Timbalan Pengarah Kanan Jabatan DBKL, empat orang awam direman lima hari

Terkini: Timbalan Pengarah Kanan Jabatan DBKL, empat orang awam direman lima hari

Seorang Timbalan Pengarah Kanan sebuah jabatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan empat lagi orang awam direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 13 Mei depan bagi membantu siasatan kes menerima dan memberi wang rasuah bernilai RM200,000.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, tengahari tadi.

Semalam, SPRM telah menahan kesemua suspek yang berusia antara 41 hingga 57 tahun itu di sebuah restoran sekitar Kuala Lumpur antara 12.00 hingga 12.30 tengah malam tadi.

Menurut sumber, berdasarkan siasatan awal, timbalan pengarah kanan tersebut telah secara rasuah menerima wang berjumlah RM200,000 daripada kontraktor-kontraktor sebagai balasan memberikan kerja-kerja penambahbaikan infrastuktur di bawah seliaannya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan, Dato’ Sri Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s