Pejuang bahasa di pusat karaoke

APA kamu fikir ini pusat karaoke?”

Demikianlah amaran seorang anggota polis ketika cuba menenangkan keadaan kecoh yang dicetuskan oleh pejuang bahasa Melayu di lobi mahkamah ketika Najib Razak mencatat sejarah sebagai bekas perdana menteri pertama yang dihadapkan di mahkamah atas tuduhan jenayah.

Kumpulan ini begitu buas dengan jeritan “Hidup Melayu!” dan “Allahuakbar” – dua kalimah suci umat Melayu moden. Kekecohan didasari kemarahan mereka terhadap peguam negara (AG) kerana meminta perbicaraan Najib dijalankan dalam bahasa “elit” di Malaysia, Bahasa Inggeris. Sorakan gempita bermula ketika sidang media dilakukan dalam bahasa Inggeris oleh AG.

Motif politik

Kita tidak boleh menafikan perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu termasuk dalam perjuangan politik. Perjuangan untuk memberi kesedaran kepada pemerintah semasa tentang pentingnya berbangga dan memaksimakan penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan penting negara.

Perjuangan ini panjang dan semakin sukar apabila generasi muda lebih berbangga dan suka bertutur menggunakan Bahasa Inggeris. Melalui media sosial dapat kita perhatikan kebanyakan rakyat kita tidak gemar menulis dengan ejaan penuh dan memelihara tatabahasa dalam tulisan mereka. Apa yang lebih teruk, masih ada orang yang berpangkat menteri enggan menulis Bahasa Melayu dengan ejaan penuh pada sosial media mereka!

Sebelum isu bahasa Melayu muncul semasa perbicaraan Najib, isu Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan Kementerian Kewangan dalam Bahasa Mandarin menjuarai isu di media sosial.

Saya tidak bersetuju dia melakukan tindakan tersebut – tapi untuk berlaku adil kepadanya, dia ada memaklumkan telah mengeluarkan kenyataan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa “elit”.

Jika saya di tempatnya, selaku orang yang berpendirian bahasa kebangsaan perlu dimartabatkan, maka saya fikir kenyataan dalam bahasa kebangsaan sudah memadai. Media asing mampu untuk mengupah penterjemah atau menggunakan teknologi untuk memahami apa-apa kenyataan dalam bahasa kebangsaan.

Saya berpandangan kedua-dua isu bahasa kebangsaan yang tiba-tiba muncul ini bukanlah timbul kerana kecintaan “pejuang-pejuang” ini terhadap bahasa kebangsaan, tapi semata-mata bermotifkan politik.

Kebanyakan “pejuang bahasa” mengkritik Guan Eng kerana sifat anti DAP dan anti Cina, manakala AG pula dikecam kerana ingin menjejaskan kredibiliti AG – akan memperlihatkan pendakwaan ini cacat.

Sudah tentu saya mahu memiliki peguam negara yang fasih dalam bahasa kebangsaan, dan saya ada membaca kenyataan AG – dia telah lama mengabaikan bahasa kebangsaan dan akan cuba memperbaiki penguasaan bahasa kebangsaanya.

Melalui kenyataan ini jelaslah memperlihatkan betapa tidak pentingnya bahasa kebangsaan dalam kelompok tertentu masyarakat. Sebab itu saya gemar menggelarkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa “elit”; anda mampu untuk survivedan dipandang tinggi apabila menguasainya walaupun tidak fasih berbahasa Kebangsaan.

Secara jujur, saya berpandangan Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang lebih gemar pemerkasaan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu.

Itu tidak salah, kita tidak boleh menafikan bahasa Inggeris merupakan bahasa penting untuk memudahkan komunikasi dan pembacaan pada peringkat global. Malangnya, ketika ramai orang mahu berlidah mat saleh, bahasa kebangsaan kerap dipinggirkan dan diberi imej kelas kedua.

Saya berharap Pakatan Harapan segera memulakan usaha memartabatkan Bahasa Melayu kerana saya percaya proses itu boleh dimulakan tanpa perlu menunggu hutang negara dilangsaikan.

Suntik kecintaan menggunakan bahasa kebangsaan bermula dari pendidikan awal. Tanamkan rasa bangga dalam hati anak-anak bangsa ketika bertutur dan berbahasa kebangsaan.

Subjek bahasa Melayu boleh diperbaiki – bukan setakat membuat karangan dan membulatkan perkataan atau ayat yang betul. Walaupun bahagian lisan sudah dimasukkan dalam subjek tersebut, tapi pemberat markah dan pelaksanaannya terlalu sedikit.

Kalau semua ini terlalu sukar kerana keadaan ekonomi kita masih tidak stabil, maka ia boleh bermula dengan memastikan sidang media kerajaan dilaksanakan dalam bahasa kebangsaan.

Alif tending Wau, sarkis-lah!

Kejadian yang berlaku di lobi mahkamah sepatutnya memberi pelajaran kepada banyak pihak. Pertama sekali, soal “pejuang” bahasa ini yang menunggang bahasa kebangsaan untuk memperlihatkan mereka berada di pihak yang benar. Kemudian wajar juga pihak keselamatan mahkamah memastikan kawasan sidang media tidak dihadiri oleh orang awam yang berpotensi menimbulkan keributan.

Saya bersimpati dengan petugas media yang menunggu berjam-jam di lobi mahkamah, akibat kekecohan “pejuang bahasa”, sidang media terpaksa dibatalkan. Bahasa kebangsaan dalam sesebuah negara merupakan bahasa kebanggaan, ia seharusnya diperkasakan dan tidak diludah. – 6 Julai, 2018.

*Rahman Imuda adalah aktivis mahasiswa dan pembaca The Malaysian Insight.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s