5 Nasihat ‘Raja Gula Asia’ Jika Anda Hendak Berjaya Dalam Perniagaan.

Raja gula ini tersenarai tangga ke – 96 sebagai hartawan terkaya di dunia oleh Forbes. Memiliki kekayaan bernilai RM57.7 billion beliau adalah ikon usahawan yang mempunyai kredibiliti dalam membentuk kejayaan demi kejayaan dalam setiap lapangan perniagaan yang diceburi.

Memegang gelaran individu terkaya di Malaysia selama 13 tahun berturut-turut Kuok telah menguasai kepentingan dalam tiga syarikat tersenarai di Malaysia – PPB Group Bhd, Malaysian Bulk Carriers Bhd dan Shangri-La Hotels (M) Bhd. PPB adalah sebuah syarikat pelbagai fungsi seperti perladangan, makanan dan pawagam melalui Golden Screen Cinema Sdn Bhd. Maybulk adalah syarikat perkapalan dan Shangri-La Hotel adalah rangkaian hotel nombor 1 di negara ini.

Apakah rahsia kejayaan Raja Gula ini sehingga momentum kejayaannya masih bertahan sehingga saat ini. Jika anda ingin mengikut jejak beliau, anda perlu hadam nasihat beliau ini.

#1-Jangan Malu Bermula Dari Bawah

Dahulu beliau hanya seorang ‘office boy’ sebelum menjadi kerani di jabatan perdagangan beras di Singapura.

Beliau yang mudah belajar telah berjaya mempelajari selok-belok perniagaan perdagangan ketika bekerja. Dengan pengalaman yang dikutip, beliau telah  mengasaskan produk gula Malaya.co, yang berjaya meraih populariti dengan pantas.

Ia memonopoli ruang pengeluaran gula di Malaysia yang menghasilkan 80% gula di Malaysia dan 10% gula di dunia. Dari situlah Kuok mendapat jolokan ‘Raja Gula Asia’.

Apabila anda bermula dari bawah, anda akan menguasai banyak perkara sehingga anda tahu apa yang perlu dilakukan ketika anda mula berada di atas. Kerana anda menaiki setiap tangga dengan keupayaan sendiri. Jadi jangan malu jika hari ini anda hanya seorang kuli.

#2- Berani Dalam Tindakan

Berani dalam tindakan adalah perkara yang sukar untuk dilaksanakan kerana selalunya perasaan takut itu yang berada di barisan hadapan. Lihat sahaja bagaimana raja gula ini berani berurusan dengan mana-mana usahawan dan syarikat- syarikat besar sehingga menghasilkan pulangan lumayan.

Kecekapan beliau dalam setiap tindakan yang dilakukan harus dijadikan contoh kerana acapkali usahawan akan mengudur apabila gagal membuat keputusan yang tepat dan tidak berani mengambil tindakan betul!

#3-Masa Hanya Datang Sekali

Jangan beri peluang kepada perasaan malas dalam kehidupan anda. Sebagai usahawan, masa bukan musuh anda, tetapi anda perlu jadikan masa itu kawan paling baik bagi anda. Anda yang perlu tentukan masa, bukan masa yang menentukan anda.

Beliau sangat terkenal dengan sikap menghargai masa kerana baginya masa yang datang tidak akan pernah berulang. Sikap rajin, berdisiplin dan tekun menjadi kunci kejayaan beliau. Apabila anda menghargai masa, ianya bererti anda seorang yang berdisiplin dalam kehidupan.

#4- Perlu Ada Cita-Cita Tinggi

Sedari awal, Robert memang seorang yang selalu mengimpikan kejayaan dalam setiap cita-cita yang dipasang. Demi merealisasikan cita-citanya menjadi realiti, beliau bekerja keras dan berusaha sedaya upaya dalam mengorak langkah kejayaanya.

Hasilnya, raja gula ini  mengemudi rangkaian hotel yang terkenal ‘Shangri-la’ yang kini dibuka di seluruh dunia termasuk di Asia Pasifik, Amerika Utara, Timur Tengah dan Eropah.

#5- Pandai Merebut Peluang

Sikap Robert yang patut usahawan contohi beliau seorang yang tidak akan mempersiakan setiap peluang dan ruang yang datang walaupun kecil atau besar. Beliau akan merebut setiap inci peluang. Kerana itu Robert berani melabur dalam bisnes-bisnes besar di seluruh Asia kerana beliau tahu peluang yang datang itu akan menghasilkan wang.

Buktinya, ketika tahun 1960an, Robert pernah melabur di negara Indonesia ketika zaman bergolak di negara tersebut. Manakala perkara yang sama juga dilakukan kepada negara Filipina ketika tahun 1980an. Rentetan pelaburan yang dilakukan membuka ruang hubungan dua hala antara Robert dan pihak berkuasa negara terbabit selama hampir empat dekad.

http://www.majalahniaga.com/5-nasihat-raja-gula-asia-jika-anda-hendak-berjaya-dalam-perniagaan.html

7 Pesanan Neelofa Jika Mahu Bisnes Anda Cecah Juta-Juta!

 

Gadis yang tersenarai antara Forbes 30 Under 30 Asia 2017 ini adalah pemilik NH Prima International Sdn Bhd, iaitu syarikat pengeluar tudung utama Neelofa Hijab.

Pelantikan beliau sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif membuktikan kredibiliti pemilik nama Neelofa ini sangat ranum dengan pelbagai kejayaan yang ditempuhnya hasil kerja keras selama ini.

Hasilnya, beliau pernah memperoleh keuntungan yang mencecah 50 juta dan pernah mencipta rekod tersendiri dengan penjualan tudung Dalam Masa 3 Minit, Jualan Tudung Neelofa Raih RM1.3 Juta. Hebat ke hebat?

#1- Jangan Malu Bermula Dari Bawah

Ketika awal pembabitannya dalam dunia bisnes beliau hanya menjual kasut dan pakaian sahaja sebelum tercetusnya idea bisnes hijab yang melonjak keewangannya dan menjadikan beliau jutawan muda.

Asal sahaja ada peluang berniaga beliau pasti akan mengambil kesempatan itu terutama di bazar-bazar ketika musim perayaan menjelang. Tiada perasaan malu yang dibawa tetapi kesungguhan untuk melariskan barang jualannya yang diutamakan.

#2- Fokus, Fokus dan Fokus

Apabila bertekad membuat bisnes, beliau mahu fokus dan langsung tidak berlakon selama 3 tahun. Hanya memenuhi jemputan pengacaraan sahaja. Beliau bulatkan tekad untuk fokus satu bidang sahaja sehingga mendatangkan hasil.

Bukan mudah untuk fokus tetapi tidak payah untuk laksanakannya agar ianya seimbang dengan impian masa depan anda. Jangan ragu-ragu membuat keputusan kerana andalah penentu utama pelayaran bisnes anda sama ada ke timur, utara atau selatan.

Kebijaksaaan Neelofa ini beliau hanya target pada dua bentuk produk sahaja iaitu hanya menjual 2 jenis hijab iaitu Instant Hijab dan Semi Instant Hijab. Cukup untuk anda fokus satu atau dua produk sahaja. Jangan tamak dan nak cepat kaya!

#3- Jangan Lepaskan Kerja Yang Sedia Ada

Lihat bagaimana Neelofa mengatur ‘keewangan’ dari setiap sudut aspek yang mendatangkan hasil buatnya. Tidak pernah kenal erti penat walaupun bergelar jutawan beliau masih mencari sumber kewangan lain.

Masih bekerja sebagai pelakon dan pengacaraan, beliau menasihati usahawan di luar sana supaya tidak ‘terpedaya’ dengan wang banyak hasil daripada meniaga kerana dunia bisnes ini ada pasang surutnya.

Demi melengkapkan benteng keewangan yang kukuh agar anda tidak jatuh terduduk seandainya peniagaan anda dilanda ribut, anda perlu mempertahankan kerjaya yang sedia ada sekarang.

Tidak mengapa jika anda berasa terlalu penat kerana hasilnya anda juga yang akan dapat. Usah terlalu mengira keuntungan, tetapi bersiap sedialah menghadapi kerugian.

#4 – Mengenalpasti Identiti & ‘Target Market’

Beliau menggunakan Bahasa Inggeris di website sehingga dapat jualan dari 37 buah negara. Jualan dari luar negara pada tahun lepas ialah 6 juta.

Pintar mengenalpasti brand yang hendak diwujudkan. Beliau menggunakan platform lakonan sebagai tempat untuk bermarketing.

