38 KATA-KATA HIKMAH BAHASA ARAB

38%2BKata-kata%2BHikmah%2BBahasa%2BArab

KATA-KATA HIKMAH BAHASA ARAB
1. ﻣَﻦْ ﺟَﺪَّ ﻭَﺟَﺪَ
Barang siapa bersungguh-sungguh, dapatlah ia.
2. ﻣَﻦْ ﺻَﺒَﺮَ ﻇَﻔِﺮَ
Barang siapa sabar beruntunglah ia.
3. ﻣَﻦْ ﺳَﺎﺭَ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺪَّﺭْﺏِ ﻭَﺻَﻞَ
Barang siapa berjalan pada jalannya sampailah ia
4. ﻣَﻦْ ﻗَﻞَّ ﺻِﺪْﻗُﻪُ ﻗَﻞَّ ﺻَﺪِﻳْﻘُﻪُ
Barang siapa sedikit benarnya/kejujurannya, sedikit pulalah temannya.
5. ﺟَﺎﻟِﺲْ ﺃَﻫْﻞَ ﺍﻟﺼِّﺪْﻕِ ﻭَﺍﻟﻮَﻓَﺎﺀِ
Pergaulilah orang yang jujur dan menepati janji.
6. ﻣَﻮَﺩَّﺓُ ﺍﻟﺼَّﺪِﻳْﻖِ ﺗَﻈْﻬَﺮُ ﻭَﻗْﺖَ ﺍﻟﻀِّﻴْﻖِ
Kecintaan/ketulusan teman itu, akan tampak pada waktu kesempitan.
7. ﻭَﻣَﺎﺍﻟﻠَّﺬَّﺓُ ﺇِﻻَّ ﺑَﻌْﺪَ ﺍﻟﺘَّﻌَﺐِ
Tiada kenikmatan kecuali setelah kepayahan.
8. ﺍﻟﺼَّﺒْﺮُ ﻳُﻌِﻴْﻦُ ﻋَﻠﻰَ ﻛُﻞِّ ﻋَﻤَﻞٍ
Kesabaran itu menolong segala pekerjaan.
9. ﺟَﺮِّﺏْ ﻭَﻻَﺣِﻆْ ﺗَﻜُﻦْ ﻋَﺎﺭِﻓًﺎ
Cobalah dan perhatikanlah, niscaya kau jadi orang yang tahu.
10. ﺍُﻃْﻠُﺐِ ﺍﻟﻌِﻠْﻢَ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻤَﻬْﺪِ ﺇِﻟﻰَ ﺍﻟﻠَّﺤْﺪِ
Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga liang kubur.
11. ﺑَﻴْﻀَﺔُ ﺍﻟﻴَﻮْﻡِ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺩَﺟَﺎﺟَﺔِ ﺍﻟﻐَﺪِ
Telur hari ini lebih baik daripada ayam esok hari.
12. ﺍﻟﻮَﻗْﺖُ ﺃَﺛْﻤَﻦُ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺬَّﻫَﺐِ
Waktu itu lebih mahal daripada emas.
13. ﺍﻟﻌَﻘْﻞُ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢُ ﻓﻲِ ﺍﻟﺠِﺴِْﻢ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢِ
Akal yang sehat itu terletak pada badan yang sehat.
14. ﺧَﻴْﺮُ ﺟَﻠِﻴْﺲٍ ﻓﻲِ ﺍﻟﺰَّﻣَﺎﻥِ ﻛِﺘَﺎﺏٌ
Sebaik-baik teman duduk pada setiap waktu adalah buku.
15. ﻣَﻦْ ﻳَﺰْﺭَﻉْ ﻳَﺤْﺼُﺪْ
Barang siapa menanam pasti akan memetik (mengetam).
16. ﺧَﻴْﺮُ ﺍﻷَﺻْﺤَﺎﺏِ ﻣَﻦْ ﻳَﺪُﻟُّﻚَ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺨَﻴْﺮِ
Sebaik-baik teman itu ialah yang menunjukkan kamu kepada kebaikan.
17. ﻟَﻮْﻻَ ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﻟَﻜَﺎﻥَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ ﻛَﺎﻟﺒَﻬَﺎﺋِﻢِ
Seandainya tiada berilmu niscaya manusia itu seperti binatang.
18. ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﻓﻲِ ﺍﻟﺼِّﻐَﺮِ ﻛَﺎﻟﻨَّﻘْﺶِ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺤَﺠَﺮِ
Ilmu pengetahuan diwaktu kecil itu, bagaikan ukiran di atas batu.
19. ﻟَﻦْ ﺗَﺮْﺟِﻊَ ﺍﻷَﻳﺎَّﻡُ ﺍﻟَّﺘﻲِ ﻣَﻀَﺖْ
Tidak akan kembali hari-hari yang telah berlalu.
20. ﺗَﻌَﻠَّﻤَﻦْ ﺻَﻐِﻴْﺮًﺍ ﻭَﺍﻋْﻤَﻞْ ﺑِﻪِ ﻛَﺒِﻴْﺮًﺍ
Belajarlah di waktu kecil dan amalkanlah di waktu besar.
21. ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﺑِﻼَ ﻋَﻤَﻞٍ ﻛَﺎﻟﺸَّﺠَﺮِ ﺑِﻼَ ﺛَﻤَﺮ
Ilmu tiada amalan bagaikan pohon tidak berbuah.
22. ﺍﻻﺗِّﺤَﺎﺩُ ﺃَﺳَﺎﺱُ ﺍﻟﻨَّﺠَﺎﺡِ
Bersatu adalah pangkal keberhasilan.
23. ﻻَ ﺗَﺤْﺘَﻘِﺮْ ﻣِﺴْﻜِﻴْﻨًﺎ ﻭَﻛُﻦْ ﻟَﻪُ ﻣُﻌِﻴْﻨﺎً
Jangan engkau menghina orang miskin bahkan jadilah penolong baginya.
24. ﺍﻟﺸَّﺮَﻑُ ﺑِﺎﻷَﺩَﺏِ ﻻَ ﺑِﺎﻟﻨَّﺴَﺐِ
Kemuliaan itu dengan adab kesopanan, (budi pekerti) bukan dengan keturunan.
25. ﺳَﻼَﻣَﺔُ ﺍﻹِﻧْﺴَﺎﻥِ ﻓﻲِ ﺣِﻔْﻆِ ﺍﻟﻠِّﺴَﺎﻥِ
Keselamatan manusia itu dalam menjaga lidahnya (perkataannya).
26. ﺁﺩَﺍﺏُ ﺍﻟﻤَﺮْﺀِ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺫَﻫَﺒِﻪِ
Adab seseorang itu lebih baik (lebih berharga) daripada emasnya.
27. ﺳُﻮْﺀُ ﺍﻟﺨُﻠُﻖِ ﻳُﻌْﺪِﻱ
Kerusakan budi pekerti/akhlaq itu menular.
28. ﺁﻓَﺔُ ﺍﻟﻌِﻠْﻢِ ﺍﻟﻨِّﺴْﻴﺎَﻥُ
Bencana ilmu itu adalah lupa.
29. ﺇِﺫَﺍ ﺻَﺪَﻕَ ﺍﻟﻌَﺰْﻡُ ﻭَﺿَﺢَ ﺍﻟﺴَّﺒِﻴْﻞُ
Jika benar kemauannya niscaya terbukalah jalannya.
30. ﻻَ ﺗَﺤْﺘَﻘِﺮْ ﻣَﻦْ ﺩُﻭْﻧَﻚَ ﻓَﻠِﻜُﻞِّ ﺷَﻴْﺊٍ ﻣَﺰِﻳَّﺔٌ
Jangan menghina seseorang yang lebih rendah daripada kamu, karena segala sesuatu itu mempunyai kelebihan.
31. ﺃَﺻْﻠِﺢْ ﻧَﻔْﺴَﻚَ ﻳَﺼْﻠُﺢْ ﻟَﻚَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ
Perbaikilah dirimu sendiri, niscaya orang-orang lain akan baik padamu.
32. ﻓَﻜِّﺮْ ﻗَﺒْﻞَ ﺃَﻥْ ﺗَﻌْﺰِﻡَ
Berpikirlah dahulu sebelum kamu berkemauan (merencanakan).
33. ﻣَﻦْ ﻋَﺮَﻑَ ﺑُﻌْﺪَ ﺍﻟﺴَّﻔَﺮِ ﺍِﺳْﺘَﻌَﺪَّ
Barang siapa tahu jauhnya perjalanan, bersiap-siaplah ia.
34. ﻣَﻦْ ﺣَﻔَﺮَ ﺣُﻔْﺮَﺓً ﻭَﻗَﻊَ ﻓِﻴْﻬَﺎ
Barang siapa menggali lobang, akan terperosoklah ia di dalamnya.
35. ﻋَﺪُﻭٌّ ﻋَﺎﻗِﻞٌ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺻَﺪِﻳْﻖٍ ﺟَﺎﻫِﻞٍ
Musuh yang cerdik pandai, lebih baik daripada kawan yang jahil
36. ﻣَﻦْ ﻛَﺜُﺮَ ﺇِﺣْﺴَﺎﻧُﻪُ ﻛَﺜُﺮَ ﺇِﺧْﻮَﺍﻧُﻪُ
Barang siapa banyak perbuatan baiknya, banyak pulalah temannya.
37. ﺍِﺟْﻬَﺪْ ﻭَﻻَ ﺗَﻜْﺴَﻞْ ﻭَﻻَ ﺗَﻚُ ﻏَﺎﻓِﻼً ﻓَﻨَﺪَﺍﻣَﺔُ ﺍﻟﻌُﻘْﺒﻰَ ﻟِﻤَﻦْ ﻳَﺘَﻜﺎَﺳَﻞُ
Bersungguh-sungguhlah dan jangan bermala-malas dan jangan pula lengah, karena penyesalan itu bagi orang yang bermalas-malas.
38. ﻻَ ﺗُﺆَﺧِّﺮْ ﻋَﻤَﻠَﻚَ ﺇِﻟﻰَ ﺍﻟﻐَﺪِ ﻣَﺎ ﺗَﻘْﺪِﺭُ ﺃَﻥْ ﺗَﻌْﻤَﻠَﻪُ ﺍﻟﻴَﻮْﻡَ
Janganlah menundakan pekerjaanmu hingga esok hari, yang kamu dapat mengejakannya hari ini.

 

 

http://www.mariafirdz.com/2017/04/38-kata-kata-hikmah-bahasa-arab.html

Mengenali tanda kelemahan iman dan cara memperbaharuinya?

Oleh: Dr. Ahmad Solah

Beribu-ribu sebab yang memerlukan kita untuk memperbaharui iman, kembali merenung tentang hubungannya dengan Allah dan mengembalikan ruh kepada perasaan keimanan.

Beribu-ribu sebab yang memerlukan kita merasa bimbang imannya mulai lemah, hatinya mulai berkarat dan ruhnya mulai tunduk kepada tarikan duniawi, masalah amal dan hidup, konflik manusia, hawa nafsu, pintu-pintu syaitan, keinginan dan syahwat tubuh dan fitnah-fitnah dunia. Semua ini mengajak orang mukmin merasa bimbang tentang imannya supaya tidak lenyap atau pudar dari sisinya.

Wahai saudara yang dimuliakan..Adakah anda tidak merasa bimbang tentang imanmu? Adakah benar Rasulullah saw juga bimbang tentang imannya?

Rasulullah saw sering berdoa:

“Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agamaMu”.

Baginda juga memohon Allah memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak menyimpang dari hala tuju yang ditentukan Allah menuju kepada yang tertinggi. Doa baginda:

“Wahai Allah yang menguruskan hati, uruskanlah hati kami di atas ketaatan kepadaMu”.

