Tun Penyelamat Negara Malaysia Dengan Izin Allah SWT.

Tak payah nak bohong lah, you all semua tahu, Tun M buat deal dengan China ni semua lebih baik dari Najib buat deal.

China ni kuasa besar. Nak tak nak kena deal tapi tarik rambut dalam tepung, tepung tak berselerak, rambut tak putus. Bukan main angguk je.

Macam mana nak buat? Orang Cina ni respect orang yang jujur. 

Semua yang Najib dah deal dengan China, kita deal semula. Satu satu nya negara yang berhutang tinggi dengan China berani buat macam tu. Malah, mereka sanggup terima permintaan kita kerana mereka percaya atas kejujuran kita.

Ada yang kata eh dulu kata Najib jual dekat China ini apa?

Lain tu, tak sama. Tun M selalu tekankan Fair Trade. Perdagangan yang adil. Contoh, kau boleh trade dekat Malaysia tapi Malaysia tak boleh trade dekat kau. Itu adil ke? Sedangkan mereka ini perjuangkan FREE TRADE.

Tun Dr Mahathir konsisten bab ni. Malah, beliau menempelak dunia termasuk US dan China kerana tak berlaku adil dalam FREE TRADE yang mereka perjuangkan.

Nak tak nak, kita kena teruskan deal yang Najib dah buat. Beza nya? Kita re deal balik dengan cara kita. Yang lebih untungkan kita dari kita serahkan apa sahaja kepasa negara China kerana kita bimbang Malaysia akan berakhir seperti beberapa negara yang sudah pun terperangkap dengan hutang China ni.

Kita kena pandai bersilat sikit bab ni. Aku bagi kau sikit, aku nak jugak sikit. Yang penting aku tak rugi, kau pun tak rugi.

Selepas 5 hari Tun M di China, nampak gayanya Tun M dah buat sesuatu yang insyaAllah menguntungkan rakyat in the long run.

 

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN DAN JAMUAN RAKYAT DI PONDOK TAHFIZ PADANG BONGOR, TANAH MERAH KELANTAN.

Image may contain: 1 person, smiling

Image may contain: 5 people, people smiling

Image may contain: 11 people, people standing

Image may contain: 18 people, people smiling, people standing

Image may contain: 10 people, people smiling, people standing

1 PONDOK

 

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN DAN JAMUAN RAKYAT DI PONDOK PADANG BONGOR, TANAH MERAH KELANTAN.

Selaras dengan hasrat kerajaan memperkasakan institusi pondok tahfiz, YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof telah menziarahi pondok tahfiz kampung Padang Bongor di Tanah Merah Kelantan.

Tujuan YB Menteri ke pondok tahfiz kampung Padang Bongor bagi memperkenalkan Tahfiz Turath serta menyampaikan sumbangan kepada pondok dan jamuan rakyat. Tahfiz Turath adalah institusi pondok tahfiz yang kedua diperkenalkan oleh YB Menteri selepas memperkenalkan Tahfiz Agro.

Turut hadir pada program ini ialah Tuan Abang Kerdee, Setiausaha Politik kepada YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Tuan Haji Zabidi Nasan, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa dan Dr Fauzi Zakaria, Pakar Rujuk Akidah, Jakim.

YB Menteri berharap, pondok-pondok tahfiz perlu berdaftar bagi mendapatkan peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan melalui JAKIM. Semoga dengan peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan ini, membolehkan pihak-pihak pondok tahfiz meningkatkan infrastruktur dari aspek keselamatan, keselesaan dan kebajikan buat pelajar dan warga pendidik pondok tahfiz serta menaikkan imej pondok tahfiz itu sendiri.

Lihat Isu Amanat Hj Hadi Dalam Konteks Kepentingan Umat

1 PUNCA ISLAM DIHINA

Lihat isu Amanat Hj Hadi dalam konteks kepentingan umat

Seperti salah sebuah posting saya yang lalu, “Di antara Syariat Islam dan hukum Hudud“, apabila isu “Hudud” dan juga isu “Amanat Hadi” dikemukakan kepada masyarakat di Malaysia oleh media massa, ia salah satu penunjuk bahawa gendang Pilihanraya Umum telah mula dipalu oleh pihak pemerintah. Oleh kerana itu banyak respon dari ahli fikir dan tokoh dalam masyarakat terhadap isu “Amanat Hadi” ini bukan semata-mata atas asas ilmiah dan maslahat umum masyarakat dan negara seperti yang dikehendakki oleh Islam, malah respon dari mereka yang cenderung kepada satu-satu aliran politik akan diwarnai dengan jelas dengan kecenderungan politik masing-masing bahkan hingga ke tahap melupakan asas ilmiah Islam dan kepentingan umum umat Islam itu sendiri.

Setelah mula berjinak dengan usaha-usaha Islam pada tahun 1979 dan 1980 ketika di tingkatan 2 dan 3 di MRSM Kuantan, saya mula terlibat didalam usrah dan amal Islam haraki pada tahun 1981 ketika di tingkatan 4 sehinggalah ke hari ini. Di tahun 1981 yang sama “Amanat Haji Hadi” mula dikemundangkan samada oleh sebahagian ahli dan pimpinan PAS untuk menjaga aqidah umat Islam atau meraih undi dan pendokong di satu pihak. Ia juga dikumandangkan oleh UMNO menerusi media massa samada untuk menjaga keharmonian umat Islam atau memburukkan PAS dengan memalitkannya dengan sikap kafir mengkafir untuk menjauhkan masyarakat dan pengundi darinya.

Sebelum masuk kepada perbincangan yang lebih mendalam, ada baiknya saya kemukakan satu konsep yang penting di dalam fikrah, politik mahupun perundangan iaitu konsep Antara Syakhsiyah Iktibariah dan Syakhsiyah Iktiyadiyah. Seperti juga memahami konsep Antara Jiwa dan Sistem, memahaminya dan menggunakannya dalam berfikir dan membuat sesuatu kesimpulan (judgement) adalah sangat penting dan tidak hilang punca. Syakhsiyah Iktibariah dan Syakhsiyah Iktiyadiyah, setiap orang dari kita membawa kedua-dua syakhsiyah (keperibadian atau entiti) ini di dalam hidupnya. Contohnya apabila saya melihat atau menilai Ali bin Ahmad, saya melihat beliau membawa kedua-dua syakhsiyah iktibariah dan iktiyadiyah.

