WASIAT UNTUK ANAKKU

Blog Peribadirasulullah

Image may contain: text

💚 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
💚 ASSALAMUALAIKUM
Semua sahabat fillah yang dikasihi Allah.
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

🍀 WASIAT UNTUK ANAKKU

💚 WAHAI anakku, engkau tidak akan mendapati orang yang paling benar dan paling suci selain dari Rasulullah SAW yang maksum. Maka ikutilah dia dalam setiap keadaanmu.

💚 WAHAI anakku, jangan sesekali engkau memperbanyakkan musuhmu, sesungguhnya walau hanya satu musuh, tetapi bagimu sudah pun cukup banyak.

💚 WAHAI anakku, jadilah dirimu tenang dan sejuk, lalu memberi keselamatan serta keselesaan kepada orang lain. Apabila kamu tidak mampu memberi manfaat, jangan pula kamu mendatangkan mudarat, apabila kamu tidak mampu memberikan kebaikan, jangan pula kamu mendatangkan kerosakan, dan apabila kamu tidak mampu membangun, maka jangan meruntuhkannya.

💚 WAHAI anakku, apabila manusia meninggalkan emas, perak, rumah-rumah dan istana-istana kepada anak-anak mereka, maka aku tinggalkan untukmu Kitab suci al-Quran dan kitab-kitab yang berfaedah serta wasiat yang menyeluruh.

💚 WAHAI anakku, maafkanlah sesiapa yang melakukan keburukan kepadamu semoga…

View original post 221 more words

TEMAN YANG SEBAIK-BAIKNYA

Blog Peribadirasulullah

No automatic alt text available.

🍀 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
🍀 ASSALAMUALAIKUM
Semua sahabat fillah yang dikasihi Allah
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

🍏 TEMAN YANG SEBAIK-BAIKNYA

🍀 SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

🍀 ALLAH SWT berfirman:

“Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya (Muhammad), maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah, iaitu golongan para nabi, para pencinta kebenaran, orang yang mati syahid serta orang soleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.”

(Surah al-Nisa’ 4:69)

🍏 ASBABUN NUZUL

🍀 ADA empat riwayat yang menceritakan sebab turunnya ayat 69 surah al-Nisa’ ini:

1. ABU Tahir bin Ya’kub al-Fairuz Abadi telah berkata bahawa ayat 69 dan 70 surah al-Nisa’ ini turun berkaitan dengan Tsauban, hamba sahaya Rasulullah SAW yang mengeluhkan: “Aku takut tidak dapat berjumpa dengan tuan di akhirat kelak wahai Rasulullah!” Rasulullah SAW melihat wajah Tsauban berubah pucat…

View original post 315 more words

BERHENTI SEBELUM KENYANG

Blog Peribadirasulullah

No automatic alt text available. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
 ASSALAMUALAIKUM
Semua sahabat fillah yang dikasihi Allah.
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

BERHENTI SEBELUM KENYANG

 SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

 RASULULLAH SAW bersabda:

“Tidaklah anak cucu Adam mengisi bekas yang lebih buruk dari perutnya. Sebenarnya beberapa suap sudah cukup untuk menegakkan tulang rusuknya. Kalau dia harus mengisinya, maka sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan seperti lagi adalah untuk pernafasannya.

(HR Ahmad, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah. Hadis Hasan)

 MAKSUDNYA janganlah makan banyak. Makanlah sekadar cukup untuk memberi tenaga dan menguatkan badan untuk bekerja. Yakni makanlah sekadar untuk hidup bukan untuk rasa puas (nafsu) memakannya.

 SEBENARNYA makan itu sekadar dalam jumlah yang minimum pun sudah mencukupi. Di dalam sebuah hadis lain dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda:

“Seorang mukmin makan dengan satu perut, sementara orang kafir…

View original post 384 more words

PELITA HATI

Blog Peribadirasulullah

Image may contain: text

💜 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
💜 ASSALAMUALAIKUM
Semua sahabat fillah yang dikasihi Allah.
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.
Salam Jumaat penuh berkat.

PELITA HATI

💜 SEGALA puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.

💜 ALLAHOMMA Solli’ala Sayyidina Muhammad, Wa’ala Aalihi Wasohbihi Ajma’in.

💜 IMAM Ibnu Athaillah al-Sakandari melalui Hikmah 260 dalam kitab Hikamnya berkata:

“Fikiran itu sebagai pelita hati, apabila ia padam, maka tidak ada penerangan baginya.”

 MAFHUM HIKMAH

💜 FIKRAH (fikiran) berfungsi sebagai penyuluh kepada mata hati. Tanpanya maka akan hilanglah cahayanya.

 IKTIBAR HIKMAH

💜 KA’AB al-Ahbar Rahimahullah berkata:

“Siapa yang menghendaki kemuliaan dunia dan akhirat, maka hendaklah memperbanyakkan tafakkur.”

💜 SYEIKH Abu Hasan al-Syazili Rahimahullah berkata:

“Jalan yang menjadi maksud kepada Allah SWT adalah empat perkara: Siapa yang mendapatkan kesemuanya maka dia termasuk di kalangan para ‘Siddiqin dan al-Muhaqqiqin’. Siapa yang mendapat tiga daripadanya maka…

View original post 353 more words

PEWARIS SYURGA

Blog Peribadirasulullah

Image may contain: text

💜 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
💜 ASSALAMUALAIKUM
Semua sahabat fillah yang dikasihi Allah.
Semoga sentiass dalam rahmat Allah.

💕 PEWARIS SYURGA

💜SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

💜 SEMUA rezeki yang dilimpahkan Allah SWT kepada kita di dunia menjadikan kita sebagai seorang yang diamanahkan untuk mengatur rezeki itu. Amanah di dunia itu nanti akan diperhitungkan di akhirat nanti, kerana itu adalah rezeki dan pemberian Allah SWT, baik ianya dalam bentuk harta, anak, pangkat jawatan ataupun apa sahaja yang telah kita nikmati.

💜 ALLAH SWT berfirman:

📌 “Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan nafkahkanlah sebahagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman antara kamu dan yang menafkahkan sebahagian dari hartanya, memperolehi pahala yang besar.”

(Surah al-Hadid: 7)

💜 DI SYURGA nanti, Allah SWT akan menjadikan pula kita sebagai pewaris syurga…

View original post 448 more words

BER’UZLAH

Blog Peribadirasulullah

No automatic alt text available.

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
 ASSALAMUALAIKUM
Semua sahabat fillah yang dikasihi Allah.
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

🌻 BER’UZLAH

 SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

 MENGASINGKAN diri yang diajar oleh syariat dan sunnah Rasulullah SAW adalah menjauhkan diri dari kejahatan dan pelakunya. Juga dari orang-orang yang lalai, orang yang banyak waktu kosong dan sia-sia serta orang yang senang membuat huru-hara. Dengan demikian, jiwa anda akan selalu terkawal, hati anda menjadi tenang dan sejuk, fikiran anda jernih. Lalu anda akan merasa leluasanya bahagia.

 BER’UZLAH ini (mengasingkan diri) dari semua hal yang melalaikan manusia dari kebaikan dan ketaatan, merupakan ubat yang sudah diuji dan dibuktikan kemujarabannya oleh para ahli pengubatan hati. Banyak cara untuk menjauhkan diri dari kejahatan dan permainan yang sia-sia. Di antaranya adalah: mengisi waktu dengan menyuntikkan wawasan baru ke dalam akal…

View original post 323 more words

BALASAN KEZALIMAN

Blog Peribadirasulullah

No automatic alt text available. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
 ASSALAMUALAIKUM
Semua sahabat fillah yang dikasihi Allah.
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

🌞 BALASAN KEZALIMAN

 KEHIDUPAN para salafussoleh merupakan kehidupan yang sarat dengan keimanan dan ketaatan. Lisan mereka tidak pernah putus dari zikrullah, anggota zahir mereka tidak pernah loyo dari ketaatan beribadah manakala batin mereka sentiasa berserah diri kepada Allah SWT.

 DAPAT dilihat bahawa salah seorang dari mereka seakan-akan selalu menyeru pada kematian dan minta dibangkitkan. Mereka menjual jiwa-jiwa yang akan mati esok hari dengan jiwa-jiwa yang takkan pernah mati selamanya. Sampai-sampai jika dikatakan kepada salah seorang dari mereka bahawa kiamat akan terjadi esok hari, nescaya tidak akan kita dapati amal solehnya bertambah.

 JIKA dibanding dengan mereka, kita ini tidak lain ibarat pencuri. Kehidupan kita dibanding dengan realiti hidup mereka hanyalah ibarat fantasi. Mereka berlaku jujur kepada Allah SWT dan Allah pun membenarkan mereka. Mereka beramal untuk-Nya dengan penuh keikhlasan, maka Allah SWT pun…

View original post 609 more words