Rasulullah juga berdoa pada siang dan malam di dalam zikirnya di waktu siang dan malam:

“Wahai Allah, sesungguhnya saya berlindung kepadaMu daripada kekufuran dan kefakiran”.

Adakah anda mengetahui bahwa Umar bin al-Khattab r.a yang telah memisahkan imannya antara yang hak dan batil, syaitan cabut lari dari menghampirinya dan terdapat garisan hitam di wajahnya lantaran banyak menangis kerana takutkan Allah. Adakah anda mengetahui bahawa beliau pernah mengecam dirinya kerana kekurangan iman?

Diriwayatkan dari Umar binb al-Khattab r.a bahawa beliau pernah berkata kepada para sahabatnya:

“Marilah kita tambahkan iman”.

Hal ini menjadi kebiasaan kepada sahabat untuk melakukannya..Abdullah bin Mas’ud r.a berdoa dengan berkata:

“Wahai Allah, tambahkan kami keimanan, keyakinan dan kefaqihan”.

Abu Darda’ r.a juga berkata:

“Seorang hamba yang diberikan kefaqihan, maka ia sentiasa memelihara imannya dan tidak menguranginya”.

Iman bertambah dan berkurang

Secara semulajadi iman boleh bertambah dan berkurang. Hal ini bukan satu kelemahan bagi manusia, bahkan ia adalah tabiat manusia dan sunnah kehidupan. Sabda nabi saw:

“Sesungguhnya hati anak Adam semuanya antara “dua jari dari jari jemari Allah”, seperti satu hati yang ditadbir  dan diurus mengikut kehendakNya”.

Riwayat Abu Jaafar al-Khatami dari bapanya dari datuknya Umair bin Hubaib berkata: “Iman bertambah dan berkurang. Ada yang bertanya: Sebab apa iman bertambah dan berkurang?. Lalu beliau menjawab: Apabila kita mengingatiNya, bertahmid dan bertasbih kepadaNya, maka iman akan bertambah. Apabila kita melupakanNya, lalai dan cuai dari mengingatiNya, maka imannya akan berkurang”.

Firman Allah:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya)”. (Al-Anfal: 2)

“yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia Telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, Karena itu takutlah kepada mereka”, Maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”. (Ali-Imran: 173)

“Dia-lah yang Telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang Telah ada)”. (Al-Fath: 4)

Tanda kelemahan iman 

Tugas syaitan ialah menyerang iman manusia dengan tujuan untuk melemahkan tenaga keimanan dan mengkucar-kacirkan hubungannya dengan Allah. Lalu ia akan menjadi malas dan merasa berat. Antara tandanya ialah:

  1. Merasa malas untuk menunaikan solat secara berjamaah yang merupakan salah satu sifat orang munafik berdasarkan firman Allah:

dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas”. (An-Nisa’: 142)

  1. Begitu liat untuk bangun menunaikan solat subuh. Sabda nabi saw:

“Melaksanakan dua rakat solat subuh lebih baik daripada dunia dan segala isinya”.

  1. Tidak khusyuk di dalam solat dan banyak memikirkan kesibukan dunia dan mengingini kehidupan. Sabda nabi saw:

“Tidaklah seorang muslim yang menghadirkan hatinya semasa solat fardu, dengan mengelokkan wuduknya, khusyuk dan rukuknya melainkan solatnya itu akan menghapuskan dosanya yang kecil selagi tidak melakukan dosa besar. Hal ini berlaku sepanjang masa”. (Muslim)

  1. Meninggalkan amalan-amalan sunat dan solat nawafil.
  2. Menjauhkan diri dari al-Quran. Firman Allah:

Berkatalah Rasul: “Ya Tuhanku, Sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan”. (Al-Furqan: 30)

  1. Seorang muslim terjerumus ke dalam maksiat dan terus tenggelam di dalamnya.

Peringatan

Kekurangan dan kelemahan iman tidak berlaku secara mengejut dan tiba-tiba, tetapi kekejian syaitan menjadinya melakukan muslihat dan helah kepadamu untuk melepaskan senjata satu demi satu sehingga iman menjadi lemah dan tidak berdaya, gerakan anda menjadi berat dan sukar kerana seluruh kekuatan iman kini telah mulai lemah dan malas. Justeru perhatikanlah disebalik anda, ke atas diri anda dan tanyalah dengan bersungguh-sungguh: Bagaimana boleh berlaku? Bilakah berlaku?

Syaitan berusaha memisahkan seorang muslim yang kuat ibadah dengan melakukan serangan yang pertama ke atas senjata solat-solat sunat yang merupakan benteng yang kukuh yang memelihara solat fardu. Seorang muslim itu mulai rasa memadai dengan solat jamaah tanpa bersedia dengan solat-solat sunat rawatib. Setelah Berjaya menggugurkan senjata ibadah-ibadah sunat, maka syaitan meneruskan serangannya kepada kekusyukan di dalam solat untuk merosakkan ‘perbualan imani’ yang unggul antaramu dan Tuhanmu. Justeru yang tinggal di dalam solat adalah jasad sahaja tanpa ruh. Seterusnya syaitan mula menyerang muslim dengan merasa malas dan berat untuk menyudahkan solat dan diikuti dengan sikap berpuas hati solat hanya di rumah dengan alasan: “saya penat sekarang”. Hal ini berlaku beberapa ketika sehingga menjadi seronok dan kebiasaan…

Lebih banyak menggunakan sejadah untuk solat fardu di rumah selepas syaitan Berjaya menggugurkan tugasnya untuk melaksanakan amalan-amalan sunat. Lebih banyak menunaikan sujud sahwi selepas syaitan Berjaya meragu-ragukan bilangan rakaat atau melupakan doa qunut.

Kini syaitan telah Berjaya melepaskan pukulannya di dalam hatimu yang menyebabkan anda tidak tidak lagi menunaikan solat subuh berjamaah, berzikir dan membaca al-Quran secara harian. Oleh itu tiada jalan keluar untuk anda melainkan segera memperbaharui iman anda.

Langkah memperbaharui iman

Alangkah baik anda mengenali dan menentukan penyakitmu, kemudian menetapkan jalan untuk mengubatinya. Inilah satu-satunya anda telah menentukan setengah jalan tersebut. Menurut Hassan al-Basri rahimahullah: “Seorang hamba itu masih berada di dalam kebaikan selagi mengetahui sesuatu yang akan merosakkan amalannya”. Seorang ahli zuhud Mekah Wahib bin Ward pernah berkata: “Sesungguhnya di antara kesejahteraan diriku ialah aku mengetahui perkara yang merosakkannya”.  

Keazaman dan tekadmu akan menjadikanmu telah mempunyai setengah dari jalan untuk merawat imanmu.

Manakala setengah jalan lagi adalah perkara berikut:

  1. Duduk bersama orang soleh

Menurut ahli psikologi bahawa akhlak laku berada di dalam kumpulan berbeza dengan akhlak ketika berseorangan. Ianya bertepatan dengan sabda nabi saw: “Syaitan bersama dengan manusia yang berseorangan sedang dia yang kedua atau lebih”. Justeru, manusia yang berada di tengah-tengah kumpulan lebih bersedia untuk berjalan bersama kumpulan, bahkan menggalakkan dirinya untuk saling berlomba dan mengatasi orang yang bersamanya, dan ketika persahabatan yang dibina di atas asas yang soleh dan matlamatnya ialah ketaatan kepada Allah akan memudahkan seseorang untuk memenuhkan imannya secara berterusan tanpa bersusah payah lagi.

Ketika individu berseorangan tanpa sahabat yang soleh tentulah dunia akan menyerangnya dari semua tempat, syahwat akan memenuhinya dan hawa nafsu akan berselisih dengannya dan melemahkan kandungan iman yang berhubung dengan langit.

Sabda nabi saw: “Kalian hendaklah bersama jamaah dan jauhilah dari perpecahan, kerana syaitan suka kepada orang yang berseorangan sedang dialah yang kedua dan lebih. Barangsiapa yang mencintai syurga maka hendaklah beriltizam dengan jamaah. Orang yang suka dengan kebaikannya dan bencikan keburukannya, maka dia benar-benar seorang mukmin”. (Tirmizi) Menurutnya hadith sahih gharib.

Sabda Rasulullah saw juga:

“Sesungguhnya serigala itu hanya akan dapat memakan kambing yang tersisih dari kumpulannya”. (Abu Daud)

  1. Penyertaan di dalam amal

Ketika anda merasa sukar untuk menjalan sesuatu perkara atau perintah, carilah orang yang boleh membantu anda melaksanakannya..Ini adalah penyelesaian ketika kekuatan imanmu menjadi lemah untuk mengangkat selimut di kala azan subuh atau mengerjakan solat berjamaah. Berpakatlah bersama sahabat yang cergas di dalam ibadatnya untuk menolongmu melalui perhubungan telefon atau melalui rumah sehingga keimanan kembali kuat. Firman Allah:

dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa,…”. (Al-Maidah: 2)

  1. Seruan orang lain

Proses menanamkan nilai murni memerlukan empat peringkat. Pertama pengaruh informasi, kemudian pengaruh fikiran yang menjadikan nilai bertindak balas dengan akal, kemudian peringkat perlaksanaan wasilah amali yang mengikat nilai dengahn reality, kemudian peringkat yang akhir ialah peringkat terbina nilaian, iaitu peringkat di mana anda menyeru orang lain supaya menghiasi diri dengan nilai murni atau akhlak mulia. Apabila telah sampai kepada peringkat ini, sudah pasti menjadi sungguh mudah untuk melaksanakan tugas menyeru orang lain dan menyampaikan nasihat supaya beribadah dan menunaikan solat fardu di masjid, membaca al-Quran dan solat subuh.

  1. Pengaruh media ke atas dirimu melalui cd dan buku

Tidak dinafikan bahan media banyak yang mendatangkan pengaruh yang negative kepadamu, namun gunakanlah kebijaksanaanmu untuk mengambil pengaruh yang positif daripada media ke atas dirimu. Dengarilah kaset, cd atau bahan dari internet masa kini yang membicarakan soal kelembatan hati, syurga, hari kaiamat, cintakan Allah, takut dan mengharapkanNya. Bacalah buku-buku berkaitan khusyuk di dalam solat, hidup bersama al-Quran, pahala amalan sunat dan munajat di dalam solat.

Masukkanlah jiwamu ke dalam dunia iman sebahagian dari harimu sehingga anda dapat mengimbangi secara imani dan lebih mampu menghadapi kehidupan tanpa merosakkan imanmu.

  1. Mengurangkan perkara yang harus

Ketika Islam menegah dari melakukan pemborosan, Islam juga menegah kita daripada perkara harus, kerana pemborosan termasuk perkara harus. Oleh sebab itu bersederhana dalam menggunakan perkara harus akan sentiasa mengingatkan anda kepada Allah. Dunia pasti akan lenyap sekalipun terdapat banyak nikmat dan anda telah menerimanya.

  1. Muhasabah diri

Laksanakan pemikiran muhasabah untuk menggalakkan jiwa sentiasa beramal dan beribadah. Lakukan di atas satu helaian kecil setiap minggu dan setiap bulan. Letakkan senarai solat lima waktu secara berjamaah, solat-solat sunat, zikir-zikir, pembacaan al-Quran, puasa sehari dalam seminggu atau dua hari dalam sebulan. Buat satu janji bersama sahabatmu untuk saling mengingat antara satu sama lain agar mengisi helaian muhasabah tersebut. Berilah perhatian sekurang-kurang 75% setiap minggu.

Umar bin al-Khattab r.a pernah berpesan:

“Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalanmu sebelum amalanmu ditimbang”.

  1. Bersungguh-sungguh beribadah dan mujahadah melawan nafsu

Cergas di dalam ibadah, solat-solat sunat, zikir, qiamullail, membaca al-Quran, lawan nafsumu. Katakan kepadanya bukan selalu dan jangan menyerah kepadanya, kerana ia akan memimpin anda kepada sifat malas, tidur dan berehat, dan anda akan mencari alasan setiap masa supaya tertinggal atau terlambat solat subuh atau malas untuk membaca al-Quran. Anda menurutinya sehingga anda menyerah. Apabila nafsu mengajak anda meninggalkan sesuatu ibadah, maka iringi dengan membaca satu juzuk dari al-Quran. Apabila ia melengahkan anda dari solat subuh, maka lakukanlah solat dua rakaat pada tengah malam. Hadapilah nafsu sehingga ia menyerah kapadamu. Ketahuilah, anda termasuk kalangan manusia yang tidak mudah ditundukkan. Firman Allah:

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik”. (Al-Ankabut: 69)

Ingatkah wahai saudaraku yang dikasihi, Iman mempunyai dua sendi, iaitu beriman di dalam hati dan membenarkan di dalam perbuatan atau amalan. Menurut al-Hassan r.a:

“Iman bukanlah dengan angan-angan dan bukan hanya dakwaan, tetapi apa yang terdapat di dalam hati dan dibenarkan (dibuktikan) dengan perbuatan”.

Saudara yang dimuliakan,

Bangkitlah sekarang. Angkatlah kedua tanganmu ke langit dan berdoalah kepada Allah supaya menolongmu di atas ketaatan, mencampakkan iman di dalam hatimu dan menghimpunkan seluruh keazaman dan tekadmu seterusnya teruskan langkahmu kepada Tuhanmu yang mencintaimu dan kamu mencintaiNya..Perbaharuilah imanmu.

Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=59312&SecID=363

http://zadud-duat.blogspot.com/2010/12/bagaimana-mengenali-tanda-kelemahan.html#.WzyCAd8dBBc

Tolong-menolong di dalam Islam

Oleh: Dr. Ahmed Hassan

Semua manusia tidak boleh memilih hidup bersendirian di muka bumi ini biarpun Allah telah memberikan factor-faktor kesenangan dan kecukupan kepadanya. Ini disebabkan, hal itu bertentangan dengan sifat, potensi dan kebiasaan manusia. Seseorang individu perlukan orang lain dan orang lain juga perlukan individu itu, sehingga kehidupan berlaku dalam bentuk yang terbaik. Inilah yang disebut “tolong-menolong” atau “kerjasama”.

Allah SWT memerintahkan hamba-hambaNya yang beriman supaya saling tolong-menolong dan bekerjasama, dengan syarat mestilah atas dasar kebenaran dan ketakwaan, dan melarang mereka untuk tolong-menolong dan bekerja sama dalam perkara yang haram dan pencabulan.

Ibnu Katsir berkata dalam menafsirkan ayat (bermaksud):

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”. (Al-Maidah:  2)

Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman supaya bertolong-tolongan dan bekerjasama dalam melakukan perbuatan baik, iaitu perkara kebajikan (al-birr), dan menengah mereka daripada tolong-menolong dalam perkara kebatilan, dan melarang mereka bantu-membantu dan bekerjama dalam perkara haram dan dosa.

Ibnu Jarir berkata: Dosa ialah meninggalkan apa yang Allah suruh anda lakukannya, dan pencerobohan atau perlanggaran ialah melampaui batas yang ditetapkan Allah dalam agama dan melampaui batas dari apa yang Allah telah perintahkan kepada anda dalam diri anda dan orang lain. Dalam hal ini Rasulullah saw pernah bersabda (bermaksud):

“Tolonglah saudaramu yang menzalimi dan yang dizalimi”, Lalu seorang sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, kami memahami tentang menolong orang yang dizalimi, bagaimana menolongnya kalau dia seorang yang zalim? Nabi berkata (bermaksud): ” Kamu menghalang dan mencegahnya dari berbuat kezaliman. Itulah cara menolongnya”. (HR. Bukhari)

Sabda nabi saw (bermaksud):

“Tunjukkanlah ia kepada kebaikan seperti orang yang melakukannya”.(HR. Tirmidzi)

Sabda nabi aw lagi (bermaksud):

“Orang mukmin yang bergaul dengan orang dan bersabar di atas penyiksaan mereka memperolehi pahala yang lebih besar daripada orang yang tidak bergaul dengan orang dan tidak sabar dengan penyiksaan mereka”. (HR.Tirmidzi).

Antara contoh tolong-menolong dan kerjasama dalam kebenaran dan ketakwaan:

1 – Menggali parit: 

Rasulullah saw terlibat bersama-sama sahabat menggali parit. Menurut al-Barra’ bin ‘Azib ra: “Aku melihat saw mengalihkan tanah parit sampai aku melihat debu saya pada perutnya dan di kebanyakan rambutnya. Lalu aku mendengar nabi mendendangkan syair kepada Ibn Rawaahah  sambil mengalihkan tanah, katanya, saw (bermaksud):

Ya Allah, jika tidak kerana Engkau tentulah kami tidak memperolehi petunjuk, tidak bersedekah dan tidak menunaikan solat

Lalu Engkau telah turunkan ketenangan kepada kami  dan meneguhkan kaki-kaki kami semasa berhadapan dengan kesulitan

Sesungguhnya orang-orang yang sombong telah memberontak terhadap kami, dan seandainya mereka ingin mendatangkan fitnah (kesusahan) maka kami tetap tidak akan memperdulikannya”.

Dia berkata: Kemudian baginda menguatkan suaranya hingga akhir.

Rasulullah saw tidak sombong pada teman-temannya, malahan saling tolong-menolong dengan mereka pada saat-saat yang genting dan urusan-urusan yang sukar. Alangkah hebat teladan dari seorang pemimpin!.

2 – Kerjasama dalam membina masjid pertama: 

Langkah pertama yang dilakukan oleh Nabi saw setelah penghijrahan adalah mendirikan Masjid Nabawi, iaitu di tempat yang berkat di mana unta nabi berhenti maka nabi memerintahkan dibangunkan masjid ini, dan membeli tapak itu daripada dua kanak-kanak yatim. Baginda sendiri memberikan sumbangan dalam membinanya. Baginda yang memindahkan susu dan batu sambil mendendangkan syair (bermaksud):

“Ya Allah, tiada kehidupan (yang sempurna) melainkan kehidupan akhirat, justeru ampunilah golongan Ansar dan golongan Muhajirin”.

3 – Tolong-menolong dalam berdakwah:

“Pembantu Nabi”: Nabi Musa as. memohon kepada Tuhannya supaya menjadi saudaranya sebagai pembantu dalam menjalankan tugas dakwah seperti yang dirakamkan dalam Firman Allah swt (bermkasud):

(25.  Berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku , 26.  Dan mudahkanlah untukku urusanku, 27.  Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, 28.  Supaya mereka mengerti perkataanku, 29.  Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, 30.  (yaitu) Harun, saudaraku , 31.  Teguhkanlah dengan dia kekuatanku,(Taha: 32).

4 – Memenuhi keperluan manusia:

Dengarlah kata-kata Khadijah ra untuk suaminya Muhammad saw: “Tidak sekali-kali demikian. Demi Allah, Dia tidak akan menghina anda sama sekali, kerana anda seorang yang menghubungkan silaturrahim, benar dalam pembicaraan, menanggung semua (bebanan) dan mendapatkan keperluan orang yang tiada apa-apa (miskin), dan berusaha menegakkan yang hak “.

Tidakkah anda lihat bahawa membantu orang lain menjadi penyebab terlepas dari kesulitan? Oleh itu, janganlah kedekut membantu saudara-saudara anda kerana pasti Allah akan mengurniakan pahala dari sisiNya kepada anda.

5 – Kerjasama dengan pasangan: 

Adakah anda tidak mendengar tentang Seerah Nabi saw sebagaimana dinyatakan di dalam satu riwayat yang sahih:

“Nabi saw rajin bersama keluarganya, dan ia membersihkan kasut, dan menjahit pakaian, memerah susu kambing, dan menyapu rumah ! “,

Apakah anda tidak melihat kepada Rasulullah saw bagaimana baginda mengumpulkan sampah sarap rumahnya untuk mewujudkan semangat kerjasama keluarga yang menyebabkan sesebuah rumah itu hidup makmur.

Alangkah perlunya umat Islam memperhatikan hadith Nabi ini, supaya mengetahui bahawa manhaj Islam menitik beratkan soal membantu orang lain ..! Perhatikanlah saudara kepada hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar (bermaksud):

“Seseorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya dizalimi oleh orang lain. Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang melepakan sesuatu kesulitan saudaranya, maka allah akan melepaskan salah satu kesulitan di hari kiamat dan barangsiapa yang menyembunyikan keaiban seorang muslim lain, maka allah akan menyembunyikan keaibannya di hari kiamat “. (Muttafaq Alaih)

Perhatikan ungkapan: “ Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya“, untuk mengetahui bagaimana Islam menggesa umatnya supaya membantu orang lain.

Dari Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Muslim (bermaksud):

” Barangiapa yang meringankan salah satu dari kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan meringankan salah satu kesusahannya di hari kiamat. Barangsiapa yang yang memudahkan (membantu dalam masalah hutang) orang yang mendapat kesusahan (berhutang), maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat. Barangsia yang menyembunyikan keaiban seorang muslim lain, makaAllah akan menyembunyikan keaibannya di dunia dan akhirat. Allah menolong seorang hamba selagi hamba itu menolong saudaranya”.

Ungkapannya sangat jelas .. bahawa Allah menolong anda selagi anda meringankan tulang untuk menolong orang lain.. hanya bermula dengan mencari mereka yang memerlukan pertolongan anda, dan lakukanlah dengan baik, benarlsh Firman allah swt dalam hal ini (bermaksud):

“Dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan”. (al-Hajj: 77).

Dengarlah sabda Nabi saw (bermaksud):

Saya didedahkan pekerjaan umatku yang baik dan buruk; Lalu saya dapati antara pekerjaan yang baik ialah membuang sesuatu yang bahaya di jalan, dan saya dapati antara pekerjaan yang buruk ialah kahak atau hingus yang terdapat di dalam masjid dibiarkan dan tidak buang”. (HR. Muslim).

Renungkanlah bagaimana membuang sesuatu yang buruk di jalan merupakan antara pekerjaan yang terbaik bagi seorang muslim, kerana ianya tergolong dalam hal bantu-membantu. Sabda Nabi saw yang lain (bermaksud):

“Orang yang berjalan kerana memenuhi keperluan saudaranya sama ada pertolongannya itu dapat menyelesaikan keperluan saudaranya atau tidak, maka baginya pahala seumpama pahala i’tikaaf selama sebulan (dalam riwayat yang terkenal dua bulan) di masjid ini”.

Saya simpulkan dari berbagai hadith sahih dengan satu riwayat dari Abu Musa al-Asy’ari bahawa Nabi saw bersabda (bermaksud):

“Setiap Muslim hendaklah melakukan sedekah”, Seorang sahabat bertanya: “Bagaimana jika ia tidak menemuinya (tidak mampu)? Nabi menjawab: “bekerja dengan tangannya yang memberi manfaat untuk dirinya dikira satu sedekah , “Sahabat itu bertanya lagi: “Bagaimana jika ia tidak boleh? Nabi saw menjawab: “menolong orang yang sangat memerlukan pertolongan “. Sahabat itu bertanya lagi: “Bagaimana jika ia tidak boleh?Nabi menjawab: “Ia menyuruh kepada yang ma’ruf atau kebaikan”, Sahabat itu bertanya lagi: “Bagaimana jika ia tidak melakukannya? Nabi menjawab: “Ia mesti menahan diri dari melakukan kejahatan kerana ianya adalah sedekah. ” (HR. Bukhari dan Muslim)

Saya akhiri tulisan ini wahai saudara-saudara yang dikasihi dengan sabda junjungan besar penghulu dan kekasih kita Nabi saw (bermaksud):

Orang-orang mukmin dengan orang mukmin yang lain adalah seperti struktur binaan yang saling menguatkan antara satu sama lain “(HR. Muslim).