  1. Syakhsiyah Iktibariah adalah syakhsiyah, keperibadian atau identiti persatuan, kabilah, negara dan organisasi seumpamanya yang beliau anggotai.
  2. Syakhsiyah Iktiyadiyah adalah syakhsiyah, keperibadian atau identiti diri seseorang individu itu sendiri tanpa merujuk kepada organisasi yang beliau anggotai.

Contohnya, sesebuah negara itu adalah Negara Islam (syakhsiyah iktibariah) tidak semestinya semua penduduknya (individu-individu iktiyadiyah) beragama Islam. Begitu juga sebaliknya sebuah negara bukan Islam (syakhsiyah iktibariyah) ada terdapat individu-individu Islam di dalamnya. Begitu juga apabila kita contohnya mengatakan bahawa syarikat Shell adalah syarikat kafir (syakhsiyah iktibariah), kita tidak mengatakan semua kakitangan (iktiyadiyah) di dalamnya adalah kafir. Sebaliknya apabila kita katakan syarikat Petronas adalah sebuah syarikat Islam, kita tidak mengatakan semua kakitangannya atau Arumugam yang bekerja di dalamnya adalah seorang Islam.

Apabila Asy-Syahid Sayyid Qutb mengatakan “Mujtamak Jahili” adalah mujtamak atau masyarakat yang hidup di dalam sistem yang tidak berasaskan Syariat Islam, sebaliknya hidup didalam sistem hawa nafsu manusia yang dicedok dari Barat atau Timur, saya melihat dia merujuk kepada syakhsiyah iktibariah dan bukan kepada individu-individu di dalam masyarakat tersebut yang terdapat di dalamnya orang-orang saleh dan sebaliknya. Ini dengan peringatan bahawa “Jahili” tidak semestinya kafir dengan dalil “Sesungguhnya di dalam engkau ada jahiliyah” (Hadis), sabda Nabi saw kepada seorang sahabat hebat bernama Abu Dzar yang marah lalu mengejek Bilal sebagai anak wanita kulit hitam. Mereka yang tidak faham akan mengatakan Sayyid Qutb mengkafirkan orang-orang Islam yang berada di dalam negara-negara yang tidak lagi diperintah di bawah sistem Islam.

Ideologi mengkafirkan umat Islam samada secara individu atau secara borong dengan alasan mereka atau umat “redha berada di bawah sistem atau undang-undang yang bukan Islam” masih lagi dipakai oleh beberapa kumpulan Islam seperti Tanzim Jihad, sebahagian Tanzim Al-Qaedah dan seumpamanya. Oleh itu kedapatan mereka tidak makan lauk ayam dan daging di restoran-restoran awam sebaliknya makan lauk tersebut dari sembelihan sendiri atau sembelihan rakan-rakan seperjuangan. Mereka ke masjid tetapi tidak bersolat bersama imam, bahkan bersolat sendirian di bahagian belakang masjid, atau ramai di kalangan mereka yang tidak ke masjid dan memilih untuk solat di rumah. Ini adalah kerana aqidah penyembelih atau imam solat dipertikaikan oleh mereka. Iktiqad atau kepercayaan seperti ini boleh sampai ke kemuncaknya dengan menghalalkan darah dan pembunuhan seperti yang dilakukan oleh sebahagian mereka yang mengebom tempat awam seperti sekolah dan pejabat seperti letupan-letupan di Iraq hari ini, dengan hujah masyarakat redha dengan pemerintahan Penjajah Amerika dan sistem Demokrasi yang diperkenalkan lalu masyarakat menjadi kafir.

Memali_Baling

Tragedi Memali, Kg. Memali, Baling, Kedah 1985.

Memali

Al-Marhum Ustaz Ibrahim (bawah dan kiri sekali) bersama 13 sahabatnya ahli PAS ditembak mati oleh polis Malaysia pada tahun 1985 di zaman pemerintahan Dr Mahathir. Ketika itu Anwar Ibrahim baru beberapa tahun meninggalkan ABIM dan menyertai UMNO.

Adapun terhadap individu-individu (syakhsiyah iktiyadiyah), Imam Hasan Al-Banna menggariskan dengan jelas dan lebih awal beberapa dekad sebelum gejala seperti ini berlaku dengan mengemukakan Usul 20 berbunyi: “Kita tidak mengkafirkan seseorang Islam yang berikrar dengan Dua Kalimah Syahadah, mengamalkan tuntutan-tuntutannya dan menunaikan amalan-amalan fardhu (hanya) kerana pandangan atau maksiat (yang ditunjukkan olehnya) melainkan sekiranya dia :

  1. Berikrar dengan kalimat Kafir (mengakui kafir), ATAU
  2. Ingkar terhadap sesuatu perkara yang maklum Minad Deen bid Darurah (diketahui ramai secara melata seperti kewajipan solat 5 waktu), ATAU
  3. Atau mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang jelas, ATAU
  4. Menafsirkan Al-Quran yang lari jauh dari makna Bahasa Arab yang sebenar, ATAU
  5. Melakukan sesuatu amalan yang tidak boleh lagi ditafsirkan selain “Kafir”.

Ungkapan Imam Hasan Al-Banna dalam Usul 20 ini menjadi ketara kepentingannya apabila Presiden Jamal Abdul Nasir mengambilalih pemerintahan dan mengumumkan perang terhadap jemaah Ikhwan Muslimin mulai tahun 1954. Ribuan pimpinan dan anggota jemaah tersebut dipenjara dan disiksa. Ramai pimpinan yang dipenjara sehingga 20-25 tahun. Sebilangan mereka dihukum gantung sampai mati seperti Sayyid Qutb dan seangkatan dengannya. Ada seorang yang menyebut nama “Allah” apabila dirotan lalu yang merotan berkata, “di mana tuhan engkau, aku nak rotan dia”. Penderitaan di dalam penjara menyebabkan ramai yang berbeza pandangan terhadap status akidah regim yang menindas mereka, adakah masih Islam atau kafir. Mursyid Am, Al-Marhum Mustafa Masyhur menceritakan bahawa perbezaan pandangan mereka di dalam penjara sehingga menyebabkan mereka berpecah dan bersolat sebanyak 7 jemaah berlainan imam.

