Muzium-Muzium Menarik Di Shanghai

Muzium-Muzium Menarik Untuk Dikunjungi di Shanghai

Shanghai di China kaya dengan pelbagai jenis muzium. Ya, ia sebuah kota yang dipenuhi dengan muzium! Muzium sejarah, muzium teknologi moden, muzium senibina, muzium seni, namakan saja minat anda, pasti akan ada muzium berkaitan dengan minat anda!

1. Shanghai Museum

Sebuah muzium besar yang memaparkan artifak-artifak dari zaman silam. Antara artifak-artifak yang dipamerkan termasuklah seni kaligrafi, lukisan, barang kemas jed berharga, perabot dari zaman silam, duit syiling zaman silam, seramik, tembikar, arca, barangan gangsa dan pelbagai koleksi bersejarah. Antara bahan pameran yang menjadi tumpuan ramai ialah beberapa siri duit syiling zaman silam yang berkaitan dengan Laluan Sutera, Yunani dan Mongol. Peminat sejarah silam pasti teruja melawat muzium ini.

1

2. Shanghai History Museum

Sebuah lagi muzium yang menjadi tarikan buat peminat sejarah ialah Shanghai History Museum. Di sini, pengunjung dapat melihat pembangunan bersejarah Shanghai melalui artifak-artifak bersejarah. Ada pelbagai pameran yang direkabentuk seperti kejadian dari zaman silam menggunakan patung-patung lilin yang menunjukkan kedai-kedai makan, kedai barangan dan jalan. Anda akan berasa seolah-olah berada di Shanghai pada zaman silam! Di sini anda dapat lihat bahawa Shanghai yang pada mulanya adalah sebuah pekan kecil kini berkembang menjadi sebuah kota moden.

2.jpg

3. Shanghai Natural History Museum

Muzium seluas 40,000 meter persegi ini terletak di District Jing’an. Muzium ini memaparkan spesimen dari tumbuhan, binatang, mineral dan artifak dari zaman batu. Haiwan-haiwan purba yang dipamerkan mungkin dapat menarik minat anak-anak anda yang menyukai haiwan. Seolah-olah berada di dalam zoo zaman purba. Tidak ketinggalan, haiwan purba yang paling popular iaitu dinosaur turut dipamerkan.

3.jpg

4. Shanghai Science & Technology Museum

Perkara pertama yang akan menarik perhatian pengunjung ialah senibina dan rekabentuk dalam muzium ini yang kelihatan futuristik. Kebanyakan bahan pameran berkaitan dengan teknologi tinggi seperti sistem robotik, pengembaraan ke angkasa lepas, perkomputeran dan banyak lagi perkembangan dunia sains. Sesuai juga untuk membawa anak-anak bagi memupuk minat mereka dalam dunia sains. Oh ya, di sini juga ada dibuat tayangan wayang! Boleh dapatkan maklumat yang lebih terperinci dari pihak muzium.

4.jpg

5. Shanghai Urban Planning Exhibition Center

Bagi para penggemar senibina dan profesional dalam bidang ini, muzium ini wajib dilawati bila berkunjung ke Shanghai. Terletak di Huangpu District, ia bukan sahaja menunjukkan pembangunan kota Shanghai semenjak dua dekad lepas, malah ia menunjukkan pelan pembangunan kota tersebut pada masa hadapan. Menarik bukan? Anda dapat menerokai Shanghai di masa hadapan sebelum pembangunannya lengkap. Model yang dipamerkan akan membuatkan anda kagum kerana ketelitian penghasilannya. Di sini, anda dapat melihat keseluruhan kota Shanghai!

5.jpg

6. China Art Museum

Pengunjung pasti kagum dengan rekabentuk muzium ini yang berbentuk seperti sebuah piramid terbalik. Bentuknya seakan-akan mahkota yang digunakan pada zaman silam. Ia mula dibina pada tahun 2007 dan siap pada tahun 2010 untuk sebuah Expo. Muzium ini terletak di Pudong. Kebanyakan pameran memaparkan seni kontemporari dan moden bercirikan Cina. Ada juga seni yang dipamerkan menggabungkan unsur Cina dan Barat. Sesetengah bahan pameran dihasilkan oleh artis Cina yang masyhur pada hari ini.

6.jpg

7. Propaganda Poster Art Center

Mungkin muzium ini akan menimbulkan sedikit kontroversi kerana berkaitan dengan ideologi politik. Tapi, tidak salah mengunjunginya sekadar menambah pengetahuan tentang perkembangan visi komunisme di China. Poster yang dipamerkan kini menjadi artifak sejarah yang melambangkan saat yang penting dalam sejarah China. Sudah pasti ia menjadi gabungan seni dan sejarah yang unik dari China. Kebanyakan poster telah dimusnahkan tetapi kewujudan muzium ini menyelamatkan ribuan poster dari kemusnahan dan ia dijadikan bukti kewujudan era yang penting di China ini.

7.jpg

Buat pilihan yang tepat untuk mengunjungi muzium yang sesuai dengan anda!

https://wordpress.com/read/blogs/138289655/posts/1123

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s