Doa terakhir adalah segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Terjemahan daripada http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=363&ArtID=84836

http://zadud-duat.blogspot.com/2011/06/tolong-menolong-di-dalam-islam-adalah.html#.WzyBZN8dBBc

 

Membangun kekuatan gerakan dakwah

Dalam gerakan dakwah, manusia yang mendukung gerakan dakwah itulah yang dikatakan sebagai aset dakwah yang memberikan kekuatan kepada gerakan dakwah.

Gerakan dakwah sebenarnya tidak memiliki kebergantungan kepada kekuatan dari segi kekayaan harta benda, pejabat, bidang-bidang perniagaan dan sebagainya, tetapi kekuatannya adalah bergantung sepenuhnya kepada manusia yang menjadi anggotanya.

Jadi ia berbeza sama sekali dengan syarikat perniagaan atau organisasi-organisasi dalam pandangan sekular.

Dalam rangka menegakkan tugas khilafah, jamaah mesti sentiasa berkembang dan tidak boleh statik.Perkembangan ini berlangsung seiring dengan pertumbuhan jumlah aset yang dimiliki oleh gerakan dakwah.

Untuk itu, setiap anggota gerakan hendaklah bersikap ofensif dalam melakukan usaha perekrutan dan pembinaan melalui halaqah-halaqah dan usrah-usrah yang terus berkembang. Pola halaqah ini adalah cara pertumbuhan yang paling khusus dalam gerakan dakwah.

Pertumbuhan aset gerakan dakwah memiliki tiga sudut yang tidak boleh terpisah antara satu dengan yang lain iaitu :

PERTAMA : PERTUMBUHAN KUANTITI

Seluruh pertumbuhan gerakan dakwah mestilah melalui tarbiyah. Lantaran itu jamaah mestilah meningkatkan kualiti pembinaan samada tarbiyah sebelum tanzhim atau selepas tanzhim.

Berbagai usaha hendaklah diarahkan untuk meningkatkan kemampuan setiap aktivis dakwah mentarbiyah sehingga mereka yang terbina dengan gerakan dawah kita memiliki kualiti keahlian yang baik.Semakin ramai ahli masyarakat ditarbiyah maka semakin baik pertumbuhan gerakan dakwah.

Pembinaan sebelum penggabungan dengan gerakan merupakan pintu gerbang penglibatan seseorang dengan jamaah. Semakin ramai jumlah anggota teras maka semakin ketat pulalah pola tarbiyah yang dilakukan oleh kerana pintu masuk jamaah semakin banyak dan terbuka. Kualiti tarbiyah hendaklah sentiasa ditingkatkan dari masa ke semasa.

Untuk menumbuhkan perkara-perkara yang menjadi tunjang kepada gerakan, tarbiyah juga memainkan peranan utama. Dalam melahirkan para pakar misalnya perlu daurah-daurah atau tarbiyah secara khusus.

Kita tidak mungkin melahirkan seorang pakar ekonomi Islam misalnya tanpa melalui pembinaan terlebih dahulu. Demikian pula tidak mungkin lahir seorang ahli politik Islam tanpa tarbiyah.

Sungguhpun begitu besarnya peranan tarbiyah ini, tetapi jamaah tidak boleh terjebak menjadi jamaah tarbawiyah atau jamaah yang orientasinya semata-mata tarbiyah. Gerakan dakwah tidak boleh semata-mata menumpukan pada tarbiyah secara maknanya yang sempit. Ia adalah gerakan yang syamil (lengkap) meliputi seluruh aspek hidup manusia dan tidak terperosok pada aspek yang juz’ie (sebahagian).

Unsur yang paling pokok dalam pertumbuhan gerakan dakwah ini adalah keperluan memperhatikan :

1. PERTAMBAHAN PERTUMBUHAN JUMLAH.

Ini dilakukan dengan melihat keselarasan jumlah pendakwah dengan mad’u yang ada dalam keseluruhan pembinaan.

Seringkali kita terjebak dengan banyaknya jumlah peminat dakwah tetapi tidak dapat menanganinya secara berkualiti sehingga pada akhirnya tidak menghasilkan pertambahan aset gerakan dakwah.
Bagitu juga jamaah mengalami masa-masa sulit yang membuatkan orang sukar untuk mengikuti kegiatan tarbiyah ini. Dalam pada itu aktiviti tarbiyah hendaklah sesuai dengan situasi, keadaan, sikap-sikap ataupun peristiwa-peristiwa dalam masyarakat yang meliputinya.

Agar pertumbuhan jumlah ini selaras dengan keperluan gerakan dakwah, hendaklah wujud pemeliharaan ke atas piramid dakwah.

Peringkat-peringkat fasa pembinaan mestilah jelas dan tidak meragukan. Mulai dari peringkat aktivis dakwah, para pendukung dakwah, para pencinta dakwah hingga ke peringkat dakwah umum. Peringkat-peringkat ini merupakan penapis yang menjaga kerahsiaan aktiviti dakwah. Lantaran itu tidak boleh ada penapis yang hilang disebabkan oleh kerana lemahnya pembinaan.

2. PENYEBARAN POTENSI GERAKAN DAKWAH.

Seelok-eloknya potensi dakwah yang kita miliki menyebar sesuai dengan tuntutan medan dakwah yang kita hadapi. Pembahagian wilayah dakwah perlu memperhatikan pembahagian wilayah yang ada dalam masyarakat.

Penyebaran potensi boleh dilakukan secara individu ataupun dengan penyebaran gerakan dakwah berbentuk kebangkitan usaha-usaha tarbiyah. Dalam proses penyebarannya, sudah tentu perlu disesuaikan dengan keperluan gerakan dakwah serta daya dukungnya.

3. KOMPOSISI PENGUASAAN-PENGUASAAN YANG ADA

Dalam permulaan yang sederhana, penguasaan dalam gerakan ini boleh dibahagikan kepada tiga :

a. Dakwah.
b. Ilmu pengetahuan.
c. Seni berdakwah.

Dalam satu unit gerakan dakwah, komposisi yang ideal adalah 2-1-1 atau 50 peratus dakwah sedangkan ilmu pengetahuan dan seni berdakwah masing-masing 25 peratus.

Namun, perlu sentiasa diingat bahwa dalam penambahan jumlah, ianya selalu dikaitkan dengan rukun-rukun ‘bai’ah’, bukan keperluan penguasaan itu sendiri. Strategi juga perlu memperhatikan pemanfaatan potensi yang lahir di medan dakwah yang kita hadapi dan potensi hasil pembinaan dari luar.

KEDUA : PERTUMBUHAN KUALITI GERAKAN DAKWAH

Pertumbuhan kualiti gerakan dakwah sudah semestinya mengikuti pertumbuhan kuantiti. Jangan sampai jumlah aktivis lebih ramai tetapi aktiviti mereka menurun kerana kualiti yang ada semakin rendah.

Pertumbuhan kualiti gerakan dakwah perlu menumpu kepada peningkatan yang dilakukan samada dalam pembinaan sebelum tanzhim ataupun selepas tanzhim.

Untuk meningkatkan kualiti ini, setiap anggota gerakan dakwah hendaklah meningkatkan interaksi dengan rukun-rukun ‘bai’ah’, kerana pertumbuhan kualiti gerakan sangat dipengaruhi oleh sejauh mana interaksi dengan rukun-rukun ‘bai’ah’ ini berlangsung.

Ada tiga unsur yang meningkatkan interaksi para aset gerakan dengan rukun-rukun ‘bai’ah’ :

1. Syarat-syarat menjadi pekerja dakwah.
2. Cara-cara pembentukan pekerja dakwah.
3. Cara-cara penilaian terhadap pekerja dakwah.

Semakin luas wilayah dakwah hendaklah diiringi dengan melaksanakan syarat-syarat menjadi pekerja dakwah dengan seketat mungkin melalui program-program tarbiyah yang ada.

Ketika jumlah kita 10 orang misalnya, ia memerlukan interaksi syarat-syarat pemeringkatan sebanyak 1%. Apabila jumlah ini meningkat menjadi 100 orang maka interaksi mestilah meningkat pula sehingga sampai 10%.

Apabila pertumbuhan jumlah ini tidak diiringi dengan pertambahan interaksi, maka tidak mungkin akan mampu mengatasi masalah yang akan timbul dalam pelayanan dakwah.

Kemampuan menjangka masalah gerakan dakwah ditentukan juga oleh pertumbuhan interaksi yang menentukan tingkatan kualiti gerakan itu.

Jamaah telah menjadikan tarbiyah sebagai ikatan yang tidak boleh lepas dari setiap aktivis dakwah. Ia berlaku sepanjang hayat. Tidak ada istilah pencen dari tarbiyah atau tidak memerlukan tarbiyah.Tidak ada seorangpun dari anggota gerakan dakwah yang boleh lepas dari tarbiyah.

BEBERAPA CONTOH INTERAKSI GERAKAN DAKWAH

Setiap aktivis dakwah hendaklah sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti gerakan dan menerima perkembangannya dengan lapang dada.

Jangan bersikap sebagai penonton (komentator) yang ke sana ke mari hanya memberi penilaian sahaja. Sikap lapang dada merupakan faktor paling utama untuk sanggup melaksanakan tugas.

Semakin kuat interaksi seseorang dengan gerakan dakwah, semakin lapang dadanya dan semakin mampu melaksanakan tugas dakwah. Interaksi yang lemah membuatkan dada sempit dalam menerima perintah dan tugas.

Contoh suatu masyarakat yang lemah interaksinya dengan gerakan adalah Bani Israil.
Berbagai peristiwa menunjukkan kelemahan mereka.

PERISTIWA 1

Tatkala mereka minta seorang pemimpin kemudian ditunjukkan oleh Allah mereka menolak dan berkata :
“Bagaimana dia ( Thalut ) menjadi seorang raja padahal kami lebih berhak daripadanya lagi pula dia tidak punya banyak harta, … “ (QS Al Baqarah :247 )
Ini kelemahan dalam menjangka perkembangan struktur yang telah dipersiapkan oleh Nabi mereka.

PERISTIWA 2

Ketika Allah memerintahkan mereka untuk menyembelih seekor lembu betina, mereka menganggap perintah itu sebagai ejekan. Mereka berkata kepada Nabi Musa :

“Apakah engkau hendak menjadikan kami olok-olokan ? … “ (QS Al Baqarah :67)

Sikap ini menunjukkan kelemahan menerima perintah Allah, iaitu tiadanya kesediaan untuk mengikuti petunjuk dan bimbingan Allah.

PERISTIWA 3

Dalam menanggapi nikmat kurniaan Allah mereka tidak puas, malahan minta diberi lebih dari bahagian yang ditentukan, kata mereka :

“… Wahai Musa kami tidak mampu dapat bersabar dengan satu jenis makanan sahaja. Maka mintalah kepada Rabbmu agar Ia mengeluarkan bagi kami dari hasil buminya iaitu sayur mayurnya, timunnya, bawang putihnya, kacang adasnya dan bawang merahnya … “ (QS Al Baqarah : 61)

Oleh kerana watak Bani Israil yang sedemikian, Nabi Musa perlu bersikap lapang dada. Sejak awal tatkala Allah memerintahkan Nabi Musa as menghadapi Fir’aun, Nabi Musa pun memohon agar Allah melapangkan dadanya melalui firman Allah :

“Pergilah kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Berkata Musa, Ya Rabbku lapangkanlah untukku dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekeluan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku (iaitu) Harun saudaraku, teguhkanlah dengan dia kekuatanku dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku … “ (QS Thaha : 24-32 )

Nabi Musa menerima tugas yang sangat berat. Ia mesti berbicara tentang kebenaran di hadapan tokoh kejahatan dan raja yang zalim di mana bila-bila masa sahaja ia mampu untuk membunuhnya.