Lihat sahaja percaturannya dalam drama Suri Hati Mr Pilot. Selepas tahu sinopsis drama tersebut, beliau balik ke pejabat dan memanggil designer untuk mereka 3 jenis tudung yang mewakili

  1. a) Warda semasa bujang
    b) Warda selepas berkahwin
    c) Warda selepas dapat anak

Hasilnya kerana beliau tahu target marketnya beliau berjaya melonjak jualan tudung warda mendapat sambutan orang ramai sepanjang cerita Suri Hati Mr Pilot. Bukan sikit-skit keuntungan yang dikautnya.

#5 – Kaut Peluang Marketing Di FB dan IG

Nak kaya kenalah usaha luar biasa. Jangan duduk saja-saja. Jika anda adalah seorang yang 24 jam dengan telefon, masa inilah nak buat wang berjuta. Rajin-rajinlah post setiap masa ketika waktu puncak tiba.

Feed info yang valuable kepada pelanggan. Membuat pemasaran dengan cara yang berbeza (terlalu ramai orang buat tutorial, video dan sebagainya. Beliau buat marketing untuk koleksi hari raya secara drama ringkas bersiri dan gunakan media sosial untuk muat naik video begitu dan disebarkan secara meluas oleh penguna media sosial. Kreatif dan Inovatif.

Mulakan dengan low cost marketing. Teknik pemasaran yang betul sangat penting. Pergilah belajar dengan yang pakar dalam bidang marketing. Jangan hanya menunggu ilmu masuk sebab tanpa belajar ilmu tak akan datang begitu sahaja

#6 – Gambar Yang Berbeza

Pastikan produk kita berkualiti. Invest dalam photoshoot. Gambar mesti cantik.  Ambil gambar yang berbeza-beza walaupun hanya satu produk sahaja yang dihasilkan. Jangan malas. Nak cari gambar cantik pun boleh buat jiwa stress tapi kesudahannya pasti anda tersenyum sendiri lihat hasilnya.

Detailkan setiap collection dengan gambar yang berbeza-beza. Jangan sesekali cipta kekeriluan kepada pelanggan anda. Kerana itu detail yang jelas dan padat diperlukan pada setiap gambar.

#7 – Tonjolkan Diri Anda Sebagai ‘Brands Identiti’

Download Image

Seperti mana Neelofa menjual tudung yang diviralkan begitulah beliau menonjolkan dirinya dengan memakai jenamanya sendiri setiap masa. Sehabis ruang beliau cuba mengangkat jenamanya dengan menjadikan dirinya identiti kepada brands nya sendiri.

Jangan hanya sekadar menjual tetapi tidak mahu menjadikan diri anda sebagai identiti kepada brands anda sendiri. So, apa lagi jom check balik pesanan Neelofa ini adakah ada yang ada telah ikut atau ada yang tertinggal?

http://www.majalahniaga.com/7-pesanan-neelofa-jika-mahu-bisnes-anda-cecah-juta-juta.html

Uwais Al-Qorni Pemuda Penduduk Langit

uwais-al-qarni

Uwais Al-Qarni

by Waustories :

Seorang pemuda bernama Uwais al-Qarni. ia hidup dizaman Rasulullah saw, namun belum pernah sekalipun bertemu dengan beliau, maka dia tidak termasuk sebagai sahabat Rasulullah saw. ia tinggal dinegeri Yaman. Uwais adalah seorang yang terkenal fakir, hidupnya sangat miskin. Uwais al-Qarni adalah seorang anak yatim. bapaknya sudah lama meninggal dunia. ia hidup bersama ibunya yang telah tua lagi lumpuh. bahkan, mata ibunya telah buta. Uwais tidak lagi mempunyai sanak keluarga sama sekali, kecuali ibunya.

Untuk mencukupi kebutuhan sehari-hari mereka berdua, Uwais al-Qarni bekerja mencari nafkah dengan menggembalakan domba-domba orang pada waktu siang hari. upah yang diterimanya cukup untuk menafkahi meraka berdua. bila ada kelebihan rezeki, terkadang ia pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti dia. demikianlah pekerjaan Uwais al-Qarni setiap hari.

