Enjin Jet F-5E Hilang Semasa Najib Jadi PM – Hebat Kementerian Pertahanan Najib

Najib memberikan komen yang seperti mengambil ringan sahaja terhadap kehilangan 2 enjin jet F-5E yang berharga setiap satu lebih RM300 ribu. Lihat laporan di bawah dari utusan malaysia,

 

Enjin jet pejuang yang hilang generasi lama, kata Najib

06/02/2010 4:51pm
KUALA LUMPUR 6 Feb. – Semua usaha diambil untuk menemui semula dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, yang dikesan di Uruguay, walaupun barang-barang itu bukan aset strategik kepada negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Beliau berkata, kedua-dua enjin itu untuk kuasa jet pejuang F-5E berusia lebih 35 tahun kerana ia dibeli pada tahun 1972.

Bercakap kepada pemberita selepas melakukan lawatan tinjauan di Kampung Baru di sini hari ini, katanya, nilai enjin tersebut ialah kira-kira RM303,000 setiap satu.
“Kedua-duanya adalah enjin yang sangat lama… bukan enjin canggih. Jadi ia bukan satu aset strategik kepada negara. Ia bukanlah seperti enjin Sukhoi atau F-18,” kata beliau.
Katanya, enjin pesawat itu bukan lagi untuk pesawat barisan hadapan dari aspek kemampuan dan teknologi.
Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, kerajaan Uruguay telah mengesan dua enjin yang hilang itu dan usaha-usaha sedang dilakukan untuk membawanya balik. – Bernama
Komen Saya:
 
Kalau enjin yang berat bertan-tan, dan di bawah jagaan organisasi yang sepatutnya sentiasa berada di depan dalam hal-hal keselamatan negara, berjaya dicuri dengan selamba oleh hanya 2 orang sahaja, bagai mana dengan lain-lain hal terutamanya isu-isu maklumat rahsia yang menyentuh keselamatan negara?
 
Kalau di negara lain sudah pasti ada menteri yang akan meletakkan jawatan mengambil tanggungjawab terhadap kejadian yang amat memalukan itu, patutlah negara kita tidak semaju negara-negara tersebut. Kita kena tinggal dalam segala segi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s