Nabi Musa menyedari bahwa hanya dengan pertolongan Allah ia dapat melaksanakan perintah ini dengan berjaya, betapapun sukarnya perintah tersebut.

Maka pertolongan atau dukungan Allah yang paling dimohonnya ada tiga :

1. Allah melapangkan dada dan memudahkan urusannya.

Lapang dada memang satu mata rantai yang tidak boleh putus dari kemudahan urusan sebaliknya sempit dada merupakan saudara kembar dari berbagai kesulitan.

Seorang yang Allah berikan petunjuk, maka Allah bukakan hatinya untuk Islam, sedangkan orang yang akan sesat pasti sukar menerima arahan Islam. Firman-Nya :

“Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit. Seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.”QS (Al An’am : 125)

Rasulullah saw pun sepanjang penurunan wahyu terus menerima surah Dhuha dan surah Al Insyirah yang memperlihatkan kasih sayang Allah bagi melapangkan hati Rasulullah saw agar dalam aktiviti gerakan dakwah yang sukar akan menerima kemudahan.

2. Allah membuang kekeluan lisan dan membuatkan orang memahami dakwah.

Nabi Musa membuang kekeluan lisan pada dirinya.
Kekeluan lisan dalam maknanya yang lebih luas bukan sahaja bererti lidah yang gagap atau tidak pandai berbicara tetapi juga meliputi lidah yang gemar mengumpat, mencari kesalahan orang, mengejek-ngejek dan berbagai sikap yang tidak layak dalam melakukan dakwah di mana ini juga termasuk dalam kategori kekeluan lisan.

Setiap aktivis dakwah hendaklah menjauhkan diri dari kekeluan lisan ini. Mereka antara satu sama lain hendaklah bersikap saling bersahabat, saling merangkul, saling bertoleransi, saling membela dan sebagainya.

Ini untuk menimbulkan kesatuan kata yang dihadapkan pada objek dakwah. Dengan keterbukaan hati dan benarnya pengucapan lidah maka orang akan mudah memahami seruan kita serta menyambutnya.

Ia berpokok pangkal pada saling memahami di antara para pendakwah dan seterusnya membawa kefahaman kepada objek dakwah.

3. Allah memunculkan para penolong dalam tugas dakwah ini.

Iaitu para pendukung setia (wazir) yang merupakan orang-orang yang memiliki aqidah, fikrah dan minhaj dakwah yang sama. Mereka adalah orang-orang pilihan Allah untuk mendukung kebenaran sepertimana pertolongan Allah kepada Nabi Musa dengan adanya Nabi Harun sebagai ‘wazir’.

KETIGA : PERTUMBUHAN KEMAMPUAN

Kemampuan dalam gerakan dakwah sangat bergantung kepada sejauhmana peningkatan dan kualiti dalam gerakan dakwah tersebut.

Jamaah yang kuat hanya akan terwujud apabila memiliki suatu jumlah yang memadai dan dengan mutu yang tinggi.

Jumlah memadai di sini adalah jumlah yang berkesan untuk melakukan pengendalian masyarakat sehingga kemampuan menguasai massa ini menjadi ukuran sejauhmana dakwah telah berkembang.

Ingatlah bahwa dalam gerakan dakwah, kita sentiasa melihat tiga faktor yang menjadi syarat pengendalian ini :

a. Jumlah yang cukup untuk pengendalian masyarakat.
b. Semangat keimanan yang kuat.
c. Kekuatan yang tersusun atau terurus dengan rapi.

Banyak organisasi-organisasi Islam yang mempunyai jumlah anggota lebih dari cukup tetapi mereka tidak memiliki semangat yang kuat serta tidak tersusun rapi.

Akibatnya organisasi tersebut menjadi permainan musuh-musuh Islam. Jumlah yang besar tanpa semangat dan pengurusan yang rapi sama halnya dengan kerangka tubuh yang besar namun tidak berisi.

Semangat akan muncul apabila doktrin-doktrin gerakan dakwah sudah melekat di hati kaum muslimin sedangkan pengurusan yang mantap akan dapat diwujudkan apabila umat yang bersemangat kuat itu mahu menyatukan diri mereka ke dalam ‘hizbullah’.
Dalam menggambarkan jumlah yang berkualiti dan berkemampuan, Allah memperingatkan agar kita jangan tertipu oleh ramainya kaum muslimin dalam sesebuah negeri. Sesungguhnya hanya yang mengikuti sistem Allah sahaja yang memiliki kekuatan yang tersusun rapi.

Mereka memiliki pemimpin yang ikhlas, konsep yang jelas, pengikut yang taat serta aktiviti yang berterusan.

Firman Allah swt :

“ Katakanlah : Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu ke (jalan) Allah dengan hujjah yang nyata. Maha Suci Allah dan aku bukan termasuk orang-orang yang musyrik “ ( 12:108 )

Dalam gerakan dakwah, setiap aktivis dakwah hendaklah memiliki keseimbangan peribadi sebagai “Syakhsiyah Jama’iyah” (Peribadi jamaah) dan “Syakhsiyah Ijtima’iyah” (Peribadi masyarakat).
Sebagai peribadi jamaah, aktivis dakwah adalah merupakan tenaga jamaah atau salah seorang yang menjadi wasilah dari gerakan dakwah sedangkan secara fungsinya, ia memiliki keterkaitan dengan masyarakat dakwahnya.

Agar keseimbangan ini terwujud maka setiap aktivis dakwah hendaklah memiliki disiplin yang kuat dalam bersikap. Janganlah ia mengeluarkan bahasa kemasyarakatan kepada individu jamaah yang boleh menimbulkan kelonggaran dalam ukhuwah atau bahasa jamaah kepada masyarakat yang menyebabkan terbukanya celah keselamatan.

Di setiap tempat ada pembicaraan yang khas, sebagaimana dikatakan orang :

“Berbicaralah kepada ahli dunia dengan bahasa ahli dunia dan berbicaralah kepada ‘Ahlillah’ dengan bahasa ‘Ahlillah’.”

Setiap aktivis dakwah mempunyai tugas dan fungsi masing-masing yang merupakan tanggungjawabnya di hadapan Allah. Dalam membentuk peribadi kemasyarakatan, pada dasarnya kita tidak membangun tokoh yang nantinya menjadi orang yang mempunyai kedudukan istimewa.

Sesungguhnya dalam berjamaah, kedudukan ikhwah dan akhawat adalah semuanya sama kecuali dalam tugas dan fungsi pengurusannya

Ketaatan kepada pimpinan di semua sektor menjadi kejayaan kepada program ini. Ketua rumahtangga misalnya bukan kedudukan yang mudah justeru merupakan kunci dan kekuatan jamaah.

Menurut Syeikh Jumaah Amin dalam kitabnya “Tsawabit Wal Mutaghayyirat” (Unsur-unsur tetap dan berubah) bahwa kandungan dakwah Imam Hasan Al-Banna ialah :

a. Menggerakkan semula umat daripada lamunan yang panjang.
b. Mengejutkan kembali minda umat agar mereka faham.
c. Menyentuh hati umat supaya mereka beriman.
d. Menghidupkan keinginan umat agar mereka berazam.
e. Menggerakkan anggota umat agar mereka bekerja.

Dakwah ialah :

1. ‘Amal fikri’ (usaha minda) yang menerangi akal.
2. ‘Amal da’wi’ (usaha dakwah) yang mendorong perasaan.
3. ‘Amal tarbawi’ (usaha pentarbiyahan) yang melahirkan peribadi Islam yang seimbang.
4. ‘Amal ijtima’ie’ (usaha kemasyarakatan) yang menyumbang menyelesaikan permasalahan masyarakat dan menyebarkan kebaikan.
5. ‘Amal iktishadi’ (usaha ekonomi) untuk membebaskan ekonomi negara daripada cengkaman barat dan riba.
6. ‘Amal siyasi’ (usaha politik) untuk menegakkan pemerintahan negara yang melaksanakan hukum Islam.
7. ‘Amal jihadi’ (usaha jihad) untuk membebaskan tanah milik umat Islam di serata dunia daripada penjajahan asing melalui manhaj Nabi saw.

Perkara yang kita perkatakan ini perlu kepada penegasan bahawa Islam ialah :

a. Risalah tarbiyah sebelum menjadi risalah tanzim dan tasyri’.
b. Risalah nilai dan neraca sebelum menjadi risalah jihad dan perang.

Oleh yang demikian, ia perlu kepada beberapa kefahaman :

PERTAMA :

Objektif daripada perlaksanaan manhaj Nabi saw adalah untuk mewujudkan realiti amali yang Islamik, di mana hukum-hukum syariat dilaksanakan secara ruh dan nas.

Tidak sepatutnya kita menuntut Islam menyelesaikan permasalahan yang kita hadapi sebelum kita sendiri mewujudkan satu realiti persekitaran yang dilaksanakan syariat dan hukum di dalamnya.

Perkara ini tidak boleh diwujudkan dengan paksaan tetapi dengan tarbiyah, keyakinan dan iman.

KEDUA :

Amal untuk mencapai objektif objektif tersebut hendaklah dilakukan melalui perancangan berperingkat-peringkat.

Amal tidak seharusnya berganjak ke satu peringkat kecuali setelah objektif peringkat sebelumnya tercapai. Begitu juga amal dalam peringkat-peringkat ini hendaklah bersifat anjal kerana tabiatnya yang saling kait mengait antara satu sama lain.

Ini adalah kerana pencapaian objektif mana-mana peringkat akan membantu usaha mencapai objektif di peringkat seterusnya, sepertimana pencapaian semua objektif di semua peringkat akan menyumbang ke arah pencapaian objektif terbesar.

Oleh itu kewujudan individu muslim akan membantu ke arah pembentukan keluarga muslimah. Kewujudan keluarga muslimah pula akan membantu kepada pembentukan masyarakat muslim dan begitulah seterusnya.

KETIGA :

Amal untuk mencapai objektif-objektif tersebut hendaklah dilakukan secara kolektif, yang mempunyai pimpinan yang berakar umbi dalam masyarakat dan mengepalai kelompok mukmin.

la bekerja untuk membentuk pendapat umum yang Islamik, yang akan mengembeling pelbagai tenaga bagi mencapai objektif Islam.

Amal ‘fardi’ (individu) tidak mampu mencapai objektif-objektif tersebut, di samping Islam sendiri agama jamaah yang mentarbiyah individunya dengan pengertian ini.

Penguasaan masyarakat sangat bergantung kepada pertumbuhan lima (5) jenis aktiviti dakwah di dalam masyarakat seperti berikut :

1. Para khatib yang bersemangat.
Iaitu mereka yang mampu menyampaikan pesanan-pesanan Islam dengan jelas dan terang, penuh bersemangat dan dinamik.

Para khatib bersemangat muda yang menyampaikan hikmah (pengetahuan) orang-orang tua yang penuh pengalaman. (hikmatus syuyukh fi hamasatus syabab) bukan semangat orang tua dengan pengetahuan pemuda yang cetek.

Para khatib ini hendaklah mampu melakukan pengerahan massa dan menumbuhkan semangat berdasarkan iman dan pengetahuan bukan emosi dan kebencian.

