanannya RM25,000 – RM35,000.

Ketua Pengarah boleh pula dapat gaji dan elaun sehingga RM70,000 sebulan, dan bonus pula RM400,000 sebulan.

Adakah ini dasar Yayasan pembangunan ekonomi islam dan telah ditetapkan oleh yapeim?

Ironisnya apabila anak-anak yatim dalam bulan ramadan diberi sumbangan hanya RM120 seorang.

Tidak pelik kewangan yapeim merudum seperti dilaporkan malaysiainsight.

Dimanakah dan apakah peranan Lembaga Pengarah…? Hanya tunggu elaun lumayan sahaja?

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s