DAP BANTU MEMAJUKAN TANAH WAKAF DI BUTTERWORTH

41 PH

*ISU TANAH WAKAF DI BUTTERWORTH; INI PENJELASAN MAJLIS AGAMA: BUKAN NAK HALAU MELAYU TAPI NAK BUAT RUMAH UTK LEBIH RAMAI MELAYU MASUK*
*Tanah Wakaf Masjid Abdul Cauder, MAINPP bakal teruskan pembangunan dirancang ikut keputusan mahkamah*
December 13, 2018
GEORGE TOWN – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan meneruskan pembangunan dirancang di atas Tanah Wakaf Masjid Abdul Cauder di Lot 208, Seksyen 2, Jalan Mengkuang, Seberang Perai Utara (SPU) berdasarkan keputusan mahkamah yang diperoleh pada 28 Februari 2014.
Yang di-Pertua MAINPP, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim berkata, sebelum ini pihaknya masih meneruskan tawaran pampasan kepada 14 penghuni yang enggan berpindah keluar atas faktor perikemanusiaan meskipun MAINPP cuba mendapatkan milikan kosong atas tanah tersebut sejak 2010.
“MAINPP perlu melihat senario ini dengan lebih meluas apabila ia melibatkan 32 penghuni lain yang telahpun bersetuju (untuk berpindah keluar).
“(Dan) MAINPP juga tidak mahu tertarik ke dalam isu ini bukan sahaja demi nasib 32 penghuni yang bersetuju pindah, tetapi juga umat Islam keseluruhannya atau mereka yang berpotensi untuk menghuni di kawasan yang bakal dibangunkan itu,” ujarnya sebagai respons terhadap kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Tanah Wakaf Masjid Abdul Cauder, Abdul Hamid Khas Hussein semalam.
Dalam kenyataan disiarkan sebuah media perdana semalam, Abdul Hamid menyatakan bahawa 14 penduduk yang berbaki enggan menerima tawaran selagi MAINPP masih belum mengemukakan pelan pembangunan tanah wakaf kepada penduduk terlibat.
Tambah Abdul Hamid, sebagai dipetik berkata, permohonan pelan tersebut telah dimohon sejak lapan tahun lalu namun tiada maklum balas diterima.
Dalam pada itu, Abdul Malik, sebagai respons menyifatkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk itu sebagai satu helah untuk tidak mahu berpindah.
“Sungguh tidak munasabah kerana MAINPP sebelum 2010 lagi telahpun memulakan usaha melalui Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) untuk membangunkan kawasan tersebut, malah kita (MAINPP) juga mempunyai lakaran lengkap perspektif pembangunan kawasan tersebut.
“Sebab itu saya katakan bahawa pendirian serta kenyataan pengerusi tersebut adalah satu helah sahaja untuk tidak berpindah sungguhpun MAINPP telah menawarkan rumah ganti rumah kepada penghuni bersetuju,” tegasnya.
Terdahulu, pada 6 Disember lalu, Abdul Malik dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya dekat Bangunan JKP di sini menyatakan bahawa MAINPP masih meneruskan tawaran pampasan kepada 14 penghuni yang enggan berpindah keluar meskipun surat tawaran tersebut berakhir pada 30 November 2018.
“MAINPP perlu melihat kepada pelaksanaan milikan kosong yang telah ditangguhkan sebanyak tiga kali sejak penghakiman diperoleh pada 28 Februari 2014.
“Setakat hari ini, mengambil kira kos guaman dikeluarkan bagi mendapatkan milikan kosong tapak tersebut dan bayaran elaun bulanan penghuni lain yang bersetuju telah mencecah RM2.6 juta.
“Jadi, sekiranya baki 14 penghuni ini bersetuju untuk menerima tawaran MAINPP, datanglah ke pejabat dan tandatangan surat persetujuan.
“Lagipun, saya berharap projek pembangunan di Tanah Wakaf Masjid Abdul Cauder ini dapat dilaksanakan segera supaya penghuni yang bersetuju pindah sebelum ini dapat ‘kembali semula’ ke kampung tersebut,” jelasnya.
Sebagai rekod, pada tahun 2010, pihak JAWHAR memperuntukkan sejumlah RM50 juta bagi pembangunan di atas lot tersebut untuk membina rumah pangsa kos sederhana rendah 22 tingkat dengan jumlah unit mencecah 470 unit.
Namun, setelah tempoh penerimaan tawaran berakhir pada 15 September 2010, hanya 32 daripada 46 penghuni bersetuju, manakala baki 14 lagi enggan menerima tawaran sehingga ke hari ini meskipun dalam tempoh tersebut beberapa siri pertemuan telah diadakan.