2. Orang-orang faqih di tengah masyarakat
Iaitu para ulama’ yang takut pada Allah dan hidup di tengah-tengah masyarakat :

a. Memberikan bimbingan dan fatwa-fatwa yang lurus dan benar tentang masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
b. Menjadi pendidik dan tempat bertanya yang tidak menimbulkan keraguan dan perpecahan.
c. Sentiasa menghidupkan toleransi antara mazhab (fiqh) yang menjadi titik pertemuan yang menyatukan umat. Oleh itu, ia sentiasa dicintai, didukung dan dibela oleh masyarakatnya.

Khatib masyarakat menjadi pendorong masyarakat ke jalan Allah sedangkan golongan faqih masyarakat membimbing masyarakat di jalan Allah. Dia bukan faqih lantikan yang memberi fatwa berdasarkan arahan tetapi benar-benar menyuarakan pimpinan Allah dan RasulNya.

3. Aktiviti kemasyarakatan atau sosial

Tujuan utama dari aktiviti ini ialah untuk melaksanakan fungsi masjid-masjid sesuai dengan bimbingan Rasulullah saw.

Untuk tujuan itu, perlu dibuat kerjasama sosial dengan berbagai lapisan masyarakat untuk mendekatkan umat pada masjid. Sasaran program ini adalah bagi memperkuatkan para pendakwah sebagai pelopor dalam berbagai bidang.

Para pendakwah hendaklah disokong sepenuhnya agar mereka mampu menyantuni masyarakat ramai sehingga mereka memiliki prestasi yang tinggi yang menjadikan umat mudah mengikuti panduan dan arahan para pendakwah tersebut. Biasanya masyarakat akan mudah menerima apabila dakwah dimulai dengan santunan yang memperhatikan akan keperluan mereka.

4. Projek ekonomi masyarakat kecil

Gerakan dakwah turut meningkatkan taraf ekonomi umat Islam yang pada umumnya masih sangat lemah. Usaha-usaha ekonomi mestilah berbentuk usaha yang ringan, mudah dijangkau dan menjadi milik masyarakat.

Berbagai kelab, perhimpunan atau organisasi ekonomi kecil perlu ditumbuhkan dan dibimbing oleh para pendakwah yang sekaligus menjadi pembimbing rohani mereka. Sasaran program ini adalah agar masyarakat pendukung dakwah dapat berdikari di satu sudut dan di sudut lain dapat pula mengendalikan kelajuan sistem ekonomi secara keseluruhan.

5. Penerangan yang memasyarakatkan

Potensi penerangan hendaklah tumbuh dari orang-orang yang memahami aqidah, fikrah dan manhaj serta berdisiplin dengan kebijaksanaan jamaah agar pembentukan pandangan umum sesuai dengan perancangan dakwah.

Ini adalah kerana bidang ini merupakan salah satu pusat tumpuan suatu gerakan dakwah. Yang penting, ia mestilah mempunyai kemampuan untuk menyebar dan meluas dengan cepat dalam berbagai bentuknya yang ringan seperti buletin, brosur, maklumat, majalah, akhbar dan berbagai bentuk lainnya yang murah dan dapat dijangkau oleh masyarakat.

Selain itu, perlu pula menyokong bahan penerangan umat Islam sedia ada agar memiliki ruh dan fikrah Islam.

Para pakar dalam gerakan dakwah seharusnya menyumbangkan tulisan-tulisan yang bermutu pada bahan-bahan penerangan yang dimiliki oleh umat Islam. Selain itu, usaha pendidikan Islam perlu dimunculkan melalui siaran-siaran radio, televisyen dan sebagainya melalui jalan yang boleh ditempuh dengan tidak meninggalkan unsur-unsur syar’ie dalam penyajiannya.

Ya Allah, tetapkanlah kaki kami di atas jalan dakwahMu yang lurus yang memiliki fikrah yang asli yang sentiasa berpaut pada tiang yang tegap, dinding yang kukuh dan tapak asas yang mantap dan utuh sehingga ianya kekal terpelihara dari kemusnahan dan kehancuran. Jadikanlah kami orang-orang yang tetap berpegang teguh dengan fikrah yang jelas ini serta menyerahkan jiwa raga kami bagi mempertahankannya.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS

http://tinta-perjalananku.blogspot.com/

http://fikrah-dakwah.blogspot.com/2013/01/membangun-kekuatan-gerakan-dakwah.html

Matlamat Dakwah dan Tarbiah

Image may contain: 8 people, people smiling, people standing

Matlamat Dakwah dan Tarbiah

Manhaj dakwah yang akan dibincangkan di sini merangkumi seruan beriman kepada ALLAH SWT dan bermatlamat melahirkan golongan mukminin. Manakala manhaj tarbiah pula adalah bermatlamat untuk melahirkan orang-orang yang beramal soleh. Ini kerana iman dan amal soleh adalah dua perkara yang disyaratkan di dalam al-Quran untuk kita mendapat kebaikan, rahmat, pengampunan serta kemenangan di dunia dan akhirat. Ayat-ayat al-Quran yang berkaitan begitu banyak. Bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, ALLAH akan mengurniakan kepada mereka:

1. Rahmat dan kasih sayang.
Firman ALLAH SWT: (Maksudnya) “Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, Maka Tuhan mereka memasukkan mereka ke dalam rahmat-Nya. Itulah kemenangan yang nyata.” (al-Jatsiyah: 30)

(Maksudnya) “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, ALLAH yang Maha Pemurah akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.” (Maryam: 96)

2. Sejahtera dari kebimbangan dan dukacita
Firman ALLAH SWT: (Maksudnya) “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan solat serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. ” (al-Baqarah: 277)

3. Kebahagiaan
Firman ALLAH SWT: (Maksudnya) “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya. ” (ar-Ra’d: 29)

4. Pengampunan dan rezeki serta balasan yang baik
Firman ALLAH SWT: (Maksudnya) “Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan beroleh keampunan dan rezeki yang mulia.” (al-Hajj: 50)

(Maksudnya) “Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan – dengan sebaik-baik balasan.” (al-‘Ankabut: 7)

5. Kekuasaan di atas muka bumi
Firman ALLAH SWT: (Maksudnya) “ALLAH telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa (khalifah) di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama (Islam) yang telah diredai-Nya untuk mereka, Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)…” (an-Nur : 55 )

6. Pahala yang tidak putus-putus
Firman ALLAH SWT: (Maksudnya) “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, mereka beroleh balasan pahala yang tidak putus-putus. ” (Fushilat: 8)

7. Mendapat kenikmatan syurga
Firman ALLAH SWT: (Maksudnya) “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;” (al-Baqarah: 25)

(Maksudnya) “Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. .” (al-Nisa’: 57)

(Maksudnya) “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.” (Hud: 23)

Sekiranya kita memerhatikan di dalam al-Quran, kita akan mendapati begitu banyak lagi ayat-ayat yang menyatakan janji-janji ALLAH kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh . Sekiranya umat Islam kehilangan kedua-dua sifat ini, maka mereka akan mendapat kehinaan di dunia dan kerugian akhirat. Maka matlamat daripada dakwah dan tarbiah untuk melahirkan umat yang beriman dan beramal soleh merupakan jalan keluar bagi masalah yang dihadapi oleh kaum muslimin.

MANHAJ DAKWAH

1. Takrif Manhaj

Takrif manhaj (minhaj) mengikut bahasa bermakna: jalan yang jelas terang (الطريق الواضح) .
Firman ALLAH SWT:) Maksudnya) “…bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan yang terang..” (Al-Maidah: 48)

Manakala manhaj dari segi istilah bermakna: sejumlah peraturan dan perancangan yang mempunyai objektif untuk melakukan perubahan.

2. Takrif Dakwah

Makna dakwah dari segi bahasa:
دَعَا يَدْعُو دَعْوَةً داعٍ (الداعي) مَدْعُو
دعا إلى عقيدته: بشَّر بها < دعا إلى الإسلام >
Maka dakwah juga dengan makna (النداء) : Seruan atau panggilan.
Dalam bahasa Melayu juga dakwah bermaksud: kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan.

Dakwah yang kita maksudkan ialah: Dakwah kepada ALLAH, firman-Nya:
(Maksudnya) “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku menyeru kepada (agama) ALLAH dengan keterangan dan bukti yang jelas nyata,” (Yusuf; 108)

Yang dimaksudkan dengan dakwah kepada ALLAH ialah seruan kepada agama Islam.
(Maksudnya) “Sesungguhnya agama (yang diredai) disisi ALLAH hanyalah Islam.” (Ali ‘Imran: 19)

(Iaitu) Agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW daripada Tuhannya SWT. Maka Islam adalah maudhu’ (isi kandungan) dakwah dan hakikatnya, dan ianya adalah asas pertama bagi dakwah.

Dr. Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya Usul ad-Da’wah telah membahagikan dakwah itu kepada 3 asas atau unsur. Pertama: Maudhu’ dakwah; iaitu Islam. Kedua: Da’ie (pendakwah). Ketiga: Mad’uu (golongan yang ditujukan dakwah). Walau bagaimana pun, melalui kertas kerja ini kita hanya akan membicarakan mengenai dakwah menyeru manusia agar beriman kepada ALLAH.
Kertas kerja yang daif ini cuba untuk mengemukakan secara ringkas satu manhaj dalam berdakwah. Iaitu dakwah menyeru manusia supaya beriman kepada ALLAH. Ianya bukanlah kata pemutus dalam setiap perkara yang diketengahkan cuma sekadar satu suluhan mudah-mudahan ia akan memberi manfaat kepada kita semua.

DAKWAH RASULULLAH SAW

Sesiapa yang melihat manhaj yang dilalui oleh Rasulullah SAW dalam perjalanan dakwah, dia akan melihat bahawa ia adalah manhaj rabbani daripada al-Quran dengan petunjuk-petunjuk yang bijaksana. Al-Quran telah diturunkan oleh ALLAH SWT iaitu Pencipta Yang Maha Mulia lagi Maha Mengetahui perkara yang baik untuk manusia dalam kehidupan dunia dan akhirat, dalam segala keadaan dan kehidupannya. Firman ALLAH SWT:

(Maksudnya) “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati ALLAH dengan banyak.” (Al-Ahzab: 21)

Rasulullah SAW adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan oleh kita dalam segala aspek termasuklah manhaj baginda dalam menjalankan dakwah sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran dan sunnah. Ketika mana hilangnya manhaj al-Quran dan cara dakwah baginda SAW daripada pentas dakwah, ianya akan menjerumuskan para pendakwah ke dalam permasalahan yang begitu banyak, persengketaan, taksub yang dimurkai dan pertembungan yang ketara di kalangan mereka. Firman ALLAH SWT:

(Maksudnya) “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan ALLAH, Dengan yang demikian itulah ALLAH perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.” (al-An’am: 153)

Mereka yang memerhatikan ayat-ayat al-Quran dan sunnah akan mendapati bahawasanya al-Quran menerangkan dengan sejelas-jelasnya manhaj yang sepatutnya kita lalui dalam berdakwah ke jalan ALLAH SWT dengan ikutan yang baik ((أسوة حسنة dan menyampaikan dakwah dengan dalil dan bukti yang jelas dan nyata (السير عَلىَ بَصِيْرَةٍ). Ini merupakan manhaj dakwah yang telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam dakwah baginda. Firman ALLAH SWT:

(Maksudnya) “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku menyeru kepada (agama) ALLAH dengan keterangan dan bukti yang jelas nyata, Maha Suci ALLAH, dan Aku bukan termasuk orang-orang yang musyrik”. (Yusuf; 108)

Penyampaian dakwah dengan dalil dan bukti yang nyata adalah perintah ALLAH Ta’ala kepada semua pendakwah ke jalan-Nya. Ia tidak khusus kepada sekumpulan manusia tanpa melibatkan kelompok lain kerana dakwah Islam adalah global kepada seluruh manusia. Firman ALLAH SWT:

(Maksudnya) “Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)..” (Saba’: 28)

(Maksudnya) “Dan tiadalah Kami mengutus engkau, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” (Al-Anbiya’: 107)

Sabda Rasulullah SAW:
(وَكَانَ النَّبِيُّ يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ خَاصَّةً وَبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ كَافَّةً)
Mafhumnya: …”Seorang Nabi itu diutuskan kepada kaumnya secara khusus dan aku telah diutuskan kepada manusia keseluruhannya. .” Hadis riwayat al-Bukhari

Janji ALLAH Kepada Golongan Mukminin

Sesungguhnya ALLAH SWT telah berjanji kepada golongan mukminin dengan janji-janji yang banyak di dunia ini, di antaranya:

1. Pertolongan menghadapi musuh-musuh mereka
Firman ALLAH SWT: (Maksudnya) “..dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.” (ar-Rum : 47)

2. Mempertahankan (membela) mereka
Firman ALLAH SWT: (Maksudnya) “Sesungguhnya ALLAH membela orang-orang yang beriman; ” (al-Hajj: 38)

3. Memberikan perlindungan kepada mereka
Firman ALLAH SWT: (Maksudnya) “ALLAH Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman..” (al-Baqarah: 257)

4. Hidayah bagi mereka
Firman ALLAH SWT: (Maksudnya) “..dan sesungguhnya ALLAH sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus”. (al-Hajj: 54)

5. Tiada penguasaan orang-orang kafir ke atas mereka
Firman ALLAH SWT: (Maksudnya) “… dan ALLAH tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nisa’ : 141 )

6. Pengukuhan mereka dan kekuasaan di atas muka bumi
Firman ALLAH SWT: (Maksudnya) “ALLAH menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredai-Nya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)…” (an-Nur : 55 )

7. Rezeki yang baik
Firman ALLAH SWT: (Maksudnya) ” Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi…” (al-A’raf : 96)

8. Kemuliaan
Firman ALLAH SWT: (Maksudnya) “… Padahal bagi ALLAH jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman.” (al-Munafiqun : 8 )

9. Kehidupan yang baik
Firman ALLAH SWT: (Maksudnya) “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik;.. ” (al-Nahl : 97 )

Ini adalah sebahagian daripada kemenangan di dunia bagi orang-orang yang beriman, dan inilah yang telah pun terbukti berlaku bagi golongan kita yang terdahulu (salaf) dari kalangan orang-orang yang beriman dan benar.
Sekiranya kita perhatikan keadaan umat Islam pada hari ini, apa yang dijanjikan ALLAH kepada orang-orang yang beriman di dunia tidak berlaku pada mereka. Ini menjadi bukti bahawa iman mereka lemah atau mereka kehilangan banyak sifat-sifat yang berkaitan dengan iman. Maka hilanglah apa yang dijanjikan oleh ALLAH dalam kehidupan mereka di dunia daripada pertolongan, pembelaan, perlindungan, hidayah, kekuasaan, pengukuhan, jaminan tidak berlaku penguasaan orang-orang kafir, rezeki yang baik, kemuliaan dan kehidupan yang baik. Sekiranya keadaan ini berterusan maka mereka akan mendapat kerugian daripada apa yang dijanjikan ALLAH di akhirat sebagaimana mereka telah rugi di dunia. Barangkali dirinya akan mendapat kerugian di neraka jahanam.

Oleh kerana itu, tiada cara lain melainkan mestilah memperkuatkan iman, mensabitkan dan memperbaharuinya dengan menyebarkan ilmu-ilmu berkaitan iman di kalangan kaum muslimin, melaksanakan hukum-hakam agama, para ulama perlu ke hadapan untuk menunaikan kewajipan ini, khususnya bagi mereka yang menyaksikan serangan-serangan anasir ateisme (menolak ketuhanan) terhadap kaum muslimin, derasnya gerakan kristianisasi, sebagaimana mereka menyaksikan tersebarnya perkara-perkara khurafat dan batil yang mana orang-orang yang mendokongnya menisbahkan perkara-perkara tersebut kepada agama.

https://muharikah.wordpress.com/2008/03/31/dakwah-dan-tarbiyah/

Penyakit Rohani yang Menimbulkan Malapetaka

Penyakit Rohani yang Menimbulkan Malapetaka

RAWATAN terhadap berbagai-bagai penyakit termasuk penyakit moden yang muncul di abad ini menjadi agenda utama dalam dunia perubatan, seluruh dunia berganding bahu mewujudkan institusi kesihatan di bawah kelolaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi memerangi penyakit berkenaan, terutama bagi mengatasi kemunculan penyakit AIDS yang belum ditemui ubatnya.
Sebaliknya dunia belum membuka mata untuk mewujudkan institusi rawatan bagi penyakit yang lebih dahsyat, iaitu penyakit rohani yang mencetuskan sifat-sifat mazmumah. Pesakit rohani mungkin jumlahnya lebih besar, jika dibanding dengan pesakit-pesakit yang sedang terlantar di wad-wad rumah sakit diseluruh dunia.
Derita yang ditanggung oleh para pesakit jasmani sekalipun mereka menghidap penyakit yang berbahaya, namun kemuncaknya sama ada sembuh atau kematian. Sedangkan risiko yang ditanggung oleh pesakit rohani adalah lebih dahsyat, kuman ataupun virus itu akan merosakkan keimanan dan ketaqwaan, memusnahkan keikhlasan beramal, kurang berminat melakukan kebajikan sebaliknya lazat melakukan kejahatan dan kemaksiatan, akibatnya ia akan menanggung derita azab yang berpanjangan di dalam neraka.
Nama-nama bagi penyakit rohani tidaklah sebanyak nama penyakit jasmani, namun ia lebih sukar diubati kerana tiada peralatan canggih sebagaimana peralatan untuk merawat penyakit jasmani yang mampu untuk mengesan penyakit rohani itu. Selain itu sukar pula untuk mendapatkan pakar yang mampu merawatnya.
Jika ada jenis penyakit jasmani yang boleh menular, seperti menularnya virus HIV dan lain-lain kuman merbahaya. Tetapi penyakit rohani bukan saja menular, malah boleh menghancurkan kerukunan rumah tangga, mengkocak kedamaian masyarakat serta menghuru-harakan negara jika ia dihidapi oleh  ketua keluarga, pemimpin masyarakat dan terutamanya para pemimpin negara. Pemimpin negara yang jiwanya dihinggapi penyakit ‘keras hati” dia tidak akan menerima nasihat agama, sekalipun pemimpin negara itu seorang muslim, namun dia tetap memandang serong terhadap undang-undang Islam. Bukan sekadar dia tidak yakin dengan hukum dan peraturan Islam, malah menganggap undang-undang Allah sebagai punca kemunduran.
Jika seorang pemimpin rohaninya dijangkiti virus `tamak’, maka dia tidak akan menganggap kuasa yang ada di tangannya sebagi suatu amanah yang besar dari Allah, sebaliknya dia akan menjadikan kekuasaan sebagai alat untuk mengaut kekayaan negara, menyelewengkan harta rakyat untuk kepentingan peribadi dan kaum kerabat mereka.
Demikian juga apabila pemimpin negara itu rohaninya mengidap kanser ‘hasad dan dengki’, dia tidak sekadar berusaha untuk mengekalkan kedudukannya dengan apa cara sekalipun, termasuk meminda undang-undang yang menguntungkan kedudukannya sebagai orang terpenting di dalam kumpulan mereka. Malah mereka berusaha menjatuhkan orang lain dengan cara yang terkutuk, sekiranya orang itu dianggap menggugat kedudukannya. Diri mereka bukan berperanan sebagai khalifah Allah di bumi, tetapi sebagai khalifah iblis di dunia.
Jika penyakit jasmani mempunyai tanda yang boleh dikesan, demikian juga penyakit rohani itu mempunyai tanda dan semboyannya. Jika penyakit jasmani ada di antaranya yang dianggap paling merbahaya, sebaliknya penyakit rohani pun demikian juga.
Penyakit rohani yang dianggap berbahaya ialah penyakit `keras hati”. Di antara tanda-tanda penyakit keras hati itu ialah apabila tidak merasa gerun dan bersalah apabila melakukan maksiat dan tidak merasa mujur bila melakukan taat, tidak merasa gerun dengan neraka dan tidak teringin terhadap syurga, tidak merasa benci berkawan dengan syaitan atau iblis dan sebaliknya tidak berselera mendekati malaikat.
Andainya seseorang itu sedar bahawa hatinya sudah berpenyakit, maka lebih mudah dia mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakitnya itu. Tetapi jika dia tidak menyedari atau sengaja tidak mahu sedar sekalipun penyakit itu telah menunjukkan tanda seboyannya, maka apabila dia mati adalah sebagai matinya seorang yang membawa penyakit. Penyakit rohani tidak tamat dengan matinya seseorang, tetapi kelak akan lebih parah dan dirasai deritanya apabila berada di alam barzakh dan seterusnya apabila dia dibangkitkan oleh Allah SWT dengan keadaan hatinya yang berpenyakit.
Akan musnah semua cagaran di dunia ini untuk melepas halangan akhirat, sekiranya mati dengan membawa penyakit hati. Sesungguhnya tidak berguna semua harta kekayaan dan juga anak-anak sekiranya dia menghadap Allah Taala dengan hati yang berpenyakit, sebagaimana yang dijelaskan oleh firman Allah Taala
يَوۡمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ۬ وَلَا بَنُونَ (٨٨إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٍ۬ سَلِيمٍ۬
yang bermaksud:
‘(Iaitu) di hari harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali orang yang menghadap Allah dengan hati yang salim (hati yang sejahtera). “
(Surah Asy-Syu’ara ayat 88-89).
Justeru itu orang yang hatinya berpenyakit hendaklah berusaha mengubati penyakitnya, agar mereka menghadap Allah SWT dengan hati yang bersih dan tidak berpenyakit. Kerana segala sifat mahmudah iaitu sifat yang terpuji hanya akan tersimpan di dalam hati yang sejahtera (salim).
Ada beberapa cara bagi mengubati penyakit keras hati, pertamanya ialah dengan mengingati mati, kerana mengingati mati itu merupakan penawar yang paling berkesan, dan mampu melembutkan hati yang keras, dan seterusnya menghilangkan sifat-sifat mazmumah yang menjatuhkan martabat manusia sehingga ke taraf haiwan.
Cara yang kedua ialah berusaha mendekati majlis ilmu, iaitu majlis ilmu yang dipenuhi tazkirah dan nasihat, serta menghurai dan membahas perkara-perkara yang mendekatkan diri manusia kepada Allah Taala. Majlis ilmu yang mengingatkan manusia kepada kehidupan alam akhirat, sehingga dia lebih banyak menumpukan pemikiran serta tindakan yang menjurus kepada usaha untuk mencari keredhaan Allah SWT, supaya dia selamat di hari akhirat. Majlis ilmu seperti itu merupakan pusat rawatan yang mempunyai kemudahan pakar untuk merawat penyakit hati.
Yang ketiga ialah mendampingi ulama akhirat, ini suatu yang penting kerana Rasulullah s.a.w. telah menyatakan bahawa para ulama itu adalah pewaris nabi-nabi, mewarisi ilmu nabi dan juga akhlak serta perjuangan nabi-nabi.
Ulama menjalankan tugas para nabi iaitu mengajak manusia ke arah mencari keredhaan Allah SWT, memimpin manusia ke jalan yang lurus agar tidak tersesat kejalan yang menyimpang dari garisan aqidah. Apabila mendampingi ulama ibarat seorang pesakit yang mendampingi doktor, natijah darinya tidak lain ialah untuk mendapatkan rawatan yang sempurna.
Yang keempat ialah ziarah atau takziah kematian, ini suatu yang penting bagi mengambil iktibar. Apabila melihat jenazah yang terbujur, menunjukkan berakhirnya babak kedua kehidupan yang menamatkan segala usaha ikhtiar. Terbaring sepi untuk menempuh suatu perjalanan abadi, di samping bakal menerima natijah dan akibat dari amal yang telah dilakukan, sama ada dia akan menerima suratan dengan tangan kanan sebagai ahlul yamin, atau menerima suratan dengan tangan kiri sebagai ahlusy-syimal.
Mengambil iktibar dari mayat yang dingin kaku, bahawa dia sudah diundang untuk menghadap Allah SWT, dan kita pun akan menyusul mengikuti jejaknya, lambat atau cepat semuanya dalam ilmu Allah SWT, namun mati suatu yang pasti dan tidak akan berganjak lewat walau sesat, dan tidak terdahulu walau sedetik.
Apa yang wajar difikirkan ialah persiapan untuk menghadapi saat-saat terbujur selepas menghembuskan nafas terakhir, apa yang telah dilakukan sepanjang umur yang telah berlalu. Mungkinkah kita seorang yang taat kepada suruhan Allah, yang telah melakukan segala kewajiban dan suruhan agama sekuat daya? Jikapun demikian, berpuas hatikah sekadar dengan amal yang telah dilakukan, atau masihkah kita berusaha untuk meningkatkan keikhlasan sehingga segala yang dilakukan semata-mata kerana Allah?
Jika kita seorang yang cuai terhadap kewajiban beragama, apakah yang ditunggu untuk merubah pendirian, padahal apabila jasad telah terbaring tak bernafas, maka segalanya sudah terlepas. Tidakkah kematian yang seaang disaksikan itu tidak menyentuh hati kecil kita untuk mengambil pengajaran darinya?
Firman Allah Taala:
ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ
Yang bermaksud:
“(Allah) yang menciptakan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapakah dia antara kamu yang lebib baik amalannya. “
(Sarah al-Mulk ayat 2).

