Prof Steven Fish: “Semakin Banyak Orang Islam, Semakin Kurang Kes Bunuh. Ini Faktanya”

 

Islam sering kali dikaitkan sebagai agama yang ganas dan penganutnya pula digambarkan sebagai gasar, penjenayah dan tidak bertamadun.

Namun faktanya ternyata bertentangan dengan persepsi umum dan paparan media, dan ini diakui oleh ahli akademik bukan Islam sendiri.

Profesor Steven Fish, seorang profesor sains politik daripada UC-Berkeley menyimpulkan bahawa jika dinilai berdasarkan kadar kes pembunuhan, ternyata negara majoriti Muslim adalah kurang sekali jumlah kes pembunuhannya berbanding negara majoriti bukan Muslim.

Purata kes pembunuhan di negara Muslim adalah 2.4 setahun per 100 000 orang, manakala di negara bukan Islam pula 7.5. Peratusan masyarakat yang terdiri daripada Muslim adalah satu bahan ramalan yang sangat baik untuk mengkaji kadar pembunuhan negara tersebut…. Lebih banyak Muslim, lebih kurang kes bunuh.

Prof Steven Fish

Walaupun setelah diketepikan negara – negara bukan Islam dengan kadar pembunuhan yang sangat tinggi(Colombia, El Salvador, Guatemala, Honduras, Jamaica, Lesotho, South Africa, and Venezuela ), dapatannya tetap sama: negara yang banyak populasi tetap kurang kadar kes pembunuhannya dalam margin yang besar.

Bagi menjelaskan fenomena keganasan – keganasan yang dilakukan oleh Muslim beberapa puluh tahun kebelakangan ini, Prof Steven Fish mengetengahkan teori bahawa ia diakibatkan oleh penjajahan dan penjarahan yang dibuat Kristian terhadap tanah – tanah orang Islam.

Mari kita pertimbangkan satu fakta ringkas: Kristian melukis peta sempadan negara – negara majoriti Muslim. Mereka namakan formasi tersebut sebagai “Senegal”, “Jordan” dan “Indonesia”. Sekarang ini, orang di negara Kristian membentuk satu pertiga populasi dunia, sambil menguasai dua pertiga harta kekayaan dan sembilan persepuluh kuasa tentera… Pengabaian faktor budaya, bahasa, bentuk kerajaan, produk dan perkhidmatan ini mencetuskan api kemarahan yang menyala – nyala.

Ujar beliau, jika perkara yang sama berlaku kepada dunia Kristian seperti mana ia berlaku kepada dunia Islam, pasti tindakan – tindakan keganasan juga akan turut dilakukan orang Kristian.

Prof Steven Fish: “Semakin Banyak Orang Islam, Semakin Kurang Kes Bunuh. Ini Faktanya”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: