‘Panduan pamer hanya 4 gambar pemimpin arahan istana’

News  |  Diterbitkan   |  Dikemaskini 

https://www.malaysiakini.com/news/470622?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR0hLqY_-dMvgGClPIHJMcAJnmcTKkVzMBolJ6ZCAddbqSi5Q7WftMNQAmk

Surat berhubung garis panduan mengenai pemaparan gambar pemimpin pada premis pejabat kerajaan negeri dan persekutuan didakwa dikeluarkan oleh pihak istana Kelantan, lapor Sin Chew Daily.

Surat itu sebelum ini menyatakan gambar yang diizin digantung hanya empat iaitu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V; Tengku Mahkota Kelantan, Sultan Ismail Petra Yahya Petra dan Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob.

Diminta mengulas perkara itu, setiausaha akhbar menteri besar Kelantan, Ahmad Ubaidillah Alias dipetik sebagai berkata arahan untuk mengeluarkan surat itu diberikan pihak istana.

“Surat itu memang wujud, tapi arahan datang dari istana. Kerajaan negeri tak boleh memberi kenyataan bagi pihak istana sewenangnya jika tidak akan dianggap mencampuri urusan istana,” katanya seperti dilapor.

Surat bertarikh 1 April 2019 itu sebelum ini tersebar di media sosial memaparkan ia ditandatangani Timbalan Setiusaha Kerajaan Kelantan, Adnan Hussin.

Malaysiakini sudah menghubungi Nazran untuk mendapatkan ulasan berhubung surat itu semalam, namun sehingga kini belum mendapat balasan.

4 thoughts on “‘Panduan pamer hanya 4 gambar pemimpin arahan istana’”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s