4 Dalang Yang Cuba Menggugatkan Keamanan Negara Melalui Statut Rome

Image may contain: 4 people, people smiling, text

Statut Rome, Agong dan Homoseksualiti
================
1. Menurut laporan empat orang ahli akademik yang menjalankan kajian berhubung ratifikasi Statut Rome, YDP Agong boleh disiasat sekiranya Malaysia meletakkan homoseksualiti sebagai suatu jenayah.

2. Kertas kerja yang dikatakan berstatus sulit itu bagaimanapun telah terbocor dan ia mendedahkan dua perkara utama yang boleh menggugat kedudukan Agong sekiranya Statut Rome diratifikasi. Antaranya ialah Agong boleh disiasat sekiranya Malaysia menganggap homoseksual sebagai satu jenayah. Ini adalah berdasarkan artikel 7 daripada Statut tersebut.

Artikel 7 daripada Statut Rome menyatakan bahawa sebarang penindasan terhadap kumpulan politik, bangsa, etnik, budaya, agama dan jantina boleh dianggap sebagai jenayah yang menggugat kemanusiaan.

Sumber: https://www.malaymail.com/…/agong-can-be-prosecute…/1740786…

3. Kebimbangannya berhubung kesan ratifikasi Statut Rom ini turut dinyatakan oleh seorang aktivis, Tuan Danial Shaari yang menulis tentang kesan pengiktirafan ini. Salah satunya adalah implikasi kepada penerimaan homoseksualiti di negara ini.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/…/…/Kaji-implikasi-Statut-Rom

4. Kita boleh bayangkan bagaimana bersungguhnya sebahagian pihak yang inginkan Statut Rom ini diperjuangkan atas alasan kemanusiaan. Dalam isu ini DAP dilihat lantang mempertahankan Statut Rome. Antaranya:

4.1 Lim Kit Siang menegaskan bahawa, keputusan menarik diri dari Statut Rome bukan kehendak kerajaan:

https://www.sinarharian.com.my/…/Tolak-Statut-Rom-bukan-keh…

4.2 Manakala MP DAP Kashturi menyifatkan mereka yang menolak Statut Rome sebagai “Bodoh, Bangang dan Selfish”. Beliau bagaimanapun telah memadam ciapan twitter tersebut.

https://ttkm.com.my/…/tarik-diri-statut-rombodoh-banga…/amp/

4.3 Timbalan Menteri Pendidikan YB Teo dari DAP pula menegaskan akan membincangkan kedudukan empat ahli akademik yang menghasilkan kertas kerja yang menjelaskan ancaman Statut Rome terhadap institusi Raja.

https://www.sinarharian.com.my/…/Statut-Rom-Kedudukan-empat…

5. Di sini kita dapat lihat betapa ahli-ahli Parlimen dari DAP bermati-matian mempertahankan Statut Rome yang dilihat boleh memberikan pendakwaan kepada YDP Agong, malah boleh menyebabkan perkara homoseksualiti diiktiraf sekalipun ia bercanggah dengan Islam.

6. Sekalipun benar kita ingin mempertahankan hak-hak kemanusiaan, jangan pula kita terperangkap dengan kerangka pemikiran liberal barat yang beriya memperjuangkan kemanusiaan sehingga gagal membezakan hak manusia dan nafsu binatang.

7. Sebagai umat Islam, kita seharusnya kembali kepada panduan yang ditentukan oleh al-Quran. Segala yang bertentangan dengan Allah dan Rasul, maka ia harus ditentang. Ahli akademik yang memberikan penerangan pula seharusnya dihargai, bukan di ancam kedudukan mereka.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

C&P

HAKIKATNYA PH TERLEBIH DAHULU  BERTINDAK :

 

 

Undilah calon Pakatan Harapan di prk rantau

KITA SOKONG PH KERANA,  HANYA PH YANG MEMERANGI RASUAH DAN MEMBASMI AMALAN PECAH AMANAH.

UMNOPAS MEMPERJUANG PERKAUMAN MELAYU DAN MELINDUNGI PENGAMAL RASUAH SERTA  MENYOKONG PERBUATAN PECAH AMANAH.

Umno bersatu dengan Pas setelah merompak duit rakyat melalui 1MDB.

Pas bersatu dengan umno setelah mendapat dedak RM90 Juta daripada umno.

 

Jika mereka bersatu kerana Islam dan Melayu, mereka mesti bersatu sebelum kedua-dua parti melakukan jenayah rasuah dan pecah amanah. Umnopas menggunakan Islam sebagai topeng melindungi wajah mereka sebagai penjenayah agama dan negara.