Mursyid Am ketika itu, Imam Hasan Al-Hudhaiby menulis buku “Duat la Qudat” (Kita hanyalah Pendakwah-pendakwah dan bukan Hakim-hakim) menguatkan lagi Usul 20 yang digariskan oleh Imam mereka, Imam Hasan Al-Banna. Setelah lebih 20 tahun disiksa di dalam penjara, pimpinan dan ahli Ikhwan Muslimin berjaya berpegang teguh dengan fikrah Ikhwan yang digariskan oleh Hasan Al-Banna iaitu tidak sewanang-wenangnya mengkafirkan orang lain tanpa dalil yang kuat. Bahkan Mursyid Am Kedua menegas dan mengajak para Ikhwan agar berpada menjadi pendakwah-pendakwah di jalan Allah, dan bukan menjadi orang-orang yang menghukum aqidah orang lain. Dengan ini Ikhwan Muslimin terus berkembang menuju matlamat dan menjadi penyelamat kepada umat.

AlBanna 01

Imam Hasan Al-Banna, penulis Usul 20.

Mereka yang sezaman dengan saya dalam arus kebangkitan Islam di Malaysia tahun 1980-an akan bersetuju bahawa isu kafir mengkafir ini banyak mempengaruhi masyarakat ketika itu lebih-lebih lagi yang berminat kepada gerakan Islam. Ramai pimpinan-pimpinan gerakan Islam hari ini mengenang zaman lampau di mana mereka tidak makan sembelihan orang-orang UMNO. Ketika saya melangsungkan perkahwinan di Australia pada 25.6.1985, saya sangat mengambil berat agar saksi-saksi akad nikah saya nanti bukan orang yang diragui akidahnya. Oleh sebab itu saya segera meminta agar Abdul Mon’iem Al-Hessady, seorang Ikhwan dari Libya yang sedang membuat PhD di universiti yang sama dengan saya agar menjadi salah seorang saksi, takut akad nikah tak sah atau sekurang-kurangnya boleh dipertikaikan jika aqad tersebut bersaksikan sebarangan orang Melayu dari Malaysia !

Sebagaimana Al-Quran yang mujmal (ringkas) sukar difahami melainkan dengan penjelasan terperinci (mubayin) dari hadis, Seerah dan perjuangan Rasulullah saw, begitu jugalah saya yakin bahawa fikrah dan perjuangan yang dibawa oleh Imam Hasan Al-Banna ini tidak boleh difahami hanya melalui pembacaan tulisan-tulisan beliau, akan tetapi ia difahami dengan melihat sendiri bagaimana fikrah tersebut difahami dan diperjuangkan oleh pimpinan-pimpinan dan generasi-generasi selepas beliau tiada. Fikrah dan perjuangan menjadi lebih jelas apabila saya mengikuti pentarbiyahan dan kehidupan sepanjang saya berada selama 8 tahun di Mesir. Di samping usrah mingguan, qiyam, rehlah, mukhayyam dan wasail (modul-modul) tarbiyah yang lain, Khutbah Jumaat Ikhwan setiap Jumaat di Masjid Ar-Ridwan, Hayyu Sabiek dan Kuliah Mingguan di Masjid Al-Fatah, Umar Afandi banyak merubah persepsi Dakwah ke dalam diri saya.

Jika di Malaysia dahulu, ceramah-ceramah umum lebih berbau politik, kebencian, kafir dan seumpamanya, akan tetapi khutbah dan ceramah Ikhwan mengingatkan akhirat, tanggungjawab diri, keluarga dan negara, menjauhi maksiat dan penyelewengan dan seumpamanya. Mendengar ceramahnya mendorong hati dan jiwa mencintai semua lapisan masyarakat dan berusaha mentautkan apa yang jauh, memaafkan apa yang tersilap, menyatukan apa yang berpecah, saling menguatkan apa yang lemah. Saya amat percaya, perjalanan tarbiyah dan kehidupan yang dilalui sepanjang Mesir seperti di atas telah banyak mencorak ramai pimpinan dan para murabbi (pendidik) seangkatan dan sezaman dengan saya yang melalui proses yang sama. Kerana itu lahirnya slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”.

asd5

Ikhwan Muslimin Mesir di zaman sebelum Revolusi 25 Januari 2011 sentiasa ditindas, dipenjara dan ada dibunuh. Mereka menganggap ia adalah tarbiyah dan sunnah Allah dalam perjuangan demi membersihkan saff perjuangan dan menyedarkan masyarakat. Ceramah mereka hanya berisi cinta kasih sayang terhadap agama, umat dan negara. Ia jauh berbeza dari ceramah-ceramah politik di Malaysia samada di pihak pemerintah mahupun lawan. Kesan kepada masyarakat juga berbeza di antara kedua-dua buah negara.

Dewasa ini ramai yang mula sedar perihal pentingnya umat Melayu Islam bersatu dan menjadi kuat semula, jika tidak bersatu pada organisasi, setidak-tidaknya bersatu duduk dan bersepakat dalam beberapa agenda kepentingan bersama. Saya percaya sedikit masa lagi kesedaran tersebut akan lebih melata dan akan melepasi batasan prasangka politik kepartaian, namun begitu mempelopori kesedaran tersebut berhajat kepada sekelompok manusia yang benar-benar telah melalui pentarbiyahan lalu menjiwainya dengan hati dan ruh, bukan mereka yang telah sedar tetapi masih pola pemikiran dan modus operandinya diikat dengan formula percaturan politik kepartaian yang lama dan terbukti gagal. Ia suatu perjalanan yang panjang. Hanya para Duat yang menjiwai dengan sepenuh hati dan ruh sahaja yang mampu melalui jalan yang jauh dengan stamina yang panjang. Adapun selain mereka, hanya mampu bercakap ketika di pangkal jalan tetapi kecundang di pertengahannya dek kerana kesamaran halatuju atau tawaran habuan yang mendatang.

