10 Cenderahati Mesti Beli di Jepun/Japan

10 Cenderahati Mesti Beli di Jepun

Jepun adalah sebuah negara yang terkenal dengan pelbagai pilihan cenderahati yang dijual di merata-rata tempat. Cenderahati boleh didapati dengan harga semurah 100 yen sehingga beberapa ribu yen mengikut bajet anda. Jangan gusar kerana pasti terdapat banyak yang memikat hati anda! Jom tinjau pilihan cenderahati yang mesti dibeli di Jepun.

1. Alat Tulis Comel

Pelbagai pilihan alat tulis yang menawan hati menanti anda di Jepun. Pen, pensel, bekas pensel, dan buku nota pelbagai corak yang comel harus anda beli! Tentu sukar mendapatkannya di negara sendiri. Oleh itu, boronglah sebanyak yang boleh. Bukan sahaja kanak-kanak yang menggemarinya, malah yang dewasa turut terjebak!

1.jpg

2. Origami

Seni origami tidak asing lagi di negara Jepun. Tidak hairanlah sekiranya semua barangan yang diperlukan untuk seni origami mudah didapati di sini. Di negara sendiri, bukan sahaja susah mendapatkannya, malah harganya jauh lebih mahal! Oleh itu, gunakan peluang berada di Jepun untuk membeli barangan untuk menghasilkan seni origami mengikut keperluan. Antara barang yang biasa dijual ialah buku-buku tentang cara menghasilkan origami, kertas origami, set origami, dan banyak pilihan corak origami. Mungkin juga anda boleh memulakan hobi baru menghasilkan seni origami.

2.jpg

3. Beg Sekolah

Beg yang dinamakan beg randoseru ini amat popular digunakan dalam kalangan pelajar sekolah. Malah, pelajar remaja turut menggunakannya. Ia seolah-olah simbol stail unik bagi masyarakat Jepun. Belikan beg ini untuk anak-anak yang masih di sekolah, mereka pasti bangga menggayakannnya ke sekolah. Beg ini cukup unik kerana biasanya hanya boleh didapati di negara Jepun. Beg seperti ini telah digunakan semenjak kurun ke 19 lagi. Didapati dalam pelbagai warna dan rekabentuk, pilihlah yang menawan hati anda. Jika membeli beg yang diperbuat dari bahan berkualiti seperti kulit asli, ia pasti tahan bertahun-tahun lamanya.

3.jpg

3.1.jpg

4. Yukata

Yukata ialah versi kimono yang lebih ringan dan biasa dipakai pada musim panas. Harganya berbeza-beza mengikut kedai yang menjual. Anda mungkin lebih mudah mendapatkannya pada musim panas. Antara kedai terkenal yang menjual yukata ialah UNIQLO. Jika pengunjung tinggal di mana-mana ryokan, pemakaian yukata amat sesuai di sini. Terdapat juga kedai yang menyewa yukata bagi mereka yang ingin bergambar kenangan dengan pakaian tradisional ini.

4.jpg

5. Lukisan Gunung Fuji Ukiyo-e

Ukiyo-e ialah satu teknik lukisan zaman dahulu yang unik kepada negara Jepun. Ia ialah teknik yang telah wujud semenjak kurun ke-17 lagi dan melibatkan lukisan ke atas sebuah bongkah kayu. Pelbagai jenis lukisan dihasilkan melalui teknik ini. Antara lukisan yang paling terkenal ialah lukisan Mount Fuji. Rugi jika anda tidak membelinya bila ke Jepun.

5.jpg

6. Kipas Jepun

Memang banyak jenis kipas tangan yang dijual di Jepun, masing-masing dengan rekabentuk yang melambangkan Jepun. Ada yang murah, ada yang mahal, bergantung kepada seni yang digunakan untuk menghasilkan kipas tersebut. Lebih halus dan teliti seni kipas tersebut, tentulah lebih mahal harganya. Selain digunakan sebagai kipas tangan, boleh juga dijadikan hiasan di rumah, bukti anda pernah menjejak kaki ke Jepun.

6.jpg

7. Magnet Peti Ais dan Keychain Berbentuk Makanan

Jepun juga suka menghasilkan produk berdasarkan makanan Jepun yang mempunyai ciri-ciri tersendiri. Makanan Jepun seperti sushi dan ramen diabadikan di dalam bentuk magnet peti ais dan keychain yang mempunyai seni tersendiri. Bukan itu sahaja, malah ada juga produk makanan untuk pameran yang dihasilkan dengan begitu teliti berdasarkan rupa bentuk makanan yang sebenar. Ini kerana kebanyakan restoran di Jepun akan mempamerkan menu mereka dalam bentuk makanan palsu bagi memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan.

7.jpg

7.1.jpg

8. Stiker Comel

Cenderahati yang sesuai buat pengumpul stiker cilik, pelbagai karakter animasi Jepun diabadikan dalam bentuk stiker seperti ini! Pengumpul stiker pasti rambang mata melihat pilihan stiker yang disajikan.

8.jpg

9. Sapu Tangan ‘Tenugui’

Sapu tangan pelbagai guna ini sangat sesuai dijadikan cenderahati. Dengan pelbagai pilihan corak, gaya dan warna, anda pasti akan menemui sapu tangan yang sesuai dengan sesiapa pun. Boleh digunakan sebagai sapu tangan, sebagai hiasan, untuk membalut hadiah, membalut bento, dan pelbagai kegunaan lagi mengikut kreativiti anda.

9.jpg

10. Selipar Jepun

Tidak, ini bukan selipar jepun yang biasa anda gunakan di rumah. Mungkin ini adalah asal-usul selipar jepun yang sebenarnya sebelum dimodenkan. Wajib dibawa pulang sebagai kenangan.

10.jpg

Bukan sukar kan, untuk mencari cenderahati yang sesuai buat semua peringkat umur di Jepun Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s