Uwais al-Qarni terkenal sebagai seorang anak yang sangat berbakti kepada ibunya dan juga taat beribadah. Uwais al-Qarni seringkali melakukan puasa. bila malam tiba, dia selalu berdoa, memohon petunjuk kepada allah. alangkah sedihnya hati uwais al-qarni setiap melihat tetangganya yang baru datang dari madinah. mereka telah bertemu dengan Rasulullah, sedang ia sendiri belum pernah berjumpa dengan Rasulullah saw. berita tentang perang uhud yang menyebabkan Rasulullah mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya, telah juga didengar oleh Uwais al-Qarni. segera uwais memukul giginya dengan batu hingga patah. hal ini dilakukannya sebagai ungkapan rasa cintanya kepada Rasulullah saw, sekalipun ia belum pernah bertemu dengan beliau. hari demi hari berlalu, dan kerinduan Uwais untuk menemui Rasulullah saw semakin dalam. hatinya selalu bertanya-tanya, kapankah ia dapat bertemu Rasulullah saw dan memandang wajah beliau dari dekat? ia rindu mendengar suara Rasulullah saw, kerinduan karena iman.

Namun bukankah ia mempunyai seorang ibu yang sudah tua, buta dan lumpuh? bagaimana mungkin ia tega meninggalkan ibunya dalam keadaan demikian? hatinya selalu gelisah. siang dan malam pikirannya diliputi perasaan rindu, memanggil manggil nama Rasulullah sambil memandang kearah kota madinah, membayangkan ia bisa menatap wajah Rasulullah saw.

Sampai akhirnya, kerinduan kepada Rasulullah yang selama ini dipendamnya tak dapat lagi ditahannya. pada suatu hari ia datang mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon ijin kepada ibunya agar ia diperkenankan pergi menemui Rasulullah di madinah. ibunya yang telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. ia mengerti perasaan Uwais seraya berkata, “Pergilah wahai Uwais, anakku! temuilah Rasulullah di rumahnya. dan bila telah berjumpa dengannya, segeralah engkau kembali pulang.”

Betapa gembiranya hati Uwais mendengar ucapan ibunya itu. segera ia berkemas untuk berangkat. namun, ia tak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkannya, serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi. sesudah berpamitan sembari mencium ibunya, berangkatlah Uwais menuju madinah.

Uwais Menuju Madinah

Setelah menempuh perjalanan yang cukup jauh, akhirnya uwais sampai juga dikota madinah. segera ia mencari rumah Rasulullah saw. setelah ia menemukan rumahnya, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam, keluarlah istri Rasulullah, Siti Aisyah ra seraya membalas salamnya. segera saja Uwais menanyakan Rasulullah saw yang ingin dijumpainya. namun ternyata Rasulullah tidak berada dirumahnya, beliau sedang berada di medan pertempuran. Uwais al-Qarni hanya dapat bertemu dengan Siti Aisyah ra, istri Rasulullah saw. betapa kecewanya hati Uwais. dari jauh ia datang untuk berjumpa langsung dengan Rasulullah saw, tetapi ia tidak dapat dijumpainya.

Dalam hati Uwais bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Rasulullah saw dari medan perang. tapi kapankah ia pulang? sedangkan masih terngiang di telinganya, pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke yaman,“engkau harus lekas pulang”.

Akhirnya, karena ketaatan Uwais kepada ibunya, pesan ibunya mengalahkan suara hati dan kemauannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Rasulullah saw. karena hal itu tidak mungkin, Uwais dengan terpaksa pamit kepada Siti Aisyah ra untuk segera pulang kembali ke Yaman, dia hanya menitipkan salamnya untuk Rasulullah saw. setelah itu, Uwais pun segera berangkat mengayunkan langkahnya dengan perasaan amat haru kembali ke Yaman.

Peperangan pun telah usai dan Rasulullah saw pulang menuju Madinah. sesampainya di rumah, Rasulullah saw menanyakan kepada Siti Aisyah ra tentang orang yang mencarinya. Rasulullah mengatakan bahwa Uwais al-Qarni anak yang taat kepada ibunya, ia adalah penghuni langit. mendengar perkataan Rasulullah saw, Siti Aisyah ra dan para sahabatpun terdiam. menurut keterangan Siti Aisyah ra, memang benar ada seorang pemuda yang mencari Rasulullah saw dan segera pulang kembali ke yaman, karena ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.

Lalu rasulullah saw melanjutkan keterangannya tentang pemuda tersebut, yang bernama uwais al-qarni, penghuni langit itu, kepada para sahabatnya. “kalau kalian ingin berjumpa dengan dia, perhatikanlah ia mempunyai tanda putih dibagian tangannya.”

Sesudah itu Rasulullah saw memandang kepada Ali ra dan Umar ra seraya berkata,“suatu ketika apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi”.

