Gejala rasuah dalam kalangan penguat kuasa JPJ sudah lama – Loke

DAP DAN PH MEMERANGI RASUAH-UMNOPAS MELINDUNGI PELAKU RASUAH DAN PECAH AMANAH. DIMANA NILAI KEBENARAN DAN KEBAIKAN DALAM AGAMA ISLAM YANG ADA PADA UMNOPAS ???

KULAI, 18 April (Bernama) — Kementerian Pengangkutan maklum mengenai gejala rasuah dalam kalangan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah lama, namun tiada bukti untuk mensabitkan kesalahan mereka.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) memang tegas dalam membersihkan pentadbiran bukan sahaja melibatkan menteri kabinet sahaja tetapi semua peringkat termasuk penguat kuasa.

“Mana-mana penjawat awam terutamanya pegawai JPJ yang terlibat dengan unsur-unsur rasuah, kita mengalu-alukan tindakan tegas dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Memang kita tahu amalan (rasuah) ini sudah lama kedengaran, ada pegawai penguat kuasa yang melindungi pengusaha lori dan sebagainya.

“Memang cerita-cerita seperti ini sudah lama kedengaran tetapi untuk mendapatkan bukti, menguatkuatkan (undang-undang), memang ini memerlukan siasatan dan perancangan rapi dari SPRM) dan kita yakin dengan keupayaan SPRM untuk buat siasatan dan tangkapan,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Stesen FedEx Johor, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penahanan 31 individu oleh SPRM semalam melibatkan 24 penguat kuasa JPJ Pulau Pinang kerana dipercayai terlibat dengan gejala rasuah.

Loke berkata pihaknya akan memberi kerjasama penuh dengan siasatan dijalankan SPRM berhubung penahanan anggota JPJ itu.

Beliau juga yakin dengan kredibiliti dan kepimpinan Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid dalam mentadbir jabatan berkenaan dan membasmi amalan itu dalam kalangan penguat kuasa memandangkan Shaharuddin pernah bertugas di SPRM.

Shaharuddin pernah menjadi Ketua Penasihat Eksekutif di Pejabat Penasihat Undang-undang SPRM.

Ketika ditanya sama ada kementerian melihat kepada kemungkinan penstrukturan semula JPJ, beliau berkata kementerian sentiasa melihat untuk memperbaiki operasi jabatan di bawah kementerian dengan penuh integriti dan efisien.

— BERNAMA

http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1717734&fbclid=IwAR2OgFYgCRkNG38pIn8-PYluj_kvfZP8RBf6-hHZUTsghR3AE7yDAg802wI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s