Tanpa Umnopas Rakyat Hidup Dalam Keadaan Aman dan Damai.

Dimana ada umnopas di situ akan ada perbalahan kaum dan permusuhan agama.

Umnopas anggap bumi Malaysia milik mereka dan tidak boleh dikongsi bersama dengan lain-lain bangsa.

PH Memperjuangkan Kedaulatan Raja-Raja Berperlembagaan, melindungi hak-hak kemuliaan Islam dan mempertahankann hak-hak istimewa orang-orang Melayu serta meraikan keperluan lain-lain kaum.

Selamat Mengundi PH. Dengan Penuh Keyakinan.

Hanya PH Mampu Memerangi Rasuah Dan Pecah Amanah.

Rakyat Malaysia bakal hidup dalam keadaan Harmoni apabila Ketua segala pengamal rasuah dan pecah dipenjarakan tidak lama lagi.

Malaysia Maju Dan Aman Tanpa Umnopas.

Sila lihat wajah insan mulia yang pasti menyejukkan hati dalam video dibawah.

 

https://web.facebook.com/1184250164973202/videos/327216807930191/

 

Sekalung Fatihah Untuk Insan Mulia TGNA- Al-Fatihah-.

Semoga Roh Beliau Mendapat Rahmat Melimpah Di Sisi Allah SWT- Amiin Ya Rabbal Alamiiin.

Kenapa selepas PH jadik kerajaan baru kita tahu perkara berikut?

Kenapa selepas PH jadik kerajaan baru kita tahu perkara berikut? :

1) Khazanah
– Separuh kerugian Khazanah kerana ‘Bail-out’ MAS.
– MAS menyebabkan 6000 orang rakyat Malaysia hilang pekerjaan demi membela 2 orang CEO Mat Salleh.
– CEO Mat Salleh gadai laluan MAS kepada Emirates lepas tu dia resign MAS keje dengan Emirates.
– Syarikat-syarikat GLC bawah Khazanah jugak gagal menyumbangkan keuntungan.

2) Felda
– Felda mempunyai hutang RM8 bilion hingga menjejaskan perancangan tanam semula.
– FGV yang merupakan IPO kedua terbesar di dunia gagal memberikan pulangan kepada Felda seperti yang ‘dibawangkan’.
– FGV membeli ladang milik Peter Sondakh pada nilai yang lebih tinggi daripada market price. Disahkan oleh Jabatan Audit sendiri.
– Pelaburan FGV di luar negara tidak menguntungkan langsung.

3) Tabung Haji
– TH sejak 2014 lagi sepatutnya diisytiharkan rugi dan tidak boleh isytihar Hibah kerana nilai liabiliti melebihi nilai aset.
– Najib dan Azeez menyembunyikan kerugian TH dengan memanipulasikan nilai aset dan liabiliti TH tanpa mempedulikan Akta TH sendiri yang melarang sedemikian.
– TH turut diperalatkan oleh Najib dan kuncu-kuncunya untuk ‘Bail-out’ skandal 1MDB menerusi pembelian hartanah TRX.
– Lembaga Pengarah TH jugak dianggotai oleh Pengurusan 1MDB.

4) LTAT
– Syarikat-syarikat GLC milik LTAT terlibat dalam pembelian AES pada harga tinggi.
– Dana LTAT jugak dikatakan dipergunakan untuk menutup skandal 1MDB.
– Menteri Pertahanan sendiri baru-baru ini mendedahkan pembinaan 2 kem tentera melibatkan GLC bawah LTAT hanya semata-mata untuk tambah pengundi UMNO.

5) KWAP
– RM3 bilion duit KWAP hangus dipergunakan oleh 1MDB melibatkan urusniaga dengan IPIC.
– Sampai sekarang duit itu tidak diganti tetapi ‘Money Trail’ menunjukkan ianya disonglap oleh Jho Low – rakan Najib sendiri dalam 1MDB

6) KWSP
– Pelaburan EPF di UK untuk projek Battersea tidak menguntungkan.
– EPF jugak kerugian dalam membeli IPO FGV
– Dana EPF jugak jadik modal Najib untuk ‘membantu ekonomi US’ semasa dia jumpa Trump.

7) PNB
– Pelaburan PNB jugak tidak begitu untung kerana ada GLC-GLCnya turut berkait dengan skandal 1MDB dan Felda.
– Masalah Sime Darby

Apa lagi kerugian yang disembunyikan oleh Najib umpama dia berak tapi suruh orang lain yang basuh? Kalau ikut semua pendedahan Najib sendiri dalam Twitternya, memang dia tahu hampir kesemua GLC yang diganggunya selama 9 tahun ini telah rugi/kurang untung tapi dia dan Cybertrooper UMNO cuba alihkan kesalahannya itu kepada Kerajaan PH..