AlBanna 01

Kita mahu masyarakat kita memahami bahawa mereka adalah lebih kita sayangi dari diri kita sendiri. Mereka adalah kekasih kepada jiwa-jiwa kita yang rela menjadi tebusan kerana berkorban demi untuk mencapai keagungan buat mereka, sekiranya tebusan itulah harga yang mesti dibayar. Jiwa ini rela serik membayar harga yang tinggi demi ke arah mencapai kemulian untuk mereka. Pendirian seperti ini terhadap mereka tidak lain selain perasaan yaang telah menyelubungi hati-hati kita, telah menguasai perasaan kita, kita menjauhi katil tempat tidur, kita berjaga kerana bekerja dan mengalir airmata untuk mereka. Kita benar-benar perit melihat apa yang menimpa masyarakat kita kemudian kita sendiri menyerah diri tunduk kepada kehinaan dan cenderung kepada putus asa. Oleh itu kita bekerja di jalan Allah untuk orang ramai lebih banyak dari untuk diri kita sendiri. Oleh itu kami adalah untuk kamu wahai masyarakat yang kami sayangi, bukan untuk selain kamu. [Imam Hasan Al-Banna]

Kesimpulan atau pandangan yang dapat saya kemukakan adalah :

  1. “Amanat Hadi (1981)” ada menyumbang kepada kesedaran akidah umum di zaman tersebut dalam beberapa aspek di dalam berhadapan dengan golongan Liberal ketika mana fenomena wanita memakai tudung baru bermula lalu dipersindirkan, sebutan ke arah penegakan “Negara Islam” baru kerkumandang lebih-lebih lagi dalam berhadapan dengan tokoh-tokoh dan mereka yang mempersendakan agama dan perlaksanaan Syariat Islam seperti “melaksanakan Islam negara tak maju atau menjadi huru hara …”, “jika direjam orang yang berzina, maka habislah batu-batu yang nak digunakan buat jalanraya …” dan seumpamanya.
  2. “Amanat Hadi (1981)” yang memerlukan perincian yang lebih mendalam dan teliti, yang sepatutnya didisiplinkan dengan Usul 20 Imam Hasan Al-Banna telah difahami secara ringkas, mudah dan tersasar oleh ramai orang terutama ahli-ahli tegar PAS lalu terjebak di dalam gejala Takfir (kafir mengkafir) atau cenderung kepadanya dengan munculnya fenomena menghukum keIslaman individu seseorang (syakhsiyah iktiyadiyah), tidak makan sembelihan, solat lain imam sehingga fenomena mengangkat senjata. Ia juga menyebabkan harapan murni ke arah mencapai kesepakatan sesama Islam menjadi lebih buntu.
  3. Adalah wajar “Amanat Hadi (1981)” ini ditarik semula oleh beliau supaya (i) kefahaman dan tindakan ahli-ahli PAS yang terjebak atau cenderung kepada “Takfir” dapat dipulihkan atau dibendung, dan (ii) salah satu tembok penghalang kepada kesepakatan umat Islam di Malaysia dapat dirobohkan. Dengan ini panduan ayat Allah swt, “Muhammad adalah rasul Allah. Dan orang-orang yang bersamanya sangat tegas terhadap orang-orang kafir, berkasih sayang sesama mereka” (Al-Quran). Kita sedia maklum di antara penghalang kepada kesepakatan umat Islam di Malaysia selain dari peta politik kepartaian, adalah doktrin yang tertanam di dalam fikiran.
  4. Bertegas terhadap ajaran Syiah atau pengaruh Iran di dalam PAS kerana jika Amanat Hadi antara lain bertujuan untuk memelihara aqidah umat seperti dakwaannya, maka dalam isu Syiah atau Iran adalah sepatutnya lebih bertegas lagi.,
  5. Mengajak UMNO kepada perubahan diri dan jatidiri ke arah Islam sejati sebagai strategi utama memenangi undi, dan bukan bergantung hanya semata-mata kepada perpecahan pihak lawan sebagai harapan untuk memenangi Pilihanraya. Ia harus dibuktikan dengan amal dan contoh teladan, bermula pada diri dan keluarga, dan bukan dengan kata-kata dan janji.
  6. Walaupun PRU13 semakin hampir, lalu sebahagian pembaca lebih cenderung membuat tafsiran politik dalam isu “Amanat Hadi”, namun ia harus dilihat lebih jauh dan lebih luas dari itu yang bersangkut asas ilmiah dan kepentingan umat itu sendiri. Usaha memberikan penjelasan tatkala isu ini dihangatkan oleh media, adalah lebih kuat dapat menjernihkan kefahaman sebilangan masyarakat yang telah lama memahami amanat tersebut secara salah atau melampau, tanpa perlu ditakuti akan dibuat tafsiran politik oleh sebilangan pembaca.
  7. Gerakan-gerakan Islam yang membawa Fikrah Islam yang sahih harus berani tampil menyebarkan Islam yang hakiki di dalam masyarakat serta memimpin mereka dalam menghadapi cabaran masakini dan hadapan yang getir. Dalam masa yang sama, ia mesti menjadi agen penyatuan dan kekuatan kepada Umat Islam yang terdiri dari berbagai pertubuhan, golongan dan lapisan.

“Ya Allah, tunjukkan kepada kami Kebenaran itu sebagai kebenaran dan Kebatikan itu sebagai kebatilan”. Ameen.

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Pengerusi Biro Dakwah,
Ikatan Muslimin Malaysia
Blog: Ini Jalanku

