Jemaah terkejut Mat Sabu baca khutbah

 

Jemaah di Surau Salahuddin Al-Ayubi, Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai menerima kejutan apabila khutbah Jumaat hari ini dibacakan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Menerusi khutbah Jumaat itu, Mohamad Sabu mengajak umat Islam supaya berani mengakui kesilapan dan sanggup lakukan pembetulan agar menjadi umat lebih mulia.

Kerajaan jual semua 12,000 barang kemas rampasan dari Najib

A Najib

Kerajaan akan menjual semua 12,000 barang kemas yang dirampas pihak berkuasa di beberapa kediaman yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak. – Foto Malaysiakini/Astro Awani

Menteri Kewangan, Lim Guan berkata kerajaan akan menjual barang kemas dan mewah yang dirampas daripada Datuk Seri Najib Razak.

“Kami akan cuba menjual barang rampasan itu untuk mendapatkan wang, tetapi perlu diingatkan ia tidak boleh dibandingkan dengan jumlah yang dirompak dari negara,” katanya dipetik Associated Press.

Rabu lalu, polis mendedahkan wang tunai dan barang berharga bernilai lebih RM1 bilion dirampas dalam serbuan ke atas 6 premis dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu, termasuk kediaman peribadinya di Taman Duta, Kuala Lumpur.

Dalam wawancara yang sama, Lim bercakap tentang skala barangan yang disita daripada harta yang dipunyai oleh Najib – yang dilaporkan mengandungi 2,800 set anting-anting, 2,200 cincin, 2,100 gelang, 1,600 bros, 1,400 kalung dan 14 tiara.

Ia termasuk lebih 1,000 beg tangan berjenama, 234 cermin mata dan wang tunai sebanyak RM116.7 juta.

https://www.malaysianreview.com/188393/kerajaan-jual-semua-12000-barang-kemas-beg-tangan-dirampas-dari-najib-kata-guan-eng/

Najib akan didakwa di mahkamah

Najib akan didakwa, kes Altantuya dibuka semula

Najib akan didakwa, kes Altantuya dibuka semula

Perdana Menteri Tun Dr Mahatir Mohamad berkata Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.

Dr Mahathir berkata pihak berkuasa kini sedang menyiasat dan mengumpulkan bukti yang kukuh berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta kes berkaitan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006.

“Tak lama lagi saya fikir dia (Najib) akan di hadapkan ke mahkamah,” katanya semasa mengadakan perjumpaan bersama warga Malaysia yang menetap di Jakarta sempena lawatan rasminya ke negara itu, semalam.

Dr Mahathir berkata bagi kes Altantuya, satu perbicaraan semula kes itu juga akan diadakan.

“(Mengenai kes salah guna dana 1MDB) ada rakyat tanya tak ada tindakan pun (terhadap Najib) (malah) diberi layanan sebagai mantan Perdana Menteri.

“Untuk bawa kes ke mahkamah perlu ada bukti yang cukup supaya tidak gagal di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata barang kemas yang dirampas di kediaman bekas perdana menteri adalah bernilai RM1 billion dan ia tidak termasuk rampasan wang tunai.

Katanya, banyak kerosakan telah dilakukan dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini dan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) memerlukan masa tertentu bagi menyelesaikan masalah berkenaan. – Mkini

http://suarapakatandaily.com/archives/21263

Najib tak jadi letak jawatan 2016 kerana Rosmah?

Najib tak jadi letak jawatan 2016 kerana Rosmah?

Sebuah laporan terbaru Wall Street Journal (WSJ) mendakwa Datin Seri Rosmah Mansor mempunyai pengaruh besar terhadap keputusan yang dibuat oleh suaminya, Datuk Seri Najib Razak ketika beliau menjadi perdana menteri.

Laporan itu memaparkannya sebagai “wanita pertama yang kuat” yang mana pendapatnya sering menguasai “Najib yang kurang tegas” dan mereka kekal sebagai “pasangan setia”.