Sebab itu zaman Najib dia berhutang dengan China dan perkenalkan GST untuk tampung duit yang dia memang tahu dah lesap.. Umpama dia longgarkan skru tayar keretanya yang akan dipandu oleh pemandu lain. C&P.

SAKSI UTAMA SRC SERAH DIRI

Image may contain: 9 people, people smiling, text

Akhirnya Saksi Utama SRC International telah serah diri kepada pihak berkuasa Malaysia selepas 3 tahun melarikan diri yg akan ‘checkmate’kan Najib dalam mahkamah kelak.

Adakah Najib Razak & peguamnya Shafee Abdullah akan buat percubaan sekali lagi mintak tangguh drpd dibicara ?

Sama2 kita nantikannya.

#TakutApaBossKurr

PH Berjaya Mengurangkan Tempoh Menunggu Untuk Menunaikan Haji.

Image may contain: 2 people, people smiling, text

Kerajaan fikirkan cara untuk mengurangkan waktu menunggu giliran haji. Utamakan yang belum pernah pergi lagi.

 

 

Akaun Tabung Haji dipalsukan dengan kelulusan Datuk Seri Jamil Khir pada 2017

Akaun TH dipalsukan dengan kelulusan Datuk Seri Jamil Khir pada 2017 apabila beliau membenarkan supaya TH memanipulasi tahap ambang threshold atau polisi susut nilai sebanyak tiga kali. Mengikut standard laporan kewangan, sesebuah syarikat harus mengisytiharkan kerugian jika nilai saham yang dibeli jatuh 20%. Tetapi apa yang TH lakukan dengan kebenaran Datuk Seri Jamil Khir ialah menetapkan polisi susut nilai TH kepada 70% dan kemudian diubah kepada 85% dan selepas itu 90%.

#Rahmah

Jika Benar akaun TH dipalsukan kenapa belum ada pendakwaan sampai sekarang ???

SPRM akan panggil Abdul Hadi beri keterangan kes dana RM90 juta

sprm Azam Baki

SPRM akan panggil Abdul Hadi beri keterangan kes dana RM90 juta

Azam (kiri) ditemui selepas majlis Pelancaran Tayangan Perdana Video Pendek (PSA) Anti Rasuah hari ini.

KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan untuk memanggil Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membantu siasatan dana RM90 juta didakwa diterima parti itu dan pembayaran cek RM1.4 juta kepada pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, siasatan berhubung kes itu tidak pernah ditutup sebaliknya beberapa individu lagi dijangka bakal dipanggil bagi melengkapkan siasatan pada masa terdekat.

“Lebih kurang 25 saksi telah dipanggil dan kita masih menjalankan siasatan (kes) ini. Saya tidak tolak kemungkinan untuk memanggil Presiden Pas (Abdul Hadi) untuk memberi keterangan,” katanya selepas melancarkan tayangan video pendek Anti Rasuah di panggung wayang, Lotus Five Star Cinema di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Dr. Rameli Musa telah hadir ke ibu pejabat SPRM, Putrajaya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Rewcastle-Brown pula pada akhir bulan lalu membuat pengakuan telah menerima pembayaran RM1.4 juta dibuat Abdul Hadi selain memuat naik beberapa gambar salinan dokumen berkaitan, termasuk perjanjian rahsia serta sekeping cek Bank Islam menerusi blog, Sarawak Report. – K! ONLINE

http://www.kosmo.com.my/negara/sprm-mungkin-panggil-abdul-hadi-beri-keterangan-kes-dana-rm90-juta-1.867941?fbclid=IwAR2hNdwbMOjKE6GHK3YzL5tWkA6NunPuY0UAZ2sJ_Y9e1Jd9paMc6TtCSzU

Kenapa 3 Perompak Tabung Haji Tidak Didakwa sampai sekarang, Jika PH Benar ?