Lihat isu Amanat Hj Hadi dalam konteks kepentingan umat

8 Kesan Amat Bahaya Berkaitan Amanat Abdul Hadi Terhadap Masyarakat Islam Malaysia.

Ringkasan berkaitan fatwa isu “Amanat”.
بسم الله الرحمن الرحيم
Apa itu fatwa?
·        Fatwa Ar keputusan tentang sesuatu hukum agama (yg belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak).
[Kamus Dewan,Edisi ke-3]
·        Pada bahasa ia diambil daripada afta-ifta’an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan.
             Dari Segi Istilah
Pada istilahnya pula, fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya:
1.     Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya.
2.     Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus.
Peruntukan Mengenai Fatwa Dalam Undang-Undang
Di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], peruntukan mengenai fatwa dijelaskan di bawah Seksyen 34 iaitu:
1.     Maksud Fatwa iaitu pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang  menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubung dengan Hukum Syarak;
2.     Mengenai bila sesuatu fatwa itu boleh dibuat, iaitu apabila diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, atau atas permintaan orang ramai melalui surat yang dihantar kepada Mufti, atau dibuat atas kehendak Mufti itu sendiri;
3.     Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh Mufti hanya boleh diambil sebagai fatwa jika pernyataan itu disiarkan dalam warta berhubung dengan Hukum Syarak;
4.     Sesuatu fatwa yang telah disiarkan dalam warta hendaklah dipatuhi oleh semua umat Islam yang berada di negeri itu, kecuali amalan peribadi yang dibenarkan mengikut Hukum Syarak; dan
5.     Fatwa yang diwartakan merupakan sebahagian daripada undang-undang yang perlu diikuti oleh semua Mahkamah Syariah bagi negeri itu.
[Portal Rasmi Fatwa Malaysia]
Saya kira, penjelasan berkaitan fatwa di atas telah jelas dan mudah difahami.Saya cuba jelaskan isu fatwa berkaitan “Amanat Hj hadi” kerana di sana ada suara-suara yang menyatakan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan tak pernah menfatwakannya.Betulkah dakwaan suara-suara itu?
15 Jamadil-Akhir 1401-20 Februari 1981
مجلس اوڬام اسلام دان عادة استعادة ملايو كلنتن
Keputusan Jemaah Ulama Mengenai Masalah Kafir-mengkafir.
Pada masa akhir-akhir ini terdapat beberapa golongan umat Islam yang telah mengeluarkan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat mengenai masalah agama yang sangat mengelirukan serta membawa kepada perbahasan di kalangan umat Islam khasnya di Negeri Kelantan.
Di antara masalah yang telah dikeluarkan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ialah seperti berikut :-
1)Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional).
2) Haram dimakan daging binatang sembelihan orang
Barisan (UMNO- Barisan Nasional) kerana tidak sah
sembelihannya.
3) Terfasakh nikah di antara suami isteri orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional) dengan orang bukan Barisan
(UMNO- Barisan Nasional).
4)Tidak sah akad nikah oleh imam dari golongan Barisan
(UMNO- Barisan Nasional).
5) Kena diperbarui nikah yang diaqadkan oleh imam dari
Barisan (UMNO- Barisan Nasional).
6) Tidak boleh ditanam mayat orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional) di perkuburan Islam.
7) Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) mati tidak
boleh disembahyangkan ke atasnya kerana murtad dan
mereka juga tidak boleh sembahyangkan ke atas mayat
orang Pas.
8) Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) tak payah
sembahyang,puasa,naik haji kerana tidak diterima oleh
Tuhan amalan itu daripada mereka.
Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan telah menerima banyak surat yang telah dihantar oleh orang ramai mengenai masalah fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat ini dan banyak menerima laporan mengenai kedudukan masyarakat islam di negeri ini dari pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang disebarkan itu.
Oleh kerana kesan daripada pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ini sangat besar bahayanya kepada perpaduan umat Islam maka jemaah ulama telah mengadakan suatu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sohibul-Fadilah Dato’ Mufti Kerajaan Kelantan dan dihadiri oleh semua jemaah ulama yang terdiri dari :-
1) Yang Berbahagia Dato’ Haji Ismail Bin Haji Yusoff –
Timb.Mufti Kerajaan Kelantan.
2) Al-Fahdil Tuan Hj Abd Aziz bin Hj.Abu Bakar –
Pondok Terusan,Pasir Tumbuh.
3) Al-Fahdil Tuan Hj Abul Ghani bin Awang Chik –
Pondok Kubang Bemban,Pasir Mas.
4) Al-Fahdil Tuan Hj Mohamad bin Hj Yusoff-
383 Jalan Atas Banggol.Kota Baru.
5) Al-Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj Ismail –
Maahad Muhammadi,Kota Baru.
6) Al-Fahdil Tuan Hj Abdullah bin Hj.Abd Rahman –
Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas.
7) Al-Fahdil Tuan Hj Hasbullah bin Hj. Mohd Hassan –
Iman Besar Masjid Muhammadi.
8) Al-Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj.Idris –
Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama Kelantan
(JASA) Lundang,Kota Baru.
Mesyuarat khas itu telah membahaskan perkara-perkara yang tersebut di perenggan 2 di atas serta juga ceramah-ceramah yang disalin ke dalam kaset-kaset atau pita rakaman berhubung dengan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat tersebut itu dan mengambil keputusan bahawa :-
“SETELAH MEMBAHAS MENGENAI PERKARA-PERKARA TERSEBUT DENGAN BERALASAN KEPADA KITAB-KITAB TAFSIR DAN KITAB-KITAB TAUHID KARANGAN ULAMA’ YANG MUKTABAR,MAKA DENGAN SEBULAT SUARA JAMAAH ULAMA’ MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA KELAPAN-LAPAN PERKARA YANG TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM,SERTA SANGAT MENDATANGKAN BAHAYA TERHADAP AQIDAH ISLAMIAH DAN PERPADUAN ORANG-ORANG ISLAM”
Oleh yang demikian Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang menyeleweng serta menyesatkan umat islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawap.
Sekian dan diharap mendapat perhatian semua lapisan umat islam dinegeri ini.
(Dato’ Hj Wan Mohamed bin Yusuf )
b/p Yang Dipertua.
Di Pejabat Agama Islam Kelantan,Kota Baru,Pada 15 Jamadil Akhir 1401.
Jika dilihat tarikh keputusan ini, lebih awal dari Amanat Hj Hadi yang disampaikan pada 7 April 1981.Apa erti semua ini?
Ini bererti bahawa sudah ada fahaman atau doktrin kafir-mengkafir dalam mainan politik negara sebelum itu lagi. Jelasnya, Amanat Hj Hadi seakan-akan merupakan kesinambungan dari ajaran doktrin kafir-mengkafir itu samada disengajakan atau tidak. Apa yang telah berlaku, telah berlaku.
27 Safar 1405-21 November 1984
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 21 November 1984 telah membincangkan mengenai isu kafir mengkafir sesama orang Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
1.     Bahawa jika ada tuduhan atau anggapan oleh ahli atau penyokong PAS atau oleh sesiapa jua bahawa ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan  yang beragama Islam sebagai kafir atau sebaliknya iaitu ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam menuduh pemimpin atau ahli-ahli PAS kafir, adalah tidak benar sama sekali dan sia-sia. Oleh yang demikian ahli-ahli UMNO atau sesiapa jua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah adalah tetap orang Islam selagi tidak dihukum murtad oleh pihak berkuasa agama Islam Malaysia.
2.     Sesiapa yang membuat tuduhan atau anggapan bahawa ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan atau sesiapa juga yang beragama Islam sebagai kafir, maka perbuatan itu adalah haram dan hendaklah bertaubat kepada Allah. Perbuatan itu hendaklah diberhentikan dengan serta merta.
15 Jamadil-Awal 1423-24 Julai 2002
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2002.
Amanat Haji Abdul Hadi
Tarikh Keputusan:
24 Jul, 2002
Keputusan:
1. Bahawa Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah –
(a) bercanggah dari segi ajaran Islam;
(b) bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan Agamanya; dan
(c) bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.
2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang –
(a) menyebar, mengajar, mempelajari dan mengamalkan amanat tersebut; dan
(b) menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki amanat tersebut.
Status Penwartaan:
Diwartakan
Tarikh Diwartakan:
25 Jul, 2002
Nombor Rujukan:
PMM/0020 Jld.4 (61)
Akta/Enakmen:
M.P.U. 13
Kenapa selepas difatwakan pada tahun 1984, difatwakan pula pada tahun 2002? Ini menunjukkan bahawa fahaman itu telah meresap masuk ke dalam sebahagian orang dan diamalkan sehingga menimbulkan suasana komuniti yang tidak nyaman.Doktrin amanat itu akan terus meresap dan meresap jika tidak ditarik balik atau dibatalkan oleh empunya amanat.
Saya menyokong penuh Samahatul-Mufti, Tan Sri Harussani yang menyatakan bahawa amanat itu salah dan perlu ditarik balik. Pada pendapat saya ini bukan soal hak untuk beri penerangan atau penjelasan. Ini adalah kenyataan salah yang perlu dibetulkan. Sekiranya beralasankan hak untuk memberi penjelasan, kenapa masa 7 April 1981 dahulu tidak meminta penjelasan dari pihak lawannya sebelum dikeluarkan amanat itu?
Saya melihat jalan terbaiknya ialah menarik balik amanat itu.
والله أعلم