Setelah Rasulullah saw Wafat

Waktu terus berlalu, dan Rasulullah saw kemudian wafat. kekhalifahan Abu Bakar ra pun telah digantikan pula oleh Umar bin Khatab ra. suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Rasulullah saw tentang Uwais al-Qarni, si penghuni langit. beliau segera mengingatkan kembali perkataan Rasulullah saw itu kepada sahabat Ali bin Abi Thalib ra.

Sejak saat itu setiap ada rombongan khafilah yang datang dari Yaman, khalifah Umar ra dan Ali ra selalu menanyakan tentang Uwais al Qarni, si fakir yang tak punya apa-apa itu, yang kerjanya hanya menggembalakan domba dan unta setiap hari? mengapa khalifah umar ra dan ali ra, selalu menanyakan dia?

Rombongan khafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama mereka. rombongan khafilah itu pun tiba di kota madinah. melihat ada rombongan kalifah yang baru datang dari yaman, segera khalifah umar ra dan ali ra mendatangi mereka dan menanyakan apakah uwais al-qarni turut bersama mereka. rombongan khafilah itu mengatakan bahwa uwais al-qarni ada bersama mereka, dia sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. mendengar jawaban itu, khalifah umar ra dan ali ra segera pergi menjumpai uwais al-qarni.

sesampainya di kemah tempat uwais berada, khalifah umar ra dan ali ra memberi salam. tapi rupanya uwais sedang shalat. setelah mengakhiri shalatnya dengan salam, uwais menjawab salam khalifah umar ra dan ali ra sambil mendekati kedua sahabat rasulullah saw ini dan mengulurkan tangannya untuk bersalaman. sewaktu berjabatan, khalifah umar ra dengan segera membalikkan tangan uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan uwais, seperti yang pernah dikatakan oleh rasulullah saw. memang benar! tampaklah tanda putih di telapak tangan uwais al-qarni.
wajah uwais al-qarni tampak bercahaya. benarlah seperti sabda rasulullah saw bahwa dia itu adalah penghuni langit. khalifah umar ra dan ali ra menanyakan namanya, dan dijawab, “abdullah”. mendengar jawaban uwais, mereka tertawa dan mengatakan,“kami juga abdullah, yakni hamba allah. tapi siapakah namamu yang sebenarnya?” uwais kemudian berkata, “nama saya uwais al-qarni”.
dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais Al-Qarni telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat ikut bersama rombongan khafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali ra memohon agar Uwais membacakan do’a dan istighfar untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada Khalifah, “sayalah yang harusnya meminta do’a pada kalian, Seorang Khalifah, Amirul Mukmini dan juga sahabat Rasulullah saw”.

Mendengar perkataan Uwais, khalifah Umar ra berkata, “Kami datang kesini untuk mohon doa dan istighfar dari kamu”. Seperti yang dikatakan Rasulullah sebelum wafatnya. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais Al-Qarni akhirnya mengangkat tangan, berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar ra berjanji untuk menyumbangkan uang negara dari Baitul Mal kepada Uwais untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menampik dengan berkata, “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi” pinta Uwais.

Akhir hidup Uwais Al-Qarni

Setelah kejadian Uwais bertemu dengan Khalifah Umar ra, ia memilih untuk hidup menyendiri disebuah tempat, ia tidak ingin dirinya diketahui oleh orang banyak, begitu juhudnya sikap Uwais Al-Qarni si penduduk Surga

Beberapa tahun kemudian, Uwais Al-Qarni berpulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan, tiba-tiba sudah banyak orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana pun sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburannya, disana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.

Meninggalnya Uwais Al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat mengherankan. Sedemikian banyaknya orang yang tak di kenal berdatangan untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais Al-Qarni adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, disitu selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu.

Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya, “siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais Al-Qarni? bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir, yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya sehari-hari hanyalah sebagai penggembala domba dan unta? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamanmu”.

Berita meninggalnya Uwais Al-Qarni dan keanehan-keanehan yang terjadi ketika wafatnya telah tersebar ke mana-mana. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya, siapa sebenarnya Uwais Al-Qarni. Selama ini tidak ada orang yang mengetahui siapa sebenarnya Uwais Al-Qarni disebabkan permintaan Uwais Al-Qarni sendiri kepada Khalifah Umar ra dan Ali ra, agar merahasiakan tentang dia. Barulah di hari wafatnya mereka mendengar sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi saw, bahwa Uwais Al-Qarni adalah Pemuda penghuni langit.

Sumber Artikel http://www.KisahMuslim.com

https://wordpress.com/read/blogs/80662691/posts/945