Berikut adalah tawaran diberikan MAINPP kepada pemilik tanah di tanah lot tersebut yang telah bersetuju, dan tawaran sama turut dikemukakan kepada baki penghuni yang masih enggan berpindah keluar :
   a.  rumah ganti rumah dengan keluasan 1,000 kaki persegi setiap unit,
   b.   bayaran sewa rumah sementara sebanyak RM500 sebulan sehingga rumah pangsa siap,
   c.   bayaran elaun keluar rumah RM4,000 dan bayaran elaun masuk rumah RM3,500 dan
   d.   bagi keluarga berkelamin, hanya bayaran elaun keluar rumah RM4,000 ditawarkan.
Oleh : *AINUL WARDAH SOHILLI* Buletin Mutiara
*MAINPP tawar rumah ganti rumah*
Oleh *Zuhainy Zulkiffli*
MAJLIS Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bersetuju menawarkan rumah ganti rumah kepada 14 baki penghuni rumah di atas Tanah Wakaf Abdul Cauder, Butterworth.
Selain tawaran rumah berkeluasan 1,000 kaki persegi (92.90304 meter persegi) setiap unit itu, penghuni turut ditawarkan bayaran sewa rumah sementara sebanyak RM500 sebulan sehingga rumah pangsa kos sederhana di situ siap.
Yang Dipertua MAINPP, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, tawaran itu diberi atas faktor kemanusiaan walaupun MAINPP mahu projek tanah wakaf itu dimulakan secepat mungkin.
Beliau berkata, bayaran elaun pindah keluar dan pindah masuk masing-masing berjumlah RM4,000 dan RM3,500 turut ditawarkan, namun bagi keluarga berkelamin, hanya ditawarkan bayaran pindah keluar.
“Mahkamah sudah beri tarikh hari ini (6 Disember) bagi penduduk berpindah, namun MAINPP mengambil keputusan bagi melanjutkan tarikh itu sehingga penghuni berkenaan bersetuju untuk berpindah.
“Jika alasan (tidak mahu berpindah) kerana tiada kenderaan, MAINPP tawarkan lori bagi memudahkan urusan mereka berpindah sebelum projek dijalankan dan mengambil masa kira-kira dua tahun bagi disiapkan,” katanya dalam sidang media di Jalan Macalister, Georgetown, hari ini.
Pada 2010, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi pembangunan atas Lot 208 Seksyen 2, Tanah Wakaf Abdul Cauder seluas 1.093 hektar (2.7 ekar) di Jalan Mengkuang, Butterworth.
Berdasarkan perancangan awal, sebanyak 470 unit rumah pangsa kos sederhana rendah setinggi 22 tingkat dirancang dibina bagi tujuan penempatan semula 46 penghuni terbabit.
Penghuni ditawarkan dengan tawaran sama, namun sehingga tempoh tawaran tamat pada September 2010, hanya 32 penghuni bersetuju dengan tawaran itu manakala 14 lagi enggan.
Sekali lagi MAINPP memohon bagi meneruskan perintah pelaksanaan pada 21 Jun 2018 dan writ milikan sudah ditetapkan pada 15 November 2018.
Sehingga kini pelaksanaan milikan kosong sudah tertangguh sebanyak tiga kali sejak penghakiman diperoleh pada 28 Februari 2014.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Disember 2018 @ 4:30 PM
32 org dah berpindah sejak 2010 dan MAINPP menanggung kos 500 setiap bulan utk 32 tersebut, selain drp saguhati pindah mencecah ribuan RM  Sepatutnya 2011 atau 2012 bangunan telah siap dan mrk boleh kembali ke rumah baru yg berkeluasan 1000kaki persegi.
12 yg tidak bersetuju telah mengkaveit tanah tersebut sehingga mengheret kes ini ke Mahkamah.
Perbuatan mrk akhirnya mengakibatkan
1. Sepatutnya MAINNP tanggung kos sebulan (RM500 X 32 keluarga) utk tempoh paling lama 2 tahun, ttp perbuatan mrk menyebabkan tertangguh selama 8 tahun. Berapa kerugian wang rakyat disebabkan perbuatan mrk sehingga byrn utk 2 tahun telah menjadi 10 tahun. Siapa yang menzalimi siapa?
Mrk bukan pun, di halau keluar, ttp diberi ganti percuma rumah keluasan 1000kp, dgn tawaran2 lain.. saguhati keluar dan masuk semula mencecah ribuan ringgit.
2. Kaw Bagan dah di kuasai oleh bangsa lain, cuba tengok brp kerat anak kariah Masjid Kubang Buaya sekarang. Dgn ada pembangunan tanah wakaf sekitar Masjid Abdul Kader, MAINPP boleh menempatkan hampir 500 keluarga Muslim di situ berbanding 46 keluarga.
3. Adakah kita nk tengok masjid Abd Kader jd spt bbrp Masjid di Bandar Pulau Pinang yg tiada anak kariah.
# VIRALKAN DEMI KEBENARAN TKSH.. C&P.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s