“Sewaktu pengasas Singapura, Lee Kuan Yew bertemu dengan Najib pada tahun 2009, Lee meminta Rosmah untuk ikut hadir, mengulas kepada media Singapura berkata beliau telah mendengar pasangan itu bekerja sebagai satu pasukan,” petik laporan itu.

Laporan itu mendakwa Najib kelihatan “hanya menjadi satu bahagian” daripada urus niaga 1MDB, yang menjadi subjek penyiasatan Jabtan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ).

“Si isteri mempunyai lebih banyak gambar berbanding suami,” kata WSJ, memetik seseorang yang dianggap oleh penyiasat Amerika Syarikat (AS) sebagai memainkan peranan utama dalam dakwaan penipuan 1MDB.

Laporan itu mendakwa Najib mahu meletak jawatan pada 2016 berhubung siasatan terhadap 1MDB tetapi Rosmah tidak bersetuju dan sebaliknya cuba menghalang siasatan.

Pada masa itu, Jabatan Keadilan AS telah mendedahkan ia sedang menjejaki aset berkaitan dengan 1MDB yang didakwa dibeli dengan wang yang diselewengkan daripada syarikat pelaburan negara itu.

“Satu (sumber) berkata Rosmah menggesa beliau (Najib) untuk tetap teguh, menyifatkan perkara itu sebagai ‘ujian daripada Allah’ dan beliau membantunya dengan mengetuai ikhtiar untuk menghalang siasatan di Malaysia.

“Tahun lepas, Rosmah membayar pelobi Amerika untuk mendesak Jabatan Keadilan Amerika Syarikat untuk menggugurkan siasatan terhadap 1MDB, kata seseorang yang biasa dengan perkara itu.

“Orang ini (sumber) berkata Rosmah mengatur satu pertemuan antara pelobi dan duta Malaysia ke Amerika Syarikat,” kata laporan itu.

Menurut WSJ, Rosmah tidak menjawab permintaan mereka untuk temubual, manakala peguamnya enggan mengulas mengenai artikel itu.

WSJ, sekali lagi memetik sumber-sumber, berkata ketika penyiasatan mengenai 1MDB di Malaysia sedang berjalan pada tahun 2015, Rosmah telah mendesak pejabat perdana menteri untuk menyatakan gaya hidup mewah Najib tidak menghairankan “untuk seorang individu dengan kedudukan dan tanggungjawab sebagai perdana menteri dan juga warisan harta pusaka (yang diperolehinya)”.

Susulan itu, empat orang adik-beradik Najib mengeluarkan kenyataan mengenai ‘warisan harta pusaka itu’ berkata ia menimbulkan kebimbangan.

“Kami ingin menyatakan bahawa Abdul Razak merupakan orang yang sangat berprinsip dan hal ini diketahui semua yang mengenali sikap berhemah dan integritinya.

“Apa jua kenyataan atau kaitan yang bertentangan dengan itu sama sekali tidak benar dan mengelabui ingatan padanya dan khidmat serta pengorbanannya pada negara,” petik kenyataan ringkas empat beradik.

WSJ memetik seorang ahli keluarga Najib berkata Rosmah sangat marah dengan kenyataan itu mendakwa empat beradik suaminya itu akan menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri. – Mkini

http://suarapakatandaily.com/archives/21234

Kos ECRL meningkat RM70 Bilion – fitnah

Kos ECRL meningkat RM70 bilion di bawah PH fitnah

Kos ECRL meningkat RM70 bilion di bawah PH fitnah

Pengumuman Perdana Menteri bahawa beliau bersetuju meneruskan projek Kereta Api Pantai Timur (ECRL) tidak seharusnya diputarbelit kerana langkah itu adalah bagi membetulkan kepincangan tinggalan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Meskipun pihak kerajaan amat sedar projek ini bukan keutamaan untuk negara namun akibat ketelanjuran kerajaan dulu, meneruskan projek ini adalah pilihan yang tidak dapat dielakkan.

