Kedutaan Arab Saudi nafi kuota jemaah haji Malaysia dikurangkan

Kedutaan Arab Saudi menafikan laporan sebuah portal berita mengenai pengurangan kuota haji Malaysia dan menganggap ia sebagai tidak berasas sama sekali. – Gambar EPA, 6 Julai, 2018.

KEDUTAAN Arab Saudi di Kuala Lumpur mengesahkan kuota haji bagi Malaysia tahun ini kekal 30,200 jemaah.

Dalam satu kenyataan malam tadi, kedutaan itu menyifatkan laporan yang disiarkan oleh sebuah portal berita bahawa Arab Saudi mengurangkan kuota haji Malaysia, sebagai tidak berasas sama sekali.

“Kuota haji bagi jemaah Malaysia ditetapkan pada 30,200 orang,” kata kedutaan itu.

Kenyataan itu selanjutnya menyebut 8,000 visa haji dikeluarkan oleh kedutaan itu menerusi tugas berterusan yang dijalankannya untuk menerima pasport jemaah Malaysia dan melengkapkan prosedur yang diperlukan pada hari yang sama, selaras dengan agensi yang menjaga hal ehwal jemaah haji Malaysia.

Kedutaan itu turut menegaskan kesungguhan Kerajaan Penjaga Dua Masjid Agung itu untuk memanfaatkan segala usaha dan kemungkinan serta melakukan segala yang diperlukan untuk membolehkan jemaah haji melaksanakan kewajipan mereka. – Bernama, 6 Julai, 2018.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/72391

Nota:

Terlalu banyak berita tidak benar yang disebarkan oleh pihak tertentu untuk menimbulkan huru-hara dan tidak ditapis oleh agensi yang bertanggungjawab.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s