*6 PERSOALAN YANG RAKYAT PERLU TAHU DI SEBALIK HIBAH 1.25%*
Seluruh rakyat Malaysia pastinya gempar dengan pengisytiharan *Hibah Tabung Haji sebanyak 1.25%* yang dibuat YB Dr Mujahid Yusuf Rawa iaitu *KADAR TERENDAH dalam sejarah Tabung Haji (TH)!*
Seperti dijangkakan YB Menteri menggunakan naratif menyalahkan Kerajaan dan pengurusan terdahulu yang kononnya *melakukan manipulasi akaun dan salah guna kuasa hingga selama 5 tahun berturut-turut* mengisytiharkan Hibah yang tinggi kepada pendeposit.
Sebelum pihak Menteri dan pengurusan baharu TH meneruskan permainan menyalah _(blame game)_, lebih baik mereka bersikap telus kepada rakyat untuk menjelaskan beberapa persoalan penting yang membawa kepada pengisytiharan Hibah yang terendah ini:-
1. Mengapakah TH hanya mengagihkan *RM913 juta* sahaja kepada pendeposit sedangkan mereka mengumumkan keuntungan boleh agih bagi tahun kewangan 2018 sebanyak *RM2 bilion?*
2. Ke manakah baki keuntungan *RM5.8 bilion* hasil penjualan aset-aset berharga TH kepada Syarikat SPV Urusharta Jemaah Sdn Bhd? Sebagaimana laporan YB Menteri sebelum ini jumlah aset bernilai *RM10 bilion* telah berjaya dijual pada nilai *RM19.9 bilion.* Sekiranya keuntungan ini digunakan untuk menutup defisit *RM4.1 bilion* aset pada tahun 2017, maka ianya masih berbaki *RM5.8 bilion.* Namun begitu, TH hanya mengisytiharkan *RM2 bilion* sahaja keuntungan boleh agih. *Ke mana perginya RM3.8 bilion baki keuntungan hasil jualan aset-aset TH?*
3. Apakah jaminan bahawa aset-aset yang dijual oleh TH kepada Syarikat Urusharta Jamaah Sdn Bhd mampu ditebus pada nilai yang sepatutnya. Apakah yang terjadi sekiranya nilai aset-aset ini kurang dari nilai Sukuk yang dipegang oleh TH? Sudah tentu TH terpaksa  merekodkan kerugian. Oleh yang demikian, *’Jaminan Kerajaan’* amat penting, tetapi sebagaimana yang dilaporkan, Kementerian Kewangan bertegas bahawa tiada *’Jaminan Kerajaan’* diberikan. *Bagaimana kepentingan TH dapat dijaga?*
4. Sekiranya benar berlakunya penyelewengan, penipuan, manipulasi akaun oleh pengurusan terdahulu, *mengapakah sehingga hari ini tiada pendakwaan dibuat ke atas mereka?* Sebaliknya Menteri lebih gemar mencetuskan sentimen dan menghukum mereka di mahkamah persepsi. Apakah ini satu cara menutup kelemahan pentadbiran Kerajaan PH yang hakikatnya juga bertanggungjawab menakut-nakutkan pelabur dengan naratif hutang negara tinggi dan bakal bankrap, dasar luar negara yang tidak konsisten dan mengelirukan hingga mengakibatkan saham-saham perladangan Kelapa Sawit dan Getah milik TH menjunam jatuh selepas pertukaran Kerajaan pada Mei 2018.
5. Benarkah *aktiviti pelaburan TH telah digantung sejak tahun lalu hingga hari ini* sehinggakan Jawatankuasa Pelaburan tidak bersidang dan TH tidak mampu menjana apa-apa hasil pelaburan sebagaimana kebiasaannya kecuali menjual aset-aset seperti hartanah bernilai TH kepada SPV? _(Antara hartanah bernilai yang dijual termasuklah Tanah TRX yang dibeli pada harga RM196 juta dan dijual pada harga RM400 juta; Platinum Park dijual pada harga RM737 juta sedangkan harga belian RM485 juta; ini tidak termasuk hotel-hotel TH yang turut dijual di TH Bayan Lepas, TH Kuching, TH Hotel Kelana Jaya, TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Alor Setar, TH Hotel Terengganu))_
6.  YB AMANAH-PH Hasanuddin Yunus mendakwa berdasarkan cariannya bahawa TH Indoplantation di Riau rugi *RM408 juta* sedangkan dalam rekod TH mencatatkan keuntungan berjumlah *RM873 juta.* *Mana satu yang betul!?* Pengurusan TH perlu jujur mengenainya.
Mohon YB Menteri Dr Mujahid menjelaskan dengan *telus dan tulus* persoalan-persoalan di atas yang rakyat berhak tahu terutamanya *9.3 juta orang pendeposit di kalangan orang Islam.* Sudah-sudahlah bermain sentimen menyalah kerana tidak selamanya rakyat boleh diperbodohkan dengan sentimen fitnah dan tohmah!
*Dr. Asyraf Wajdi Dusuki*
_Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia_
5 April 2019
*Sila Klik Link di Bawah*
Create your website with WordPress.com
Get started