Era memerangi rasuah dan pecah amanah peringkat VVIP 

Image result for najib didakwa

Yang ditunggu-tunggu berjuta rakyat Malaysia dan beratus juta umat manusia seluruh dunia sudah dimakbulkan Allah. Najib Tun Razak, mantan PM anak lelaki mantan PM kedua, Tun Razak, ditangkap hari ini. Syukur alhamdulillah. Inilah bekas PM yang paling korup, dibenci rakyat, yang menyebabkan Malaysia dihina oleh masyarakat dunia. Dia inilah orangnya yang bangsatkan Melayu, Islam dan Malaysia.
Seluruh dunia yang anti rasuah, anti gila kuasa menyambut baik penangkapan  maharaja lanun ini. Tidak ada maaf bagi semua lanun, koruptor yang hidup super mewah atas kesangsaraan rakyat. Tidak ada kompromi. Tidak ada layanan istimewa bagi penjenayah dalam lokap mau pun penjara.
Sebenarnya Najib juga boleh didakwa bawah SOSMA. Inilah  manusia yang benar-benar terlibat  menggugat keselamatan negara serta kehancuran ekonomi. Pihak SPRM  dan KDN juga perlu mendakwa Najib  atas SOSMA selain  pengubahan wang haram, korupsi, menyalahgunakan kuasa, pecah amanah, berkomplot dengan pihak asing menipu kerajaan dan rakyat Malaysia melalui 1MDB.
Rakyat bagi amaran kepada kerajaan PH jangan bertolak ansur dengan kuroptor kelas jerung dan paus. Mereka mesti dihadapkan ke mahkamah, dan kalau bersalah, harta mereka mesti dirampas oleh kerajaan. Tidak ada  bertolak ansur minta para koruptor menyerahkan  harta haram, dan mereka tidak didakwa. No way. Jenayah mesti dihukum.
Rakyat akan melihat keputusan terhadap Najib dan para koruptor yg diheret ke pengadilan nanti. Jangan sekali-kali ada kongkolikong dalam perbicaraan. Tun Mahathir telah berikrar pada rakyat yang korupsi akan ditentang habis-habisan. Kota apa yang dikata. Kononnya lebih 1000 individu dan syarikat yg terlibat dengan 1MDB akan disiasat. Mesti telus, mesti jujur. Hatta sekiranya ada ahli keluarga Tun Razak yang mendapat habuan dari 1MDB mereka mesti diheret ke pengadilan. No compromise. Dikatakan Yayasan Toh Puan Rahah juga menerima berjuta rgt dari 1MDB. Dia juga perlu diadili kalau benar yayasan ini menerima wang haram itu.
Kerajaan PH adalah  kerajaan yg mendapat sokongan rakyat Malaysia berbagai bangsa dan kaum. Ia dapat menumbangkan gergasi korup BN kerana rakyat benci terhadap korupsi, penyelewengan Najib, Rosmah Mansor dan para badut yg menjilatnya. Rakyat Malaysia menentukan nasib  para pemimpin politik, kakitrangan kerajaan dan juga kalangan istana. Budaya korupsi BN di masa lalu tidak boleh duamalkan oleh PH.
Besok Najib akan dihadap ke mahkamah. Mesti pakai  pakaian oren, tangan digari, pakai sliper jepun saja  barangkali. Oh,ya, tentu  coklat kegemarannya tak diberi dalam lokap dan penjara.
Doa dan sembahyang hajat berjuta umat Islam yang terinaya dan juga para penganut agama-agama lain dimakbulkan Allah akhirnya.
Yahaya Ismail
PJ- C&P
Era memerangi rasuah dan pecah amanah VVIP  telah bergerak ke tahap yang lebih tinggi tanpa sokongan parti hadi wang.

AMALAN YANG MENEMANI DI ALAM KUBUR

Image result for amalan yang menemani di alam kubur

📋 HANYA AMALAN YANG MENEMANI DI ALAM KUBUR
Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda,
يَتْبَعُ المَيِّتَ ثَلاَثَةٌ فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى مَعَهُ وَاحِدٌ يَتْبَعُهُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ فَيَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَيَبْقَى عَمَلُهُ
“Yang mengikuti mayit ke kuburnya ada tiga, lalu dua kembali dan yang tinggal bersamanya hanya satu; yang mengikutinya adalah keluarganya, hartanya dan amalnya, lalu kembali keluarga dan hartanya, dan yang tinggal hanya amalnya.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu]
#BEBERAPA_PELAJARAN:
1. Hadits yang mulia ini mengajarkan kepada kita pentingnya amal shalih dalam kehidupan dunia ini sebagai bekal untuk kehidupan di negeri akhirat yang kekal.
Allah ta’ala berfirman,
وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى وَاتَّقُونِ يَا أُولِي الألْبَابِ
“Dan berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa, dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal.” [Al-Baqoroh: 197]
2. Sungguh sangat disayangkan sekali, apabila kita baru tersadar untuk beramal shalih tatkala kematian telah datang menjemput kita, saat penyesalan tiada lagi berarti.
Allah ta’ala berfirman,
حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ
“(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: ‘Wahai Rabbku kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku dapat beramal shalih yang telah aku tinggalkan’. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding (alam barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan.” [Al-Mukminun: 99-100]
3. Lebih mengerikan lagi, ketika penghuni neraka meraung-raung untuk meminta dikembalikan ke dunia demi beramal shalih.
Allah ta’ala berfirman,
وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ نَصِيرٍ
“Dan mereka menjerit di dalam neraka: ‘Wahai Rabb kami, keluarkanlah kami niscaya kami akan mengerjakan amal shalih, berlainan dengan yang telah kami kerjakan’. Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berpikir bagi orang yang mau berpikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolong pun.” [Faathir: 37]
4. Peringatan untuk tidak terlena dengan keluarga dan harta, kemudian lupa beramal shalih untuk kehidupan yang hakiki dan kebahagiaan yang sejati di negeri akhirat.
Allah ta’ala berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلا أَوْلادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi.” [Al-Munafiqun: 9]
5. Amalan yang akan menemani seseorang di alam kubur adalah seperti yang disebutkan dalam hadits Al-Barro bin ‘Azib radhiyallahu’anhu, yaitu apabila amalnya baik maka yang akan menemaninya dalam bentuk seseorang yang bagus wajahnya, pakaiannya dan aromanya, apabila amalannya jelek maka sebaliknya.
Dan kuburan orang yang beramal shalih akan diluaskan sejauh matanya memandang, dibukakan pintu surga sehingga berhembus aroma yang harum. Sebaliknya, orang yang beramal jelek kuburannya disempitkan, dibukakan pintu neraka sehingga berhembus panasnya, maka kuburan dapat menjadi taman surga atau jurang neraka, tergantung amal seseorang ketika di dunia. Laa hawla wa laa quwwata illaa billaah.

Mereka yang bahagia dalam kehidupan.

Image result for kehidupan yang bahagiaImage result for kehidupan yang bahagia

Bimbingan Rohani….

Orang Yang Bahagia Itu Akan Selalu:

🎿 Menyediakan Waktu Untuk Membaca Kerana Membaca Itu Sumber Hikmah

🎿 Menyediakan Waktu Tertawa Kerana Kerana Tertawa Itu Muziknya Jiwa

🎿 Menyediakan Waktu Untuk Berfikir Kerana Berfikir Itu Pokok Kemajuan

🎿 Menyediakan Waktu Untuk Beramal Kerana Beramal Itu Pangkal Kejayaan

🎿 Menyediakan Waktu Untuk Bersenda Kerana Bersenda Itu Akan Membuat Muda Selalu

🎿 Menyediakan Waktu Beribadat Kerana Beribadat Itu Adalah Ibu Dari Segala Ketenangan Jiwa C&P

MEREKA DIBUANG, TAPI TERBILANG.

Image result for menteri dari amanah

MEREKA DIBUANG, TAPI TERBILANG.*
*_Seramai 5 Menteri dan 6 Timbalan Menteri Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mengangkat sumpah jawatan pagi tadi adalah mantan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2013-2015._*
*Berikut adalah Senarai Menteri : -*
1. Menteri Pertahanan.
– Mohamad Sabu
2. Menteri Pertanian.
– Salahuddin Ayub
3. Menteri Kesihatan.
– Dr Dzulkefly Ahmad
4. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).
– Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa
5. Menteri Wilayah.
– Khalid Abd. Samad
*Senarai Timbalan Menteri : -*
1. Timbalan Menteri Kewangan.
– Datuk Amiruddin Hamzah
2. Timbalan Menteri Sumber Manusia.
– Datuk Mahfuz Omar
3. Timbalan Menteri Kerja Raya.
– Mohd. Anuar Mohd. Tahir
4. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan.
– Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli
5. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang).
– Mohamed Hanipa Maidin
6. Timbalan Menteri Pengangkutan.
– Datuk Kamarudin Jaffar
*_Diperingkat Negeri 1 Ketua Menteri, 2 Speaker dan 5 Exco dari Seluruh Malaysia adalah dari Mantan ahli Jawatankuasa PAS Pusat sessi 2013-2015._*
1. Ketua Menteri Melaka.
– Adly Zahari
2. Speaker Negeri Sembilan.
– Zulkefly Mohamad Omar
3. Speaker Negeri Johor.
– Suhaizan Kaiat
4. Exco Negeri Perak.
– Asmuni Alwi
5. Exco Negeri Perak.
– Mohammad Nizar Jamaluddin
6. Exco Negeri Selangor.
– Dr Siti Mariah Mahmud
7. Exco Negeri Sembilan.
– Mohamad Taufek Abd. Ghani
8. Exco Negeri Johor.
– Aminolhuda Hassan
*_Tahniah Kepada Semua, Selamat menunaikan Amanah besar ini._*
*_Sirru ala barakatillah._* C&P