“Semua tahu sepatutnya jaringan lebuhraya, pelabuhan berkualiti dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa di Pantai Timur lebih patut didahulukan berbanding projek ini,” kata bekas Ketua Jajahan Kota Bharu, Ismail Ghani.

Ini katanya, bukan bermakna projek ini tidak penting untuk keperluan rakyat dan pembangunan negara.

“Sebab itu meneruskan projek ini sama sekali bukan satu kesalahan.

“Apa yang cuba dibetulkan adalah cara pembiayaan dan manfaat yang patut diperolehi rakyat apabila projek ini berjalan,” katanya.

Apa yang dikesalkan menurut beliau adalah putarbelit yang cuba dimainkan secara tidak bertanggungjawab.

“Misalnya dihebohkan kononnya kos dinaikkan dari 55 billion ringgit kepada 70 billion ringgit.

“Ini bukan kenaikan oleh kerajaan baharu sebalik kos sebenar yang tidak diberitahu oleh kerajaan dulu,” katanya.

Ada percubaan katanya untuk mewujudkan persepsi bahawa ECRL diteruskan selepas Tan Sri Vincent Tan, yang dikatakan ‘kroni’ Tun Mahathir telah membeli saham T7 Global Berhad.

“Vincent membeli 5.04 peratus saham T7 Global Berhad melalui 3 transaksi pada 15-17 Mei 2018. Kemudian dikatakan, TS Vincent kini mengaut untung apabila saham T7 menaik nilainya.

“Paksi pada persepsi ini adalah kononnya TS Vincent kini ‘memiliki’ salah satu kontraktor ECRL selepas PH ambil alih kerajaan. – MD

http://suarapakatandaily.com/archives/21238

Nik Abduh Tidak Bercakap Benar

Peguam Hadi akui rakaman suara Nik Abduh tulen

Peguam Hadi akui rakaman suara Nik Abduh tulen

Peguam Abdul Hadi Awang di London memberitahu mahkamah bahawa rakaman seorang ahli Parlimen PAS yang mengakui ahli parti itu menerima wang daripada Umno adalah tulen, lapor Sarawak Report hari ini.

Bagaimanapun, presiden PAS itu akan menunjukkan kepada mahkamah bahawa berlaku salah faham berkenaan penggunaan perkataan dalam rakaman itu, dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap Sarawak Report.

“Tafsiran yang betul” terhadap rakaman itu akan disediakan dalam jawapan pembelaan Hadi di Mahkamah Tinggi London pada 31 Julai, kata peguam Jacob Dean yang mewakili Hadi.

Perbicaraan ditetapkan pada 1 April.

Peguam Hadi berkata Nik Abduh Nik Aziz, suara dalam rakaman video kontroversi itu, dan beberapa lagi yang lain dalam perbualan itu, dipercayai termasuk menantu Hadi, Zaharuddin Muhammad akan dipanggil untuk memberi keterangan.

“Kami menjangkakan lapan atau sembilan saksi akan dipanggil berkaitan isu yang dibangkitkan oleh pihak pendakwaan berkaitan dana itu disalurkan kepada pemilik sebuah sekolah agama.

“Tuduhan bahawa setiausaha politik yang menjalankan kempen pilihan raya, mengetahui pembayaran berkaitan kemudian Dr Zuhdi Marzuki, akhirnya mengakui PAS menerima pembayaran itu.

“Nampaknya dia (Dr Zuhdi) yang juga bendahari PAS perlu memberi keterangan. Juga tiga pemegang amanah yang dikatakan menerima dana rasuah, sekurang-kurangnya satu mungkin dua dari mereka (pemegang amanah). Ini membawa anda kepada yang keenam. Ada lelaki di dalam pita rakaman, Nik Abduh.