Haram Makan Daging Sembelihan Orang Umno Dan Daging Qurban

Akibat percaya amanat Hadi, bekas penyokong Pas terlepas lauk daging masak kicap dirumah kenduri!

Ketaksuban kepada Amanat Haji Hadi menyebabkan sebahagian ahli Pas mengelak daripada mengambil lauk daging sewaktu menghadiri kenduri ahli dan penyokong UMNO kerana percaya sembelihan mereka tidak sah dan haram dimakan.

Perkara itu didedahkan bekas ahli Pas dari Kampung Bukit Payong Hulu Besut, Mat Ali Mat Resat, 62, yang turut menjelaskan, mereka juga seboleh-bolehnya cuba mengelak menghadiri kenduri dan menziarahi jenazah ahli dan penyokong UMNO dan jika terpaksa melakukannya hanya kerana mahu mengambil hati.

“Pendek kata kalau orang lain hadir ke satu-satu majlis kenduri mereka akan menikmati juadah yang disediakan dengan berselera, tetapi bagi kami hanya makan sambal cili dan acar timun. Kemudian balik makan di rumah atau di kedai,” katanya.

Mat Ali menyingkap pengalaman silamnya sewaktu mengulas pendedahan bekas penyokong tegar Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali C.N Al-Afghani masih ramai yang berpegang kuat dengan Amanat Haji Hadi sehingga kini.

Bagaimanapun kata Mat Ali, apa yang pelik adalah apabila berada diluar kampung atau dalam perjalanan, soal siapa yang menyembelih dan siapa yang menyediakan hidangan atau juadah dan di masjid mana perlu singgah tidak timbul lagi.

Katanya, jika terpaksa ke masjid berdekatan, ramai ahli dan penyokong Pas hanya hadir solat Jumaat apabila giliran imam daripada orang Pas sendiri, tetapi akan memulaukannya apabila giliran imam dalam kalangan penyokong UMNO.

“Inilah perkara yang pelik tetapi menyesatkan yang berlaku kerana kami percaya dan berpegang teguh kepada Amanat Haji Hadi yang sampai sekarang masih menjadi ikutan ramai ahli dan penyokong tegar Pas,” ujarnya.

Malah, Mat Ali yang percaya dengan pendedahan Zainon itu berkata, kesediaannya untuk ditemuramah juga akan memarakkan kebencian pengikut Pas terhadapnya.

Katanya, setelah lebih 30 tahun berada dalam Pas akhirnya dia mengambil keputusan keluar dan menyertai UMNO pada 2004 apabila melihat Pas semakin terpesong setelah bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

“kalau sebelum ini UMNO dianggap kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC, tetapi nampaknya tidak demikian apabila Pas bekerjasama dengan kedua-dua parti yang diterajui pleh ramai kalangan bukan Islam.

“Pas nampaknya masih sanggup bekerjasama walaupun dihina oleh DAP yang jelas menolak hukum hudud dan negara Islam, tetapi perkara ini masih tidak disedari oleh ahli dan penyokong yang seolah-olah seperti patung sahaja,” jelasnya.

http://tajulurus.blogspot.com/2012/

http://tajulurus.blogspot.com/2012/12/akibat-amanat-hadi-1981-bekas-penyokong.html

 

Keluar Parti Pas-Isteri Jatuh Talak Tiga

 

ULASAN: Jabatan Mufti Neger Pulau Pinang menerima banyak pertayaan daripada orang ramai mengenai sumpah bai’ah (kesetiaan) yang dilafazkan oleh ahli DUN dan Parlimen Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan tertalaknya isteri dengan talak 3 sekiranya keluar parti atau melompat ke parti lain.

