Demi Membongkar Kebenaran RM 90Juta Adik Beradik Berpisah Dan Ahli Keluarga Memulau

KEBENARAN AYAT AL-QURAN]
Apabila membaca ayat 11-15 dari Surah al-Maarij berikut, saya tidak dapat membayangkan betapa dahsyatnya keadaan di hari kiamat.
يُبَصَّرُونَهُمْ يَوَدُّ الْمُجْرِمُ لَوْ يَفْتَدِي مِنْ عَذَابِ يَوْمِئِذٍ بِبَنِيهِ
وَصَاحِبَتِهِ وَأَخِيهِ
وَفَصِيلَتِهِ الَّتِي تُؤْوِيهِ
وَمَن فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ يُنجِيهِ
كَلَّا إِنَّهَا لَظَىٰ
sedang mereka saling memandang. Orang yang engkar ingin sekiranya dia dapat menebuskan (dirinya) dari azab hari itu dengan anak-anaknya,
dan isterinya dan saudaranya,
dan kaum keluarganya yang melindunginya (di dunia).
Dan orang-orang di atas bumi keseluruhnya kemudian (dia mengharapkan) tebusan itu dapat menyelamatkannya.
Sekali-kali tidak dapat, sesungguhnya neraka itu adalah api yang bergolak,
(Surah Al-Maarij, Ayat 11-15)
Sewaktu membaca ayat diatas, saya sering memikirkan, bagaimana mungkin ibubapa, yang selalu akan cuba untuk melindungi anak-anaknya, sanggup berpenat lelah bermandi peluh, sanggup mengorbankan masa harta dan nyawa mereka untuk melindungi anak-anaknya sanggup untuk menggadaikan anak-anak mereka untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Saya tidak dapat membayangkan, bagaimana mungkin seorang suami, yang menyayangi isterinya, yang sentiasa akan cuba untuk menjaganya dan melindunginya sanggup untuk memberikan isterinya itu untuk dibakar oleh api neraka hanya untuk menyelamatkan dirinya sendiri.
Saya tidak dapat membayangkan, bagaimana mungkin adik-beradik yang sering berkasih sayang, sanggup untuk membiarkan ahli keluarga mereka dibakar untuk menyelamatkan dirinya sendiri.
Jika difikirkan, memang terasa mustahil perkara seperti ini bakal berlaku.
Namun hari ini, kita dapat lihat betapa benarnya ayat-ayat Quran. Hari ini, kita dapat lihat betapa seorang yang “kononnya agamawan”, sanggup menghina dan menzalimi adik-beradiknya hanya untuk mendapat tempat di dunia. Dan apabila telah dibuktikan ia membuat kemungkaran, ia sanggup pula untuk menjual nama bapanya yang soleh hanya untuk menyelamatkan dirinya. Adakah ia menyangka bahawa dengan melakukan sedemikian, ia dapat menyebabkan kejahatannya itu hilang dan akan masih dianggap suci oleh manusia?
Itu barulah ujian ketika di dunia, belum lagi di akhirat yang tentunya terlebih-lebih dahsyat dan menakutkan. Di sini pun kita telah dapat melihat betapa benarnya firman Allah ﷻ.
Semoga Allah ﷻ melindungi kita semua dan keluarga kita dari dihadapkan dengan cabaran yang getir pada hari tersebut. Semoga kita dikurniakan hidayah dan taufik untuk sentiasa bersama dengan kebenaran dan kebaikan.
C&P.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s