“Itu persiapan awal kami untuk saksi mengenai apa yang dipohon anak guam,” kata Dean.

Hakim diberitahu bahawa Hadi akan ke London untuk menyokong kes itu dan melawan tuduhan Sarawak Report.

Sebelum ini, Nik Abduh dalam satu kenyataan di Facebook menafikan suara dalam rakaman audio itu suaranya.

Beliau mendakwa ucapan yang mengaitkan dirinya itu karut, mengarut dan fitnah.

PAS pada tahun lalu didakwa menerima sumbangan wang daripada Umno dan perkara itu dilaporkan Sarawak Report yang juga mendakwa Hadi menerima RM90 juta daripada Najib Razak.

Rakaman audio Nik Abduh itu pula dipercayai dirakam dalam satu pertemuan tertutup dengan beberapa pimpinan PAS Kelantan. – TMI

http://suarapakatandaily.com/archives/21255

Hadi tidak berani pertahan amanatnya sendiri

Presiden Pas tidak berani pertahan amanat sendiri - Husam

Presiden Pas tidak berani pertahan amanat sendiri – Husam

Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa menyifatkan pemimpin tertinggi Pas tidak berani secara terbuka mempertahankan kenyataan mereka sebelum ini yang cenderung mengkafirkan orang di luar parti tersebut.

Menurutnya, gejala takfiri termasuk menghalalkan darah bagi sesiapa yang keluar dari Pas hanya doktrin politik yang boleh ditewaskan kerana bersifat lebih mahu mengekalkan sokongan kepada parti itu.

“Penggunaan agama terhadap penentang Pas akan ketinggalan zaman dalam masa terdekat. Jika pilihan raya kali ini Pas bersendirian dan Pas kalah teruk tetapi AMANAH, InsyaAllah berjaya, saya kira politik berasaskan doktrin cara ini akan pupus.

“Doktrin ini hanya untuk mengekalkan orang Pas untuk (terus) menyokong Pas. Dia tidak boleh mengembangkan pengaruh untuk orang di luar Pas untuk menyokong Pas,” tegasnya dalam slot Bicara Telus Bersama Pimpinan Pakatan Harapan di Ampang, malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu berkata, pengalamannya di Kelantan juga belum lagi berdepan serangan bersifat takfiri secara bersemuka.

“Kalau di Kelantan saya sendiri tidak pernah bertemu dengan masalah ini walaupun mungkin di surau-surau kecil bila orang AMANAH tiada, ustaz-ustaz ini berceramah (mengkafirkan orang lain).

“Tetapi sampai hari ini, bila kita mengajak mana-mana pemimpin Pas (dari) majlis syura, dewan ulamak berdialog atas tajuk ini, tiada siapa sanggup,” ujarnya sebagai salah seorang panel bicara telus anjuran AMANAH Wilayah Persekutuan itu.

Jelasnya, Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang juga tidak tampil secara terbuka mempertahankan kenyataannya dalam ceramah umum di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang kemudian dipanggil sebagai Amanat Haji Hadi.

“Bahkan Presiden Pas, Ustaz Hadi sendiri sudah tidak lagi berani mempertahankan Amanat Haji Hadi. Beliau menulis banyak perkara sebelum dan selepas uzur tetapi beliau tidak mempertahankan isu Amanat Haji Hadi.

“Kemudian, apabila isu Memali dibangkitkan, orang Pas pada mulanya sangat bersemangat untuk RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) isu Memali tetapi bila saya bangkitkan di Perak jika RCI ini ditubuhkan Haji Hadi mestilah mempertahankan amanatnya, hari ini RCI (Memali) sudah tidak kedengaran lagi,” katanya.

Padahal, jelasnya, Amanat Haji Hadi dilihat mempengaruhi sikap dan tindakan Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud memandangkan amanat itu tertampal di surau individu yang lebih dikenali dengan Ibrahim Libya berkenaan.

