Lim Guan Eng mengiktiraf TGNA Sebagai ULAMA ISLAM yg sebenar di Malaysia

Image may contain: 2 people, text

Terbaik Lim Guan Eng mengiktiraf ULAMA ISLAM yg sebenar di Malaysia..

Jasa dan sumbangan bekas Murshidul Am PAS, Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat turut diiktiraf dalam ucapan dasar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Persidangan DAP 2019, hari ini.

Guan Eng berkata, Nik Aziz berperanan melindungi Pakatan Rakyat ketika itu secara konsisten daripada kuasa konservatif dalam partinya sendiri dan golongan rasis serta ekstremis.

“Kita kena ingat perjuangan dimainkan orang yang mempunyai pegangan politik sederhana seperti Tok Guru Nik Aziz dan bukan seperti sekarang apabila mereka memainkan politik rasis,” katanya.

Guan Eng berkata, jasa dan legasi Nik Aziz itu membawa kepada pengorbanan beberapa bekas pemimpin PAS seperti Mohamad Sabu yang membentuk Parti Amanah Negara (AMANAH) yang kini menjadi parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, Guan Eng mengakui DAP memahami parti itu hanya dapat memenangi kuasa pemerintahan dengan membentuk gabungan dan sebagai rakan sekutu yang bertanggungjawab.

“Pertama, DAP berhasrat menjadi rakan kongsi bukan demi kuasa, bukan untuk wang dan bukan untuk keluasan diri, tetapi demi Malaysia yang lebih baik serta boleh dibanggakan bersama, bagi pihak rakyat dan demi rakyat yang diilhamkan daripada nilai demokrasi sosial yang dikongsi bersama.

“Tiada parti boleh mentadbir secara bersendirian di Malaysia,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s