Pertama sekali saya selaku Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan rasa kesal terhadap sikap memandang ringan dan memudah-mudahkan terhadap lafaz talaq semata2 untuk mencapai kepentingan diri atsu kumpulan sendiri, sedangkan talaq atau perceraian antara pasangan suami isteri adalah perkara yang paling dibenci Allah walaupun ianya diharuskan di dalam syari’at dalam keadaan yg terpaksa dilakukan kerana mempertimbangkan kemudaratan yang lebih besar skiranya hubungan antara pasangan diteruskan.

Oleh yang demikian ikatan perkahwinan adalah tidak wajar sama sekali dileraikan semata-mata untuk memaksa kesetiaan seorang Muslim kepada sebuah parti politik atau apa jua pertubuhan yang berkepentingan.

Talaq tidak sah kecuali dengan niat dan keazaman yang ikhlas oleh sisuami untuk menceraikan isterinya, bukan dengan tujuan-tujuan yang lain seperti untuk mencegah dirinya daripada melakukan sesuatu atau untuk mengukuhkan tekadnya bagi mencapai sesuatu matlamat yang diingini.

Sehubungan ini, saya menasihatkan kepada setiap orang yang telah melafazkan sumpah ta’liq yang tersebut supaya menebus sumpah itu dengan cara memberi makanan atau pakaian kepada 10 orang fakir miskin atau, jika tidak mampu, hendaklah berpuasa 3 hari sebagaimana yang diperintahkan di dalam al-Qur’an, surah al-Maidah 89.

Difahamkan daripada ayat ini bahawa sumpah yang dipaksa ke atas seseorang melafazkannya boleh dikategorikan sebagai sumpah yang lagha atau tidak dilakukan dengan niat yang sebenar.

Sekian, semoga mendapat pethatian semua pihak.

Dato’ Dr Wan Salim Wan Mohd Noor
Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sumpah takliq talak isteri pemimpin Pas tidak sah – Mufti

TIDAK BOLEH MENGURUSKAN JENAZAH ORANG UMNO – KESAN AMANAT ABDUL HADI

1 TIDAK URUS JENAZAH

RUJUKAN :  CELAH GELEGAR

Related image

 

1. Bila para Mufti di negara ini menggesa agar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang dikeluarkan pada tahun 1981 kerana mencetus kepada pepecahan umat Islam, seluruh puak-puak PAS marah sampai merah muka.
2. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula tergopoh gapah cuba menyelamatkan “boneka”nya itu dengan “menghalalkan” amanat tersebut sambil memperlekehkan tahap ilmu yang dimiliki oleh para Sahibussamahah Mufti-Mufti tersebut.
3. Tidak cukup dengan itu, para pemimpin UMNO yang menyelar amanat tersebut dan senada dengan para Mufti itu turut dihentam habis-habisan meskipun aqidah Islam mereka menjadi mangsa dikafirkan Abdul Hadi sesuka hatinya.
4. Secara rasional sebagai umat Islam yang mengenepikan sentimen politik dan berlaku neutral bagi kepentingan perpaduan umat Islam, saya ingin menegaskan bahawa telah berlaku pepecahan yang sangat dahsyat akibat amanat “sesat” Presiden PAS itu.
5. Misalnya, pendedahan seorang bekas Ketua Dewan Pemuda PAS di Kedah, Shahidi Said, 41, memberitahu media betapa amanat tersebut telah menyebabkan seorang Imam PAS enggan menguruskan mayat seorang lelaki yang di kampungnya.
6. Menurut bekas Ketua Pemuda PAS itu, arwah bapanya telah ke sebuah masjid di Pendang untuk menjemput Imam masjid berkenaan selaku individu yang kebiasaannya melakukan tugas-tugas menguruskan jenazah.
7. Namun malang, tunggu punya tunggu punya tunggu, Imam tersebut tidak muncul-muncul sehinggalah waris simati terpaksa mencari pihak lain untuk membantunya menguruskan jenazah lelaki tersebut.
8. Shahidi yang ketika itu masih lagi menjadi Ketua Pemuda PAS di kawasan tersebut telah mendapatkan Imam tersebut bagi mendapatkan penjelasan tentang ketidakhadirannya untuk menguruskan jenazah sehingga menyusahkan anak-anak qariah yang lain.
9. Mudah saja jawapan Imam itu. “Lelaki itu orang UMNO, dan orang UMNO itu kafir kerana menolak Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW”!
10. Nah! Lihatlah pepecahan yang diakibatkan oleh amanat songsang seorang Presiden sebuah parti yang mengkafirkan umat Islam yang lain semata-mata berpaksikan kepada POLITIK!
12. Sebenarnya, saya mengenali Ustaz Shahidi secara peribadi dan berkawan baik dengannya. Berlatar belakangkan pengajian agama di pondok-pondok tersohor di kawasan utara semenanjung, beliau kini sudah meninggalkan PAS kerana hilang keyakinan terhadap parti itu.
13. Ketika bersembang dengannya baru-baru ini, dia menyatakan bahawa tindakannnya keluar dari PAS merupakan satu jihad ke arah Islam dengan niat menyatu-padunya umat Islam di Malaysia sebelum berganjak ke arah perlaksanaan sebuah negara yang lebih Islamik.
14. Menurutnya, PAS tidak mampu berbuat demikian memandangkan parti tersebut hanya Islam pada namanya namun di dalamnya begitu “kotor”, apatah lagi setelah bergelumang dengan “najis” DAP dan PKR yang semakin merosakkan bekas partinya itu.
15. Itu hanya satu kes yang berlaku dan diakui sendiri oleh seorang bekas Ketua Pemuda PAS di Kedah. Cuba anda bayangkan pula apa yang berlaku di negeri-negeri lain di seluruh negara dari akibat amanat Hj Hadi yang tidak bertanggungjawab itu.
16. Bukan soal politik sebenarnya. Gesaan ini lebih bersifat survival dan kepentingan Islam serta umatnya di negara ini yang begitu ketara terpisah hanya disebabkan satu “fatwa” amanat yang disampaikan oleh seorang pemimpin yang “bertuhankan” POLITIK.
17. Kalaulah benar PAS itu mendahulukan Islam, rasanya sudah lama Hj Hadi ditegur dan dinasihati. Dan jika dia berdegil untuk tidak menarik balik amanatnya, sudah tentu dia sudah lama dipecat dari PAS.
18. Namun mungkin kerana terlalu taksub dan mendahulukan politik berbanding Islam, PAS sanggup mempertahankan amanat Hj Hadi yang kini menghantui setiap nafas umat Islam di dalam parti itu untuk membenci saudara seagamanya yang menyokong UMNO.
19. Persoalannya, sampai bilakah puak-puak PAS ini akan terus dipergunakan pemimpin mereka yang mempergunakan Islam demi kepentingan dan mengejar kuasa politik di negara ini? Inikah cara yang diajar Rasulullah SAW? Saya yakin tidak…

http://mulut-hebiaq.blogspot.com/2012/12/kesan-amanat-hj-hadi-imam-enggan-urus.html