“Saya tidak dengar mana-mana pihak daripada Pas membangkitkan isu (RCI Memali) ini lagi. Kemudian apabila Che Det (Tun Mahathir) menulis tentang beberapa isu yang sama untuk dijawab oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man – adakah orang lain daripada Pas itu kafir, orang yang berjuang di luar parti Islam itu tidak Islam?

“Sampai hari ini Datuk Tuan (Ibrahim) tidak respon kepada kenyataan itu bermakna Pas sudah tidak berani berdepan dengan tajuk ini.

“Mungkin di kampung, pedalaman surau adanya ungkapan seperti ini (gejala takfiri) tetapi secara terbuka, pemimpin Pas tidak berani,” katanya dalam program Malam Menjunjung Amanah Rakyat itu.

Lanjut mengulas impak doktrin politik Pas yang mengkafirkan orang lain pada slot dimoderatorkan Ariffin Hassan itu, Husam berkata, pendekatan tersebut tidak menjamin kemenangan Pas dalam pilihan raya sebelum ini.

“Kalau itu kekuatan Pas, lama sudah Pas menang. Di mana saja Pas guna isu ini, paling kuat di Besut, adanya masjid dua imam, kubur berasingan, dan di Marang sendiri.

“Tapi Besut secara umumnya Pas tidak boleh menang. Pengaruh politik Pas tidak boleh berkembang dengan doktrin ini dan dengan cara itu lama-kelamaan, IsyaAllah doktrin itu akan pupus.

“Cara selesaikan? Pas akan selesaikan sendiri,” tambahnya lagi. – MD

http://suarapakatandaily.com/archives/18504

80% Gelandangan Islam makan di gereja

Mana maruah Melayu, 80% gelandangan Islam makan di gereja

Mana maruah Melayu, 80% gelandangan Islam makan di gereja

Lebih 80 peratus daripada kira-kira 100 orang gelandangan atau warga miskin kota yang menerima bantuan makanan di sesebuah gereja pada satu-satu masa terdiri daripada Melayu beragama Islam.

Pendedahan tersebut diakui seorang ibu tunggal ketika kebetulan ditemui Malaysia Dateline di Surau Balai Islam berdekatan Bulatan Pahang, Kuala Lumpur semalam.

Hanya mahu dikenali sebagai Junaidah (bukan nama sebenar), 50, beliau yang menjaga seorang anak lelaki menghidap penyakit ulser tulang memberitahu ramai gelandangan Melayu terpaksa mengharap bantuan daripada pihak gereja dan NGO berlatarbelakangkan Kristian.

Ujarnya, sebuah gereja berhampiran Dataran Merdeka menyediakan sarapan mulai jam 8 pagi setiap hari manakala satu gereja lagi di Bukit Nanas menjamu makanan tengah hari kepada warga miskin kota juga setiap hari.

“Bagusnya lagi, pihak gereja menghormati gelandangan beragama Islam. Kami akan makan terlebih dahulu selepas wakil daripada kami diminta membacakan doa makan. Kemudian, baru doa untuk penganut mereka pula dibaca.

“Selain makanan, gereja dekat Dataran Merdeka itu siap beri sabun, benarkan gelandangan cuci baju dan sediakan ampaian untuk menjemur pakaian,” ujarnya yang kali terakhir menerima bantuan makanan di gereja terbabit selepas Aidilfitri tahun lalu.

Beliau yang tiba di surau itu bertanyakan pada Malaysia Dateline tentang imam untuk memohon bantuan wang ihsan selepas kira-kira sejam berlalunya solat Asar berjemaah.

“Minta bantuan pada Baitulmal setakat RM250 hingga RM300 sebulan. Sewa bilik di KL pun sudah RM300.

“Saya dengan anak berusia 25 tahun mulai tahun 2016 tidur di sekitar Masjid Negara kerana tak mampu menyewa bilik,” ujarnya yang berasal dari Rembau.

Bercerita lanjut tentang perbandingan dengan layanan institusi ibadat Islam, Junaidah berkata, pihak masjid sekitar ibu negara tidak pula berbuat demikian.

“Masjid Negara pun tidak ada. Hanya NGO dan mahasiswa saja yang ada berikan kami sumbangan makanan.

“Kalau dekat kawasan Kolej Segi berhampiran Anjung Singgah, ada seorang Datin bagi sumbangan duit setiap bulan. Itu usaha orang perseorangan. Kalau Baitulmal lagilah, bagi (bantuan kewangan) buat syarat saja.

“Kelmarin, saya minta bantuan wang ihsan untuk ambil dua anak yang dijaga bekas suami di Jengka. Baitulmal tak bagi wang sebab katanya duit bulanan sudah bagi,” ceritanya di perkarangan surau sambil merenung jauh kenderaan yang mulai sesak di Bulatan Pahang itu.

Berkongsikan pengalamannya yang pernah memohon bantuan bulanan pada Baitulmal di Terengganu tahun lalu bagi pihak anaknya, Junaidah berkata institusi itu menolak permohonan mereka dengan alasan bukan pemastautin.

“Saya merayu mereka buat tak tahu walaupun kad pengenalan anak saya terbukti lahir di Terengganu. Katanya, datanglah esok lusa jumpa pegawai mereka padahal saya tidak boleh tunggu. Penyakit anak saya kena cepat diberi ubat.

“Kata pegawai itu ramai orang begitu. Pada kad pengenalan saja lahir di Terengganu, tinggal di negeri lain,” cerita Junaidah kembali sehingga beliau pada hari tersebut terpaksa memohon jasa baik pihak Jabatan Mufti yang pejabatnya tidak jauh dari Baitulmal itu.

Beliau berkata, pihak Baitulmal memberi bantuan hanya selepas
Jabatan Mufti itu menghubungi Baitulmal memaklumkan permohonan mereka harus diberi perhatian.

“Itupun Baitulmal beri bantuan kecemasan RM100 bukan bantuan bulanan dengan alasan sama – bukan pemastautin.

“Lepas tu pegawai itu pula persoal saya kenapa mengadu pada Jabatan Mufti sedangkan saya terdesak perlukan wang ihsan untuk belanja perubatan anak saya yang kaki kirinya sakit teruk akibat sisa karat selepas berlaku kemalangan di bengkel kereta tahun 2014 lepas,” jelasnya.

Memohon bantuan ihsan dari pihak masjid juga amat mengecewakan walaupun pada papan kenyataan masjid terpampang ribuan ringgit kutipan setiap minggu Solat Jumaat.

Beliau berkata, Ahad lalu seorang jawatankuasa Masjid Amru Ibni Al’As di Bandar Baru Sentul menolak rayuannya yang memohon sedikit wang dengan alasan bukan kariah masjid.

“Dia kata dia berpegang pada prinsip. Dia hanya bantu anak kariah masjid saja. Saya sedih sebab setahu saya orang yang bersembahyang di mana-mana masjid termasuk ketika solat Jumaat juga datangnya dari luar kariah,” keluhnya lagi.

http://suarapakatandaily.com/archives/12228

 

Khalid Abdul Samad Mendapat RM25,000

Hassan Ali diperintah bayar RM225,000 kepada Khalid

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, mengarahkan bekas Exco Selangor Datuk Dr Hassan Ali membayar gantirugi sebanyak RM200,000 dan kos sebanyak RM25,000 dalam kes saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad.

Kes ini didengar di hadapan Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail.

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH hadir dimahkamah dengan diwakili Peguam Faiz Fadzil dan Dr Hassan diwakili Peguam Hasnal Rezua dan Muzzammil Merican.