6 KESAN BERBAHAYA BUAT UMAT ISLAM MELALUI AMANAT ABDUL HADI PEMBOHONG

1 HADI BOHONG

Amanat Hadi Bapa Perpecahan Ummah (Bhg 1)

Amanat Tuan Guru Hj Abd Hadi ialah suatu sedutan ceramah umum Hj Abd Hadi Awang di kampung Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Sedutan itu telah dicetak oleh PAS sendiri untuk edaran.

Daripada bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 26 Februari 1986, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi. Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihanraya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983.

Versi latar belakang hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat. Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pada 19 November 1985. Jika bukan PAS yang mengedarkannya di Memali, siapakah lagi?

Lebih jelas lagi Amanat Hadi dikeluarkan dengan restu PAS ialah terdapat versi latar belakang hitam bertulisan rumi seperti di Memali itu masih digantung di dalam Masjid Taqwa Batu 6, milik Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu sejak dahulu hingga ke hari ini.

MENGAPAKAH TIMBUL SEMULA SELEPAS 20 TAHUN BERLALU? 

Amanat Hadi ini sepatutnya tidak timbul lagi selepas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bermesyuarat di Pekan, Pahang (Februari 1986) memutuskan bahawa “Amanat Hadi Bercanggah Dengan Islam dan Prinsip Dakwah Islamiah“. (Petikan Utusan Malaysia 20 Februari 1986)

Lebih jelas, sepatutnya sudah tidak berbangkit lagi selepas Hj Abd Hadi sendiri gagal menyahut cabaran pengerusi Jawatankuasa Fatwa untuk bermuzakarah sekiranya tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa ini. (Laporan Utusan Melayu 20 Februari 1986)

Sebaliknya apa yang berlaku ialah Hj Abd Hadi sendiri membuat penafian dalam akhbar tabloid EKSKLUSIF 21-27 Jun 1999.

Beliau mendakwa tidak pernah mengatakan UMNO itu kafir dan dikatakan pula beliau menjelaskan batas-batas iman dan kufur yang termaktub dalam buku Mustika Hadis keluaran Jabatan Perdana Menteri. Seterusnya beliau mencabar untuk bermuzakarah. Cabaran pengerusi Jawatankuasa Fatwa kenapa tak disambut?

Apabila Hj Abd Hadi menjadi Menteri Besar, lidah rasmi kerajaan PAS Terengganu Warta Darul Iman (WDI) yang pertama 01 Jun 2000 pula digunakan untuk menyiarkan kenyataan palsu yang mendakwa “Amanat Hadi dianggap selesai apabila Majlis Agama Islam Kebangsaan memutuskan tiada apa-apa kesalahan dari segi agama“.

Reaksi daripada kenyataan ini membayangkan usaha Hj Abd Hadi Awang sendiri cuba menghalalkan Amanat Hadi yang telah pun diputuskan bercanggah dengan Islam pada tahun 1986 itu.

Hal ini tentunya tambah mengelirukan umat Islam. Yang demikian pertikaian perlu ditimbulkan semula demi mengelak kekeliruan itu terus menghantui umat Islam. Sebab itu Biro Hal Ehwal Islam (BHEIS) UMNO Terengganu memutuskan menghantar surat kepada YAB Menteri Besar (Haji Hadi) meminta bukti seperti dakwaan WDI 01 Jun 2000. Surat BHEIS itu disiarkan oleh Utusan Melayu 21 Julai 2000.

Lebih ketara lagi apabila semua pimpinan tertinggi PAS tidak mahu menarik balik dan mempertahankan Amanat Hadi itu. Oleh sebab nampaknya ketara benar PAS mahu terus mempertahankan Amanat Hadi itu, UMNO mesti sedia berdepan.

ISI KANDUNGAN AMANAT HADI JELAS SELEWENG 

Mengapakah Hj Abd Hadi tidak mengaku ucapan beliau ditujukan kepada UMNO sedangkan para SATU terang-terang menyebut “Kita menentang UMNO…/…BN bukan kerana nama UMNO…/…BN“.

Bukti ditujukan kepada UMNO lebih jelas lagi apabila para DUA menyebut “Dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini“. Puak ini itu puak mana lagi kalau bukan UMNO atau BN seperti yang disebut dalam para SATU di atas?

Bagaimanakah boleh timbul hukum “Mati Syahid” sedangkan orang UMNO yang ditentangnya itu tidak kafir?

https://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=690253

 

AMANAT HADI MEMBAWA PERPECAHAN UMAT MELAYU DAN ISLAM.

nilah kesan-kesan yang diterima oleh masyarakat Islam di Malaysia setelah Amanat Hj Hadi dihamburkan dahulu. Sebab itu dia perlu menarik balik kenyataan tersebut. Kesannya melarat sehingga ke hari ini.
Sembahyang dua imam, sembahyang lain-lain surau, yang itu surau UMNO yang ini surau PAS, cerai sebab masuk Puteri UMNO pun ada sebenarnya. Subhanallah. Islam ini kuat jika bersatu, lemah jika alpa dan terhasut.
Kalau tuan-tuan nak tahu tentang amanat tersebut dan ulasan oleh ahli PAS sendiri, Keris cadangkan cari buku ‘Kafirkah Aku’. Memang ternyata ulasannya memberitahu bahawa kini PAS dalam bahaya. Siapa nak selamatkan PAS?

https://keris7lok.blogspot.com/2012/12/kesan-amanat-haji-hadi-yang-tidak-mahu.html