Kes saman fitnah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad terhadap Datuk Dr Hassan Ali berhubung satu ucapan yang dibuat pada 30 Januari 2012 di Shah Alam yang menuduh Khalid menghalang usaha membasmi penjualan arak di Selangor.

https://malaysiadateline.com/hassan-ali-diperintah-bayar-rm225000-kepada-khalid/

Allah SWT Mencintai Mukmin Yang Kuat

Image may contain: text

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM

SEGALA puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

😀 MUKMIN YANG KUAT

AGAMA Islam adalah agama yang kuat, agama yang punya izzah, ketinggian dan kehormatan. Maka ia menuntut umatnya supaya sentiasa kuat dan bertenaga.

SABDA Rasulullah SAW: “Orang mukmin yang kuat lebih baik daripada baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah. Pada kedua-duanya memang ada kebaikan. Namun capailah dengan bersungguh-sungguh apa yang berguna bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu menjadi orang yang lemah. Apabila kamu tertimpa satu kemalangan maka janganlah kamu katakan: Seandainya tadi aku berbuat begini dan begini, akan tetapi katakanlah ini sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya. Kerana sesungguhnya ucapan perkataan ‘kalau’ itu akan membuka jalan bagi godaan dan hasutan syaitan.”

(Hadis Riwayat Muslim)

APAKAH yang dimaksudkan dengan kuat di dalam hadis ini? Kuat yang dimaksudkan sebenarnya adalah kekuatan iman, ilmu, ketaatan, kekuatan pandangan, kekuatan jiwa dan juga kehendak. Ditambah padanya kekuatan tubuh badan, kerana kekuatan tubuh badan akan membantu individu itu menegerjakan amalan soleh.

FIZIKAL yang sihat semata-mata tidak ada nilainya jika tidak digunakan pada jalan yang dicintai dan diredhai Allah, iaitu berupa amalan soleh dan ketaatan kepada-Nya. Bahkan mungkin saja boleh membawa kepada sebab maksiat dan kemurkaan Allah SWT.

SEPERTI mana yang dikatakan oleh Imam Nawawi, kuat di dalam hadis ini adalah jiwa yang kuat dan kesungguhan dalam perkara akhirat. Maka empunya jiwa ini dialah yang paling hadapan dalam menghadapi musuh di medan jihad, dialah di hadapan mempertahankan maruah Islam. Dialah yang sangat kuat kesungguhannya dalam menyampai dan menyebarkan kebenaran, sabar menanggung kepayahan dan kepenatan dalam melakukan kebaikan. Dialah jua yang paling kuat dan sabar dalam melakukan amal ibadah dan menghampirkan diri kepada Allah SWT.

MUKMIN yang kuat imannya, akan kuatlah tubuh badan dan amalannya. Mukmin yang kuat imannya akan memberi manfaat buat umat Islam dan mampu untuk menanggung kewajipan tanpa rasa penat dan jemu. Kerana iman seakan jantung dan nyawa bagi manusia. Dengan kuatnya iman akan kuatlah tindakan dan amalan. Atas sebab itulah, mukmin yang kuat lebih baik daripada mukmin yang lemah.

HADIS ini hakikatnya menggesa umat Islam agar sentiasa memperbaharui dan menguatkan iman, azam dan jiwa, sesuai dengan kedudukan agama Islam yang kuat, punyai izzah, ketinggian dan kehormatan, agar sentiasa pula kuat dan bertenaga dirinya zahir dan batin.

KERANA itu Allah SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan menegak dan mempertankan Islam) dan jangan pula kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu) padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.”

(Surah Ali Imran ayat 139)

WALLAHU A’LAM.

LA HAULAWALA QUWWATA ILLA
BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM.

ALLAHOMMA SOLLI’ALA SAYIDINA
MUHAMMAD, WA’ALA AALIHI
WASOHBIHI AJMA’IN.

😀 SEMOGA bermanfaat dan berkat
BI IDZNILLAHI TA’ALA
AAMIIN.

📌 SUMBER: HADIS Iman Bil 53.

Hj Abdul Rahman Ismail